Posts with the label Covid-19
Memaparkan catatan dengan label Covid-19. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Covid-19. Papar semua catatan

November 18, 2022

Pengundi Positif Covid-19 : Senarai Semak & Garis Panduan Keluar Mengundi PRU15

Election

Esok PRU15. Seluruh rakyat Malaysia akan keluar menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin Malaysia yang baharu. Tapi, mesti ada yang masih tertanya-tanya. Boleh ke individu yang dijangkiti Covid-19 keluar mengundi? 🤔


Jangan risau. Penggundi yang dijangkiti Covid-19 DIBENARKAN untuk keluar mengundi. Cuma ada beberapa senarai semak & garis panduan yang perlu dipatuhi. 


Bagi mengelak berlakunya penularan, sebaiknya ikut garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Walaupun dikhabarkan tiada laluan khas disediakan buat pengundi-pengundi yang dijangkiti Covid-19 ketika PRU15 nanti. Kawalan kendiri mesti terus kekal diamalkan. Baik yang positif Covid-19 mahupun negatif. 



Senarai semak pengundi positif Covid-19


Bagi pengundi yang positif Covid-19. Berikut senarai semak yang perlu dipatuhi sebelum keluar mengundi. 


PRU15



Garis panduan pembuangan undi




Pengundi Positif Covid-19 : Senarai Semak & Garis Panduan Keluar Mengundi PRU15

November 18, 2022

November 17, 2022

Ramai Dah Kena. Kita Baru Nak Merasa 😂

Relaxation

Kemarin masa di tempat kerja, badan dah mula rasa tak sedap. Tekak rasa merenyam-renyam sangat. Ditambah pula dengan batuk. Jenuh jugalah kemam gula-gula Hacks semata-mata nak bagi lega. Tapi malangnya, tetap tak jalan juga.


Pada awalnyanya, Syu ingat batuk & sakit tekak biasa. Jadi, kita pun buat don't know sajalah. Sebab pagi sebelum pergi kerja tu, Syu dah siap-siap buat self-test. Result-nya pun negatif. Lepas balik kerja. Cuba buat self-test untuk kali kedua.Masih negatif juga result-nya.



Syu rasa macam tak logiklah pula. Sebab encik suami dah disahkan positif. Mungkin belum sampai masanya lagi gamaknya. Tunggu punya tunggu. Malam tu baru kena teruk. Pakej sekali demam & sakit sendi lagi. Subuh semalam, sebelum solat terus Syu buat self-test untuk kali yang ke-3. Tak ada gosok gigi bagai. Memang air liur basi pure Syu guna buat test 😆. Akhirnya, inilah hasilnya.

 

Jelas, nyata & terang double line-nya 😌

 

Terang berderang line-nya kome. Nampak gayanya, tak dapatlah nak join buang undi time PRU15 ni nanti. Bila dah disahkan positif. Nak tak nak, kenalah update status dekat aplikasi MySejahtera - Terpaksa install balik sebab dah buang dah aplikasinya 😂. Lepas tu Syu inform juga dekat kawan-kawan HR yang lain. Supaya diaorang tahu yang Syu boleh kembali bertugas lepas habis kuarantin.


Breakfat pagi ni pun hanya mampu makan beberapa sudu saja. Tak lalu nak menelan 😌


Semalam, memang sehari suntuk tak mampu nak sentuh apa-apa langsung. Sebab memang dah tak larat sangat. Habis semua sendi-sendi ditangkapnya. Kepala pun sakit. Betul-betul mampu bangun untuk mandi, solat & makan saja. Itupun Syu paksa. Rumah jangan cakaplah. Memang Syu lantakkan saja bersepah. Nanti dah sihat baru kita buat deep cleaning.



Tolak tawaran jadi petugas SPR

 

Sehari sebelum positif Covid-19. Actually, nama Syu dah masuk dah dalam senarai petugas SPR untuk pusat mengundi di Tambun. Just tunggu masa untuk attend taklimat saja lagi. Malangnya, terpaksa tolak offer tu di saat-saat akhir sebab dah disahkan positif. Hasrat nak buat duit tepi kononnya. Tapi, apa boleh buat. Aturan Allah lagi maha hebat. Jadi, anggap saja rezeki tak menyebelahi Syu.



Keluar mengundi ke PRU15 ni?


Pengundi yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan keluar mengundi sebenarnya. Pihak KKM pun dah keluarkan garis panduan untuk memudahkan orang yang dijangkiti Covid-19 macam Syu ni pergi keluar membuang undi. Cuma Syu sendiri yang tak berani nak ambil risiko. Bukan apa, nanti tak pasal-pasal ada pula kena jangkitan.


SUMBER FOTO : Bear Witness

 

Lagipun, bila dah kena Covid-19 ni. Bukannya lalu nak ke sana ke mari. Even nak pergi ke tandas pun kepala dah berpinar-pinar. Inikan pula nak pergi berbaris & tunggu turn mengundi. Dengar cerita, tiada laluan khas disediakan untuk pengundi yang dijangkiti. Mangkor kome!



