Terima Kasih Choy!

Februari 09, 2024

Chinese new year goodies
Choy bagi popia mini, kacang Ngan Nyin & honey ponkan 😋.


Chinese New Year (CNY) just around the corner. So, hari ni deme-deme yang berbangsa Cina makan beso! Kita yang tak raya ni, alhamdulillah dapat tempias sekali bos bagi cuti 😁 - Selasa minggu depan baru start kerja. Harap mood tak ke lautlah lepas dah cuti lama😆. Kudap-kudap CNY pun dapat juga dari officemate Syu - Terima kasih Choy! Popia mini sedap. Limau pun manis! Semanis senyumanmu.


Popia mini
Sedap popia mininya. Terima kasih tau Choy 😋. 


Pasal "Bonbon" (Bonus tahunan)? Dengar cerita, akan dapat juga. Tapi dapat time raya kitaorang masing-masing. Untuk CNY, staff yang berbangsa Cina dapat dulu. Next round, kitaorang pula. Harap ada rezekilah hendaknya. Boleh makan beso juga dengan family time raya nanti 😁! Apa-apa pun, thank you Choy for the goodies. Selamat bercuti & selamat beraya 😚.




Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!