Breakfast Di Ipoh Station Cafe

Februari 08, 2024

Salam Khamis & salam Israk Mikraj buat semua rakan blogger Syuderis.com 🥰. Ada yang dah start cuti ke hari ni? Kalau dah, nak bagitahu satu saja. I is jealous sebab still kena kerja sampai esok 🥹.


By the way, korang dah breakfast ke tu? Kalau belum, meh Syu nak tunjuk satu lagi port breakfast best di Ipoh 😁. Nama kedainya, Ipoh Station Cafe. Lokasinya terletak betul-betul di pekan kecil Station 18. Tempatnya agak tersorok sikit. Tapi, ramai pengunjung. 


Untuk pengetahuan korang, Ipoh Station Cafe ni menghidangkan menu sarapan pagi sahaja. That's why waktu operasinya dari jam 7 pagi sampai 12 tengahari. So, kalau korang nak datang makan breakfast dekat sini, make sure korang datang sebelum pukul 12 tengahari.


Ipoh Station Cafe
Antara menu-menu breakfast yang padu ada dekat sini 🤤. 


Selain Suhaimi Cafe, di Ipoh Station Cafe ni pun ada jual Kacang Pool. Dekat sini, roti kacang pool-nya besar sikit sebab diaorang guna roti Benggali bersaiz besar. Harga pun boleh dikatakan berpatutan jugalah pada Syu. Kalau korang datang Ipoh. Jangan lupa singgah breakfast dekat sini okay! Serius tak rugi 😋. 


Kacang pool
Puas & kenyang makan kacang pool dekat sini sebab roti Benggali-nya besar 🤭. 


Comments

  1. Teringin nak makan kacang pool tu tak pernah makan.

    BalasPadam
  2. Hari tu nak singgah sini , tapi masa pegi tu tutup . So takda rezeki nak merasa makanan di situ

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!