Jadi, pada yang berpeluang keluar mengundi tu. Undilah dengan bijak ya. Syu hanya mampu tunggu keputusan saja dekat rumah. Tak pun tengok keadaan macam mana. Kalau Syu larat, Syu keluarlah sekejap pergi buang undi 😉.

Ramai Dah Kena. Kita Baru Nak Merasa 😂

November 17, 2022

Mac 31, 2022

Apa Ada Dalam Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia?


Balik kerja semalam ada dapat bingkisan dari Pos Malaysia. Berbalut plastik hitam. Fragile ditulisnya dekat luar kotak. Terkejut juga masa dapat bungkusan ni. Setahu Syu, tahun ni mana ada menang apa-apa giveaway pun 😅. Jadi agak tertanya-tanya juga sebenarnya pasal bungkusan hitam ni.


Dalam hati dah terfikir pasal PIN Google Adsense yang tak kunjung-kunjung tiba tu. Tapi tak kan lah besar sangat bungkusannya. Benda nombor pin jer kot. Bila buka bungkusan, ingatkan apa bendalah. Rupa-rupanya Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Keluarga Malaysia. Korang ada dapat tak?



Seingat Syu, Kak SA pun ada buat entri pasal kit PPC ni. Tapi tak ingat bila. Dengar cerita PPC ni diberikan khas buat 3.6 juta keluarga Malaysia yang terdiri dari golongan B40 secara PERCUMA. Ianya telah mula diedarkan seluruh negara secara berperingkat mulai September 2021 tahun lepas. Tapi, kalau tak silap Syu, orang kerja gomen pun dapat juga kit PPC ni.


Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC)


Bagi Syu, tak kisahlah golongan kategori apa sekalipun yang dapat kit PPC ni. Tapi, kalau orang dah bagi. Rembat sajalah. Nak buat apa dipanjang-panjangkan cerita kan. Dah ada senang. Tak gaduh nak berbeli dah 😁. Apa-apa pun. Terima kasih kepada yang memberi.



Isi kandungan PPC


Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC)


Kalau korang nak tahu, di dalam kit PPC ni ada diberikan :


  • 4 x Kit ujian kendiri Covid-19 - Rapid antigen test
  • 4️ x Pelitup muka (Washable) - Ada slogan #Keluarga Malaysia
  • 1️ x Oximeter - Ada disertakan sekali dengan bateri
  • 1️ x Termometer

  • Risalah panduan pengguna & info kesihatan

Apa Ada Dalam Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia?

Mac 31, 2022

Disember 02, 2021

Terima Kasihlah Banyak-banyak

Celik jer mata pagi ni agak terkejut jugaklah sebenarnya lepas baca Whatsapp dari adik bongsu Syu 😲. Text tu actually dia hantar pukul 2 pagi tadi. Masa tu Syu memang dah hanyut dah dibuai mimpi. Dalam Whatsapp tu adik Syu kata abah & mak Syu positif Covid-19. Ahhhh...sudah!! Dapat dari mana? Malam tadi, adik lelaki Syu bawa abah Syu ke hospital sebab sakit yang disangka demam tu melarat-larat sampai ke sakit kepala bagai. Tak sangka pulak boleh sampai kena tahan wad. Ingat demam biasa jer. Lepas buat swab test dekat emergency room, rupa-rupanya abah Syu disahkan positif Covid-19 😔. Bila dapat tahu, nak tak nak semua isi rumah terpaksa dikuarantin termasuklah adik lelaki Syu yang bawa abah Syu ke hospital malam tadi. Lepas tu, mana-mana yang ada kontak rapat dengan abah Syu pun dimaklumkan dalam group Whatsapp supaya buat ujian kendiri.


Mesej dengan kaum kerabat memang macam ni. Salam idak apa idak. 😂 Tahu-tahu uiiittt...tiba-tiba.


Yang hairannya, dari mana abah Syu boleh terkena jangkitan pun tak tahu. Sedangkan dia duduk di kampung bukannya pergi ke mana sangat pun. Mak Syu pun seminggu sekali jer keluar. Itupun kalau ada urusan bisnes dobi dia. Sebelum nak pergi kerja pagi tadi Syu sempatlah telefon mak Syu kejap tanya perkembangan. Sampai lambatlah masuk kerja tadi 😅. Risau punya pasal. Lepas sembang-sembang dengan mak Syu dalam telefon pagi tadi, rupa-rupanya masa hari Jumaat lepas ada yang singgah datang bertandang ke kampung tengok abah Syu 🙎. Dari situlah punca asalnya. Terima kasihlah banyak-banyak yer...pada yang datang bertandang tu.


