Terima Kasih Tuanku!

Februari 01, 2024

Semalam selesai majlis pertabalan Sultan Johor sebagai Yang Dipertuan Agung Malaysia yang Ke-17. Rasa gembira dengan perlantikan Sultan Johor sebagai YDPA yang baru. Sebab baginda seorang yang tegas & berjiwa rakyat.



Tapi, pada masa yang sama rasa sedih dengan keberangkatan pulang YDPA ke-16 & tuanku permaisuri. Bukan apa, suka sangat tengok pasangan Diraja ni. Berjiwa rakyat, sangat humble & bersederhana-Anaknya handsome by the way 🤭. 


Yang Dipertuan Agung Ke-16
Semoga tuanku berdua sentiasa sihat walau di mana jua tuanku berada 🥰.


Apa-apa pun, tahniah diucapkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas pertabalan baginda sebagai YDPA Malaysia yang Ke-17. Semoga tuanku dapat memerintah Malaysia dengan adil & saksama.



Juga terima kasih tak terhingga kepada YDPA ke-16, tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama tuanku permaisuri Tunku Azizah Aminah disepanjang 5 tahun pemerintahan yang penuh dengan cabaran.

Comments

  1. terima kasih juga YDPA ke-16 & tuanku permaisuri selama berkhidmat menjadi agong . suka tengok pasangan ni , sweet yang penting mereka berdua berjiwa rakyat . walaupun status kerabat diraja tetap mencemar duli bersama rakyat-rakyat

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!