Zus Coffee : Cara Order & Claim Voucher

November 30, 2022

Zus Coffee
Roti, kek & muffin pun ada dijual kat sini πŸ˜‹. 


Kopi Jalanan dekat Tambun sana Syu dah cuba. Kopi candu Station 18 pun dah perkena. Kali ni kita try Zus Coffee pula. Nak tahu juga mengancam ke tidak rasa kopinya 🀭. Sebab ramai yang kata kopinya sedap.


Memandangkan Zus Coffee ada buat promosi BUY1FREE1. Maka, kita gigihkan diri download aplikasinya di Playstore - Nak minum kopi percuma kenalah usaha sikit kan? Nanti tak merasa πŸ˜†.


Zus Coffee
Iced Caramel Machiato untuk Syu & Salted Caramel FrappΓ© untuk encik suami πŸ˜‹.

 

Actually, ini baru pertama kali Syu cuba air kopi dari Zus Coffee ni. Jadi, kita pesan air yang kita familiar & biasa minum saja. Nanti beli perisa yang pelik-pelik, takut kecewa pula πŸ˜‚.


Seperti biasa. Kopi untuk encik suami, Syu ordered FrappΓ© yang ada Salted Caramel. Untuk  Syu pula, semestinya Iced Caramel Machiato 😊.



Macam mana nak order? 


Pada yang pertama kali nak cuba Zus Coffee. Korang layak untuk claim voucher promosi BUY1FREE1. Dengan syarat korang buat pesanan menggunakan aplikasi Zus Coffee. 


Actually, senang saja nak buat pesanan & claim voucher percuma di aplikasi Zeus Coffee ni. Hanya perlu :


  • Download aplikasi Zus Coffee
  • Daftar akaun
  • Follow 3 langkah mudah ni untuk buat pesanan & claim voucher


Zus Coffee
LANGKAH 1 : Pilih lokasi Zus Coffee yang berhampiran


Xus Coffee
LANGKAH 2 : Pilih menu pilihan korang & tambah ke troli pembelian


Zus Coffee
LANGKAH 3 : Masukkan kod voucher & buat pembayaran


Selesai submit order, korang terus boleh datang pickup & enjoy korang punya kopi. Tak payah susah-susah beratur panjang lagi. Senang kan? Servisnya pun boleh tahan pantas juga πŸ˜πŸ’•. 



Pada Syu, aplikasi Zus Coffee ni sangat mesra pengguna & tak lokek dengan rewards - Kena rajin login & collect points 🀭. Jadi, buat pengemar kopi. Tunggu apa lagi? Jom kita mengopi!

 

Pada yang tak suka kopi. Jangan risau. Korang masih boleh pilih minuman yang lain. Sebab menu di Zus Coffee ni tak terhad kepada menu berunsurkan kopi sahaja. Di Zus Coffee ada juga minuman yang berunsurkan teh, buahan-buahan & juga coklat.

Comments

  1. Selalu baca di blog kak ret je pasal zus coffee ni... kt sini mmg xde lg.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum sampai seru lagi nak buka di Sarawak tu. Insyallah coming soon! 😁

      Padam
  2. alamak sedapnya nampak..tak pernah try lagi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Beli guna apps Zus Coffee. Dapat claim voucher ☕.

      Padam
  3. pernah beberapa kali juga beli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan kopinya. Syu paling suka Iced Caramel Machiato πŸ€­πŸ’•.
      Kalau MY tak beli guna apps Zus Coffee, bolehlah daftar & claim voucher.

      Padam
  4. yezza...memang fav la sekarang ni....hari2 login sbb nak collect point. lagi satu harga nya berpatutan la bagi MA yg memangnya pencinta kopi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah! Hari2 login collect points 🀣.
      Kopinya sedap. Murah pun murah 🀭☕.

      Padam
  5. sy jg yg x claim2 pd hal dekat dah😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Claim lah. Beli guna apps Zus Coffee 🀭. Boleh dapat diskaun.

      Padam
  6. merata orang dah cuba makan sini, tapi kita tak pernah lagi cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpe. Sampai masa nanti merasalah tu. Lepas ni kalau ternampak Zus Coffee depan mata. Terus singgah beli tau 🀭.

      Padam
  7. Kat Melaka ada ke? Tak pernah perasan pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Setakat hari ni dah ada 9 cawangan Zus Coffee di Melaka 😁.

      Padam
  8. Dekat Ipoh ada ke?! Ibu kena google ni tengok ada ke tidak branch nya di Ipoh. Asyik baca orang update pasal ZUS ni teringin pula nak rasa. ;)

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!