Resepi Capati Gebu & Lembut Sampai Ke Petang

Oktober 17, 2022

SUMBER FOTO : Foodpanda.com

RESEPI CAPATI GEBU & LEMBUT SAMPAI KE PETANG | Nak buat capati ni mudah saja sebenarnya. Bahan-bahan pun tak berapa rumit sangat. Senang nak dicari di mana-mana kedai. Cuma kadang-kadang kalau tak kena cara membuatnya, silap-silap capatinya boleh dibuat baling ke dinding macam piring terbang. Nak-nak bila tekstur capatinya tak lembut & liat macam kulit kaki bila dah sejuk 😅.



Untuk pengetahuan korang. Capati ni sebenarnya merupakan sejenis roti leper yang dibuat tanpa menggunakan yis. Adunan asasnya hanyalah tepung, air, garam & minyak semata-mata. Tepungnya pun sedikit berbeza dengan tepung gandum yang biasa digunakan untuk buat roti naan & roti canai. Tepungnya kita panggil tepung atta. 


Makan dengan kuah sardin pun layan juga 😋💕.

 


Asal usul capati


Di Malaysia, capati ni memang sinonim sangat dengan makanan masyarakat kaum India. Tapi, korang tahu tak dari segi sejarahnya, roti capati ni dikatakan berasal dari negara Mesir (Tamadun Lembah Indus) yang wujud sekitar 5,ooo tahun dahulu .


Namun, ada juga sumber yang mengatakan bahawa roti capati ni asalnya dari Timur Afrika. Kemudian ianya tersebar luas ke serata India sehinggalah ke seluruh dunia. Selebihnya, wallahualam. Sejauh mana kesahihannya Syu sendiri pun tak berapa pasti.



Yang Syu tahu, capati ni memang sedap bila dimakan panas-panas. Nak-nak capatinya dikawankan pula dengan kuah kari daging (lembu/kambing) & kuah sardin 😂. Makan sekeping memang tak cukup.



Resepi capai gebu & lembut


Tapi itulah. Nak hasilkan capati yang betul-betul gebu & lembut sampai ke petang memang susah. Kadang-kadang elok lembut capatinya. Kadang-kadang liat. Sampai nak kunyah pun sikit punya azab 😂. Berikut Syu kongsikan resepi capati gebu & lembut yang Syu dah buat baru-baru ni. Selamat mencuba! 

 

 

BAHAN-BAHAN

 

2 Cawan - Tepung atta (Syu pakai brand Alagappa's)

1 Cawan - Tepung gandum

2 Sdb. - Minyak sapi

1 Sdk. - Garam 

1 3/4 Cawan - Air suam



Masak menggunakan kuali nonstick supaya capati korang tak melekat 🍳. 

 

CARA-CARA


  1. Satukan kedua-dua jenis tepung dalam satu bekas. Kemudian masukkan garam & minyak sapi.
  2. Gaul sekata sehingga campuran terpungnya jadi macam serbuk roti.
  3. Tuangkan air suam (yang ini korang sendiri kena pandai agak sukatan airnya) & gaulkan sehingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan - Make sure dohnya lembut.
  4. Rehatkan doh selama 15 minit. Lepas tu bolehlah bulatkan dohnya kecil-kecil mengikut saiz capati yang korang nak - Jangan lupa tutup dengan kain lembab supaya dohnya tak kering.
  5. Bedakkan sikit doh capati tadi dengan sedikit tepung kemudian canaikan sehingga leper.
  6. Panaskan kuali menggunakan api sederhana & bakar capati yang telah dicanai tadi sehingga masak.



Tips capati gebu & lembut

 

Capati yang masak perfect macam ni rupa dia. Kembung & berpoket di dalam - SUMBER FOTO : acupofteasolveseverything.com

 

  1. Doh capatinya kalau boleh tak terlampau keras & tak terlampau lembik.
  2. Capati akan jadi lebih lembut & gebu bila dohnya direhatkan lebih lama - Rehatkan semalaman lagi better.
  3. Gunakan api sederhana supaya capati tak hangit & masak sekata
  4. Masa nak masak capati, kuali mesti kena betul-betul panas. Barulah capatinya boleh kembung & masak elok.
  5. Masa mencanai doh, kalau boleh canai secara lembut saja. Tak payah tekan doh kuat-kuat. Kalau tak nanti dohnya terkencat & susah nak kembung bila dimasak.
  6. Jangan masak capatinya terlalu lama. Kalau tak nanti capatinya jadi liat & keras bila dah sejuk - Anggaran dalam 5 minit untuk sekeping capati (Bergantung kepada saiz & ketebalan doh).
  7. Simpan capati yang dah dimasak di dalam bekas yang bertutup supaya capatinya tak kering & kekal lembut.


Comments

  1. dulu pernah buat capati sendiri masa rajin, sekarang ya rabbi malasnya tapi bila tengok syu punya entri ni teringin pulak nak cuba masak sendiri.

    BalasPadam
  2. Wahhhhh menariknya resepi ni. Boleh cuba nanti. Cantik sungguh blog Syu ni. Tergoda nak baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah buat. Lembut sampai ke petang capatinya 😋.
      Terima kasih kak. Biasa2 saja blog Syu ni.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!