Aiskrim Gula Apong Mokti's

Oktober 18, 2022

AISKRIM GULA APONG MOKTI'S | Hari ni nak review sikit pasal ais krim gula apong Mokti's. Korang dah cuba ke belum aiskrimnya? Tak cuba memang rugi sangat. Sebab aiskrimnya memang sedap & creamy. Sekali cuba mesti ketagih nak makan lagi 😘.Buat penggemar aiskrim. Korang wajib cuba aiskrim gula apong dari Mokti's ni. 


Aiskrim gula apong Mokti's
Sampai ke Sungai Besar makan aiskrim Mokti's. Padahal dekat Perak ni melambak franchise-nya 😂.

 

Sejujurnya, ini first time Syu makan aiskrim Mokti's. Tak sangka. Sedap rupa-rupanya! Dia punya kesedapan tu terkenang-kenang sampai ke hari ni. Kenapalah baru sekarang Syu tahu pasal kewujudan Mokti's ni. Padahal kawan tu dah merata-rata franchise-nya dibuka di negeri Perak ni. Memang tertinggal keretapi sungguh betul lah 😂!  

 

 

Mixed pandan babybob sedap!


Aiskrim gula apong Mokti's
Apong asli & mixed pandan babybob 😋🍦.


Sejujurnya, dalam banyak-banyak menu aiskrim Mokti's. Syu paling suka Mixed Pandan Babybob. Rasanya memang sedap sangat. Pada Syu, campuran dua flavour aiskrim gula apong asli dengan perisa pandan memang satu gabungan yang sangat mantap 👏 - Actually, nak request satu flavour saja pun boleh. Ditambah pula dengan topping baby boba yang lembut & senang nak dikunyah. Memang  jadi bertambah-tambah marvelous rasa aiskrimnya!


Aiskrim gula apong Mokti's
Ini antara menu-menu aiskrim gula apong yang korang boleh pilih di Mokti's.


Selain dari aiskrim. Mokti's pun ada jual minuman yang berunsurkan gula apong juga - Yang ini Syu belum try lagi. Yang pasti Syu akan repeat order lagi aiskrimnya. Sebab aiskrimya bukan sahaja lembut & creamy. Tahap kemanisannya pun tak keterlaluan & masih boleh diterima tekak. Syu yakin. Budak-budak mesti suka - Mak & bapa budak pun begitu juga sebenarnya 🤣.


Aiskrim gula apong Mokti's
Topping percuma. Tapi lagi sedap kalau makan kosong. Baru terasa keaslian sebenar aiskrim gula apongnya.


Popsicle
Popsicle pun ada. RM1 sepeket 😋🍦.


Comments

  1. akak ni lagi la ketinggalan zaman, tak pernah cuba langsung sekerim ni

    BalasPadam
  2. nurin tak makan aiskrim ni sebab rasa macam manis. huhu. dulu pernah try masa belajar, tp bukan mokti la, dia punya manis tu tak boleh bawak bincang huhu

    BalasPadam
  3. Ramai cakap sedap aiskrim mokti's ni. Tapi saya belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!