Jom Cha By Farm Fresh Best!

Februari 11, 2024

Jom Cha

Jom Cha


Selamat berhujung minggu buat semua rakan blogger Syuderis.com. Just nak bagitahu, Jom Cha by Farm Fresh sedap πŸ˜‹. Pertama kali Syu cuba, terus jatuh cinta. Ini pun rasa macam nak mengulang beli lagi ni tau🀭. Sebab sedap & murah punya pasal. Memang Syu rekemen sangat untuk korang cuba.



Soft ice cream sedap! 


Kalau korang nak tahu, dekat Jom Cha ni ada jual air & juga soft ice-cream. Untuk soft ice-cream ada dua jenis pilihan based aiskrim. Korang boleh pilih samada korang nak aiskrim yang jenis milk-based ataupun yogurt-based.


Harga kedua-duanya tetap sama, RM5.80. Cuma toppings-nya korang kena add-on. Setiap toppings harganya RM1.50. Buat masa sekarang, ada 8 pilihan toppings korang boleh pilih. Antaranya :


  • Brown sugar boba
  • Yogurt popa
  • Crystal boba
  • Mango crystal boba
  • Butterscotch sauce
  • Dark chocolate sauce
  • Strawberry sauce
  • Biscoff biscuits crumbs


Jom Cha
Air Syu beli Farm fresh milk with salted caramel (RM12. 30). Aiskrimnya pula, aiskrim yogurt letak toppings mango crystal boba & strawberry sauce (RM8.80) πŸ˜‹. 


Antara dua jenis aiskrim tu, Syu paling suka soft ice-cream yogurt-based. Serius sedap 🀀. Lemak berkrim & tak terlalu masam. Harga pun jauh lebih murah dari aiskrim yogurt Sepanyol yang terkemuka tu. Satu cup tak sampai pun RM10 tau - Yang ini dah tentu-tentu buatan Malaysia 🀭. Jadi, support-lah sikit produk anak tempatan!

Comments

  1. kena cuba , betul betul murah ni satu cup rm5.90 .. add on topping pun rm1.50 . boleh la habuan rasa-rasa ni

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!