Wall's Mochi Chocolate & Vanilla : Sedap Sangat Ke?

Disember 26, 2022

Mochi Ice Cream
Aiskrim import dari negara jiran rupanya. Patutlah susah nak nampak bayang 😅.


Aiskrim Wall's Mochi Chocolate & Vanilla ni, sikit punya susah nak jumpa masa dia mula-mula keluar dulu. Almaklumlah, pantang diviralkan mesti lesap dari pandangan. Sama macam aiskrim Nestle Mochi Boba yang lagi satu tu. Baru ini nampak penuh dalam peti ais 😅.



Kalau tidak, memanjang saja tak ada dalam freezer. Alang-alang dah nampak. Kita cuba rasa dalam beberapa peket - Sepeket harga RM2. Nak tahu juga. Sedap sangat ke aiskrim ni sampai licin tak nampak bayang dalam freezer 😂?

 

 

Sedap ke aiskrimya?


Sedaplah juga aiskrimnya. Masih boleh diterima tekak. Cuma, tak boleh lawan Wall's Mochi Durian yang Syu makan hari tu. Pada Syu flavour yang ada pada aiskrim Wall's Mochi Chocolate & Vanilla ni biasa-biasa saja. Mungkin sebab Syu dah familiar sangat dengan aiskrim perisa coklat & vanila agaknya 😅. Jadi, tekak macam dah terbiasa.

 

Mochi ice cream
Macan inilah rupa isi dalamnya 😋.


Kalau korang nak tahu, aiskrim Wall's Mochi Chocolate & Vanilla ni terbahagi kepada 3 lapisan. Lapisan luarnya diperbuat dari mochi. Diikuti dengan aiskrim perisa vanila & coklat. Sebelum nak makan kena bagi aiskrimnya lembut dalam beberapa minit supaya senang korang nak gigit. Sebab aiskrimnya keras macam batu bila terlampau beku 😂. Okay! Next kita cuba Nestle Mochi Boba pula!

Comments

  1. Hurmmmm! Nampak sedap ibu tak cuba lagi boleh la cari nanti.. ;)

    BalasPadam
  2. menariknya, gabungan mochi & aiskrim, terhasillah aiskrim mochi. mmg kreatif & inovatif dieorg perkenalkan produk2 aiskrim yg baru.

    BalasPadam
  3. Sy tak boleh mkn lg ice cream asyik batuk lelah je ni

    BalasPadam
  4. nakkkkkk tapi kat kedai selalu tak ada. huhu

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!