Ramai Dah Kena. Kita Baru Nak Merasa πŸ˜‚

November 17, 2022

Relaxation

Kemarin masa di tempat kerja, badan dah mula rasa tak sedap. Tekak rasa merenyam-renyam sangat. Ditambah pula dengan batuk. Jenuh jugalah kemam gula-gula Hacks semata-mata nak bagi lega. Tapi malangnya, tetap tak jalan juga.


Pada awalnyanya, Syu ingat batuk & sakit tekak biasa. Jadi, kita pun buat don't know sajalah. Sebab pagi sebelum pergi kerja tu, Syu dah siap-siap buat self-test. Result-nya pun negatif. Lepas balik kerja. Cuba buat self-test untuk kali kedua.Masih negatif juga result-nya.



Syu rasa macam tak logiklah pula. Sebab encik suami dah disahkan positif. Mungkin belum sampai masanya lagi gamaknya. Tunggu punya tunggu. Malam tu baru kena teruk. Pakej sekali demam & sakit sendi lagi. Subuh semalam, sebelum solat terus Syu buat self-test untuk kali yang ke-3. Tak ada gosok gigi bagai. Memang air liur basi pure Syu guna buat test πŸ˜†. Akhirnya, inilah hasilnya.

 

Jelas, nyata & terang double line-nya πŸ˜Œ

 

Terang berderang line-nya kome. Nampak gayanya, tak dapatlah nak join buang undi time PRU15 ni nanti. Bila dah disahkan positif. Nak tak nak, kenalah update status dekat aplikasi MySejahtera - Terpaksa install balik sebab dah buang dah aplikasinya πŸ˜‚. Lepas tu Syu inform juga dekat kawan-kawan HR yang lain. Supaya diaorang tahu yang Syu boleh kembali bertugas lepas habis kuarantin.


Breakfat pagi ni pun hanya mampu makan beberapa sudu saja. Tak lalu nak menelan 😌


Semalam, memang sehari suntuk tak mampu nak sentuh apa-apa langsung. Sebab memang dah tak larat sangat. Habis semua sendi-sendi ditangkapnya. Kepala pun sakit. Betul-betul mampu bangun untuk mandi, solat & makan saja. Itupun Syu paksa. Rumah jangan cakaplah. Memang Syu lantakkan saja bersepah. Nanti dah sihat baru kita buat deep cleaning.



Tolak tawaran jadi petugas SPR

 

Sehari sebelum positif Covid-19. Actually, nama Syu dah masuk dah dalam senarai petugas SPR untuk pusat mengundi di Tambun. Just tunggu masa untuk attend taklimat saja lagi. Malangnya, terpaksa tolak offer tu di saat-saat akhir sebab dah disahkan positif. Hasrat nak buat duit tepi kononnya. Tapi, apa boleh buat. Aturan Allah lagi maha hebat. Jadi, anggap saja rezeki tak menyebelahi Syu.



Keluar mengundi ke PRU15 ni?


Pengundi yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan keluar mengundi sebenarnya. Pihak KKM pun dah keluarkan garis panduan untuk memudahkan orang yang dijangkiti Covid-19 macam Syu ni pergi keluar membuang undi. Cuma Syu sendiri yang tak berani nak ambil risiko. Bukan apa, nanti tak pasal-pasal ada pula kena jangkitan.


SUMBER FOTO : Bear Witness

 

Lagipun, bila dah kena Covid-19 ni. Bukannya lalu nak ke sana ke mari. Even nak pergi ke tandas pun kepala dah berpinar-pinar. Inikan pula nak pergi berbaris & tunggu turn mengundi. Dengar cerita, tiada laluan khas disediakan untuk pengundi yang dijangkiti. Mangkor kome!



Jadi, pada yang berpeluang keluar mengundi tu. Undilah dengan bijak ya. Syu hanya mampu tunggu keputusan saja dekat rumah. Tak pun tengok keadaan macam mana. Kalau Syu larat, Syu keluarlah sekejap pergi buang undi πŸ˜‰.

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!