Thank you


Nak dijadikan cerita, masa hari Jumaat lepas mak & adik bongsu Syu balik ke Ayer Tawar sekejap sebab ada urusan. So, tinggal lah abah Syu di kampung dalam beberapa hari. Masa mak & adik Syu balik kampung, abah Syu cakap dia rasa tak sihat. Dia punya tak sihat tu bawak sampailah ke demam, batuk & sakit kepala sampai dengan mak Syu kena jangkit sekali. Mak & abah ingat demam biasa jer. Sampailah mak terdetik nak tanya abah semalam. Rupa-rupanya sepanjang ketiadaan mak Syu kat kampung, tak sangka pulak ada yang datang menziarah abah Syu. Siapa lagi kalau bukan saudara mara sebelah abah. Katanya, ada yang datang dari Tronoh, Parit, Penang & Sungai Siput. Merata-rata...Rancak!!😏



Pada Syu lah kan, Syu rasa niat nak menziarah tu patutnya diketepikan dulu lah buat sementara waktu. Sebabnya Covid-19 ni masih belum reda lagi. Tambah-tambah ada variant ganas baru muncul. Bukan tak suka & membenci saudara mara datang. Tidak. Siapalah tak seronok dapat jumpa saudara mara boleh peluk cium pipi sembang-sembang kupi-kupi. Cuma bila jadinya satu-satu hal macam ni, kami satu keluargalah kena menghadap di kemudian hari. Tak seronoklah macam tu kan.



Syu rasa, ziarah orang sakit time zaman Covid-19 ni tak berapa relevan & praktikal untuk diamalkan lagi. Yang sakit memang dah tentu-tentu sakit. Yang jadi masalahnya sekarang ni, yang datang menziarah pulak membawa & menambah penyakit. Jangan begitu. Memang korang (saudara mara Syu) sayang & rindu mak & abah  Syu. Tapi, kena ingat juga. Kitorang punya sayang lagi lebih. Bukan nak jadi overprotected macam lagu Britney Spears tu. Jauh sekali tak. Tapi selagi boleh elak, kita cuba elak. Sebab binatang bernama Covid-19 ni susah nak nampak dengan mata kasar. Nak dibunuh apatah lagi. Silap-silap vaksin yang ada pada kita ni pun belum tentu menjamin yang kita ni takkan kena Covid-19. - HARAP SEMUA AHLI KELUARGA SYU TAK ADA APA-APA 🤲🏻

Terima Kasihlah Banyak-banyak

Disember 02, 2021

Ogos 11, 2021

Varian Lambda : Mungkin Imun Terhadap Vaksin

varian lambda

Variant lambda


Petang ni nak cerita pasal Covid lagi 😁. Dengar khabarnya, varian Lambda ni dah ada di Jepun & telah dirahsiakan daripada pengetahuan umum.  Kes tu dikatakan berlaku di Lapangan Terbang Haneda tiga hari sebelum berlangsungnya Olimpik Tokyo 2020 😂.  Aduhai, kenapalah dirahsiakan? Dahlah varian Lambda pulak tu. Menurut The Japan Times, individu tersebut merupakan seorang wanita berusia 30-an yang dikatakn baru balik dari Peru. Pada awal pemeriksaan kuarantin, tak ada sebarang simptom pun dikesan pada wanita tu.

Varian Lambda (C.37)

- Pertama kali di kesan di Peru pada Disember 2020
Menurut World Health Organisation (WHO), varian Lambda ni dikategorikan dalam variant of interest (VOI)
- Merebak dengan pantas & kebal kepada vaksin Covid-19

Untuk makluman korang, beberapa hari yang lepas, Tan Sri Dr. Noor Hisham sendiri ada membuat pengesahan dilaman Facebooknya mengenai varian ni. Katanya, varian Lambda ni lebih mudah berjangkit & kebal pada individu yang dah divaksin.  Tapi ada jugak sumber yang menyatakan bahawa vaksin Covid-19 dari China mampu menangkis varian ni. Wallahualam.  Tak tahulah sahih ke tidak. Walaubagaimanapun, di Malaysia masih belum ada tanda-tanda varian ni wujud. Risau jugak, sebab kontigen negara kita baru jer balik dari sana. Harap-harap tak ada apa-apa lah yer.  


Syu harap pada rakyat Malaysia yang dah lengkap divaksin, korang fikirlah panjang-panjang pasal kelonggaran  yang abah dah bagi hari tu. Think & act wisely. Even, penyelidik dari Universiti Tokyo pun dah bagi amaran yang varian Lambda ni mungkin lebih kebal kepada vaksin & mudah berjangkit jika dibandingkan dengan varian sedia ada. Covid-19 ni tak memilih orang kome.  Ikut suka deme jer nak jangkit siapa-siapa. Kalau rasa diri tu kebey beno. Silakan 😂.  Kena jangkit, nangeslah kome kat tepi bucu katil nun sampai kesudah.  Kalau boleh, ambik iktibar dari keluarga-keluarga yang dah pernah kehilangan orang yang tersayang  sepanjang pandemik ni, supaya ada timbul sikit kesedaran  pasal bahayanya Covid-19 sekiranya menjangkiti ahli keluarga kita. Lindung diri, lindung semua!!



BACA ARTIKEL

Varian Lambda : Mungkin Imun Terhadap Vaksin

Ogos 11, 2021