The blog

Breakfast Mee Kari Zurien

Ogos 06, 2025

Salam bloggerian semua. Breakfast apa jer korang pagi ni? Hari ni Syu ada urusan sikit kat Jabatan Imigresen Ipoh sana. So, kena keluar awal sikit dari biasa. Sebelum gerak, kita singgah breakfast kejap kat Mee Kari Zurien, port feveret mee kari Syu 😘. By the way, jemput makan! 


Breakfast mee kari & teh ais pagi ni. Yang dalam bekas plastik tu bergedil 😋.

Comey Larhhhh...Telekung Travel Al-Mahira Ni!

Ogos 04, 2025

Hari tu mak suruh Syu belikan telekung. Katanya mak dah niat nak bersedekah kat anak menantu perempuan kalau ada dapat "duit Sg.Buaya" - Actually, mak ada dapat duit pampasan arwah opah jual tanah Felda Sg.Buaya. So, mak cadang nak sedekahkan lah sikit. At least mengalir juga pahala arwah opah kat sana.

 

Mak cadang nak bagi telekung. So, Syu suggest lah kat mak beli mini telekung travel Al-Mahira ni untuk kitaorang anak menantu. Kalau bagi hadiah telekung macam ni, dah tentu-tentu kitaorang guna hari-hari buat solat. Betul tak? 🤭. 

 

Comel sangat! Senang nak bawa pergi travel mana-mana. 


Telekung beli kat mana?? 😁 Beli kat Shopee jer nyah! Pasal kat Tiktok tak ada jual yang macam ni. Kalau ada pun kain telekung macam ponco tu. Ringan! Senang sangat terselak bila kena tiup angin. Harga telekung travel Al-Mahira ni tak mahal mana pun. Sepasang tak sampai pun RM30. 

 

Yang best-nya telekung ni siap ada bag sekali tau. So, senang nak simpan & very convenient untuk bawa travel mana-mana. Dekat bahagian edges telekung tu seller buat kemasan laser cut. So, telekung nampak cantik macam ada kerawang-kerawang gittew.

 

Ada bag simpan telekung. Lepas tu kat bahagian leher boleh adjust dia punya zip untuk kecil besarkan bahagian muka.


Material sejuk & jahitan pun kemas. Untuk kemasan hujung diorang guna laser cut buat bentuk kerawang macam ni.

 

Material kain telekung ni tak panas & jenis cepat kering bila dibasuh. Dekat bahagian leher pula ada zip. Kalau rasa ketat dekat bahagian dagu, korang boleh adjust ikut keselesaan. Overall, memang best telekung ni. Cuma kena ambil masa sikitlah nak tunggu ordernya sampai. Pasal telekungnya made in Indonesia 😅 - BELI SINI 👉 Mini Telekung Travel Al-Mahira

Ya Allah Rajinkan Aku. Aku MALAS!! 🫣

Ogos 03, 2025

 

😩 Bagilah buat keje rumah apa pun. Semua boleh buat. Tapi kalau bab lipat kain memang Syu cukup MALAS. Ya Allah rajinkan lah aku 😂. 


Lunch Di Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center

Ogos 01, 2025

Alamanda Putrajaya Shopping Mall
Nah! Sempat amik gambar depan pintu je. Isi dalam maleyh nak amik. Udah lapor! 😂


Alang-alang dah touch down Putrajaya, kita singgah kat Alamanda Putrajaya makan tengahari. Perut dah lapar sangat dah ni. Energy dah habis banyak pasal sibuk dok berjalan time tengah-tengah hari rembang, semata-mata nak tengok & ambil gambar Masjid Putra & Pejabat Perdana Menteri 🤣. Dari kompleks KESUMA sana ada lah dalam 25 minit macam tu kitaorang berjalan - Sampai sunburn lah muka dibuatnya.

 

Alamanda Putrajaya Shopping Center
Masuk sini dapatlah sejukkan badan sikit. Cuaca kat luar Putrajaya memang panas betul kome! 🥵


Dari Masjid Putra nak pergi ke Alamanda Putrajaya memang idak ler kitaorang dua nak jalan kaki kome. Kitaorang order GRAB jer. Lebih mudah & cepat. Lagi satu pasal kitaorang dua dah maleh! Plus paneyh 🤣! Even dah pakai payung pun tak lut. Dia punya bahang tu toksah cakaplah. Panas membara melempang-lempang muka!! 😵‍💫


Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center
Syu makan set Chicken Pad Kra Pao & Si Choy pula makan set Green Curry Chicken. Total semua RM55 jer. Kira murahlah kan?


Sampai Alamanda Putrajaya sana, Syu ajak kawan Syu makan kat Black Canyon Coffee jer. Situ tak ramai orang & lebih selesa sikit nak berchit-chat. Lagipun, kawan Syu tak pernah makan kat Black Canyon Coffee ni juga. So, memang elok sangatlah ajak dia makan kat sini & bagi dia rasa sedap ke tidak Black Canyon Coffee ni kat tekak dia - Choy cakap sedap! 😁


Pada Syu, nasi Pad Kra Pao dengan tomyam dia memang sedap. Cuma daun Thai basil dalam Pad Kra Pao tu jer Syu tak berapa minat sangat - 😂 Tak ada Thai basil tak jadilah nama dia Pad Kra Pao kan?? Tapi Syu makan lah juga pasal Thai basil-nya diorang tak letak banyak. Untuk green curry chicken?? Urmmmm...Syu tak minat! Ha3. Banyak beno terungnya. Karinya pula rasa plain. Air?? Sedap! Especially watermelon frost tu. Nak-nak minum time tengah cuaca panas macam ni 😘.