Warung Bakso Olala : Bakso Tepi Lombong

Januari 08, 2022

MONDAY BLUES IN FRIDAY | Salam hujung minggu sahabat maya. Ini alkisah semalam. Nak create entri tapi malas. Hari ni baru ada kelapangan nak menulis dalam blog. Itupun paksa diri juga sebab tak nak post cerita basi πŸ˜‚. Kalau ikutkan semalam rasa mengantuk & malas yakhamat nak masuk kerja. Almaklumlah, ambil cuti hari Rabu & Khamis. Nak masuk kerja hari Jumaat macam liatlah sikit.


Walaupun badan di tempat kerja. Otak nun jauh kat Padang Besar lagi πŸ˜‚. Mood nak kerja tu memang jauh ke laut. Silap Syu juga sebenarnya. Sepatutnya Syu mohonlah cuti terus sampai hari Jumaat yedak? Tak memasal Monday Blues di hari Jumaat πŸ˜…. 



Jenuh melayan mata gara-gara tak nak bagi terlelapπŸ˜…. Dah lah komputer Syu di pejabat buat hal masa hari Jumaat hari tu. Satu hapah kerja tak boleh buat. Makanya, untuk hilangkan bosan & mengantuk, menghadap telefon lah solusinya. Sambil-sambil godek-godek telefon tu sempat jugalah Syu jenggah FB baca komen-komen netizen & tengok cerita sensasi terkini. Apa boleh buat. Nak bagi hilang bosan. Layankan sajalah. 


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong
Warung kecil & comel duduknya betul-betul tepi lombong 😁. 


WARUNG TEPI LOMBONG | Nak dijadikan cerita, masa Syu godek-godek FB tadi Syu terperasan satu post akak seorang ni di laman FB Station 18 Ajerr. Rupanya dia tuan empunya kepada Warung Bakso Olala πŸ˜. Berdasarkan komen orang ramai. Dengar cerita Bakso & Air Buah Segarnya sedap. Bila dengar - ORANG CAKAP SEDAP. Apa lagi. Laju jer ajak officemate pergi lepak sana untuk makan tengahari. Lagipun tempat makannya tak jauh pun dari tempat kitaorang berdua kerja. Jadi, sejam waktu rehat tu memang kira cukuplah untuk kitaorang bertepek di kedai akak ni. Jadinya, untuk makan tengahari semalam, Syu & officemate singgah makan di Warung Bakso Olala. Saja nak tahu sejauh mana kesedapan makanan yang ada dekat warung ni.


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong
Damai jer rasa. Sambil makan sambil tengok. Pemandangan lombong 😌. 


Kalau nak tahu, lokasi Warung Bakso Olala ni agak terpencil sikit tempatnya. Duduknya betul-betul dalam kawasan kampung depan rumah orang. Syu ada cuba juga cari nama warung ni di dalam Google Map. Tapi, tak ada. Even petanya pun tak up-to-date πŸ˜…. Bila kurun punya peta pun tak tahu. Lepas WhatsApp tuan kedai, baru Syu tahu lokasi sebenar kedai ni dekat mana. Nasib Syu familiar dengan jalan di kawasan Kampung Seri Kinta ni. Kalau tak, jenuh bercari tak jumpa πŸ˜…. Memandangkan lokasi Warung Bakso Olala ni tak ada di dalam Goggle Map. Jadi,  Syu dah tambahkan lokasinya supaya senang korang nak cari. Yang pasti, warung ni terletaknya betul-betul di tepi lombong Lorong 11 Kampung Seri Kinta. Warungnya memang kecil & comel jer



TEMPAT TERHAD | Pada yang nak datang makan kat sini, Syu nasihatkan korang datang dengan menaiki motor sahaja. Sebabnya kalau korang bawa kereta, tempat letak kenderaannya terlampau sempit πŸ˜…. Almaklumlah, jalan kampung. Kalau nak parking, korang terpaksa letak kereta betul-betul dekat bahu jalan atau pun tumpang letak kereta sekejap dekat depan rumah orang - Itupun kalau orang bagi 😁. Di warung ni tempat duduknya agak terhad juga. Hanya boleh memuatkan tak sampai 15 orang pelanggan sahaja. Tapi, kalau tak nak makan dekat sini pun boleh. Korang boleh pilih untuk takeaway πŸ˜‰πŸ’•. 


Warung Bakso Olala | Bakso & Air Buah Segar
Memang layan perkena dua-dua menu ni πŸ˜‹. 


Makan di sini memang seronok. Tempatnya santai & damai jer. Sambil makan Bakso & Air Buah Segar, korang boleh cuci mata tengok lombong kecil yang ada ditengah-tengah kampung Seri Kinta ni. Walaupun lombongnya nampak kecil. Di dalamnya usah dikenanglah. Memang banyak ikan. Sepat ronggeng & tilapia besar-besar. Kalau bawa batang pancing memancing dekat sini pun seronok. Tapi, dengan konsep catch & release sajalah. Ikan lombong. Almaklumlah. Hanyir sikit πŸ˜‚.


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong


AIR BUAH SEGAR SEDAP | Secara keseluruhannya, makanan di Warung Bakso Olala ni memang sedap. Terutamanya Air Buah Segar ni. Sejuk & layan jer bila lalu kat tekak. Isi banyak. Buah yang diletak dalam air ni pun boleh dikatakan buah yang mahal lah juga - Tembikai susu, buah naga & tembikai merah.



Selain buah segar, ada juga diletakkan bahan lain seperti Nata de Coco, agar-agar , lengkong, biji selasih & susu cair. Untuk pilihan sirap buah, korang boleh pilih sendiri samada nak letak perisa strawberi, pandan, laici, markisa ataupun tembikai susu. Pada Syu, harga RM5 semangkuk tu boleh dikatakan murah jugalah sebenarnya. Memang berbaloi & ada kemungkinan untuk Syu singgah sini lagi untuk repeat order πŸ˜‹πŸ’•.


Warung Bakso Olala | Fresh fruits cocktails
Air buah segar ni Syu pilih untuk letak sirap berperisa buah markisa. Memang sedap. Ada rasa masam manis πŸ˜‹πŸ’•. 

Comments

  1. sedapnya hehe. tenang je tgk persekitaran kedai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Nurin. Tenang jer rasa. Sambil makan boleh cuci mata tengok pemandangan lombong 😁.

      Padam
  2. Menarik suasana warung ni. Sedapnya bakso. Lama jugak tak pekena bakso. Air buah tu dah macam laicikang pulak. Penuh accesories atas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau letak sirap berperisa laici memang sebiji macam laicikang kak 😁. Dia punya bahan memang tak kedekut. Lepas ni nak cuba letak sirap perisa strawberi pulak. Katanya sedap πŸ˜‹πŸ’•.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!