April 26, 2025
Iddah Bagi Isteri Yang Kematian Suami
Topik ni agak berat, tapi penting sangat untuk kita fahami – bukan hanya untuk wanita yang tengah melalui fasa ni. Tapi, juga untuk kita yang ada keluarga, kawan mahupun kenalan yang mungkin akan hadapinya suatu hari nanti. Dalam Islam, apabila seorang isteri kehilangan suami akibat kematian. Dia DIWAJIBKAN untuk melalui tempoh yang kita sebut iddah.
Ramai wanita di luar sana yang mungkin kurang jelas tentang tempoh & peraturan iddah selepas kematian suami. Jadi, dalam artikel ni Syu nak kongsikan panduan lengkap mengenai iddah seorang isteri yang telah kematian suami, termasuk hukum, tempoh, larangan, dan hikmah di sebaliknya perlaksanaan iddah ni.
Apa Itu Iddah?
Iddah berasal dari perkataan Arab ‘العدة’ yang bermaksud tempoh menunggu. Dalam konteks isteri yang baru sahaja kematian suami, iddah ni lebih kurang macam "cooling period" ke atas si balu sebagai tanda penghormatan & rasa dukacita di atas pemergian suami. Iddah ini WAJIB & ada tempohnya.
Berapa Lama Tempoh Iddah Kematian Suami?
Menurut hukum syarak, tempoh iddah bagi seseorang wanita yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari (130 hari mengikut kiraan kalendar Islam), seperti yang disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 234:
“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menunggu (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari...” - Surah Al-Baqarah: 234
TAPI…
Andai kata sekiranya si isteri tu tengah mengandung ketika suami meninggal, iddah dia akan berakhir setelah dia melahirkan anak. Contoh: Kalau dia bersalin seminggu lepas suami meninggal, maka iddahnya pun habis juga pada masa tu.
Apa Yang Tak Boleh Dilakukan Sepanjang Iddah?
![]() |
SUMBER FOTO : IST |
Ini antara perkara-perkara yang wanita dalam iddah (Kematian suami) kena jaga:
- Tak boleh berhias berlebihan – elakkan pakai mekap, perfume, baju berwarna terang-terang.
- Tak boleh keluar rumah sesuka hati – tapi kalau ada urusan penting (kerja, beli barang keperluan), boleh. Asalkan jaga batas
- Tak boleh terima lamaran atau bernikah – sebab iddah belum habis
- Kena duduk di rumah suami (kalau ada) – kalau rumah sewa atau tinggal dengan keluarga, ikut kesesuaian
Kenapa Islam Wajibkan Iddah?
Jangan sekali-kali beranggapan iddah ini menyusahkan. Iddah ni sebenarnya ada banyak hikmah di sebaliknya yang Allah S.W.T telah atur & tetapkan. Antaranya:
- Sebagai masa untuk tenangkan diri & terima takdir
- Mengelakkan kekeliruan nasab keturunan sekiranya disahkan mengandung
- Tanda kasih & hormat di atas pemergian suami yang tercinta
- Masa untuk muhasabah & rapatkan diri dengan Allah S.W.T
Iddah bukan sekadar ‘masa menunggu’. Ianya satu fasa penting dalam hidup wanita – masa untuk pulih, redha, & susun semula aturan hidup selepas kehilangan seorang suami yang dikasihi. Tempoh iddah bukan sekadar satu kewajipan, tetapi merupakan satu proses penyucian emosi & spiritual seseorang wanita.
Sepanjang tempoh iddah ianya mungkin nampak mencabar. Tapi, sebenarnya ia penuh rahmat & hikmah yang telah Allah S.W.T titipkan untuk kaum hawa. Kalau kita faham tujuan & hikmahnya, kita akan lebih redha & tenang menghadapinya. Sebagai muslimah, memahami & mengamalkan iddah dengan sebaiknya adalah sebagai satu tanda ketaatan & keimanan kita kepada perintah Allah S.W.T. Semoga perkongsian ni bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan.
April 25, 2025
Google Adsense : Susah Betul Nak Dapat 20USD Sebulan Sekarang Ni 🥲

Salam Bloggerian Syu semua! Sedikit keluhan manja pasal Google Adsense (GA) Syuderis.com. Start hujung tahun lepas, Syu perhatikan Syu punya earnings GA semakin hari semakin menyusut. Bukan sikit-sikit susutnya. Ada lah dalam 75% macam tu. Even Syu punya pageviews blog pun sama - Ni sebab kurang menulis rasanya 😂. Satu hari tak sampai 1K pun pengunjung datang bertandang. Sedih pula rasa.
![]() |
Tak boleh buat apa. Bak lirik lagu Ziana Zain terpaksa aku redha 😂. |
Dulu, merasa jugalah Syuderis.com nak dapat sebulan dalam 20-30USD. Sekarang, nak cecah 10USD pun sikit punya payah kome 😂! Even entri Syu yang dulu-dulu asalnya organic search engine tu pun dah jadi tak organic dah sekarang. Pasal apa pun tak tahu. Adakah disebabkan Google search algorithm dah upgrade & artificial intelligence dah ambil alih. Entahlah?! Tak tahu tafsir pasal teknologi maklumat zaman now ni😩. Terlampau advance.
Actually, Syu ada terbaca komen seorang penulis blog ni. Dia pun complain benda yang sama pasal earnings GA dia. Situasi yang dia hadap lebih kurang sama macam Syu. Untuk part Syu, Syu tak tahu dekat mana silapnya. Adakah disebabkan?
- Keywords blog tak mesra SEO & Google search engine?
- Blog lambat loading?
- Entri membosankan?
- Semak dengan iklan sampai orang malas nak tekan & baca - Iklan GA Syu dah set auto. Bukan manually letak pun 😅.
- Terlampau banyak penggunaan AI dalam GA?
- Google search algorithm dah upgrade? - "Google's March 2024 update is a game-changer, with many sites impacted by algorithmic changes and de-indexed from Google Search "(Search Engine Land)"
Actually ada banyak kebarangkalian sebenarnya. Mungkin ada sebab-sebab yang lain yang tak ada tersenarai kat atas nun. Nak sembang lebih pun tak berapa reti. Almaklumlah, kita noobs sikit pasal benda-benda macam ni. Lagipun, dah tua-tua ni kurang rajin dah nak buat research & korek lebih mendalam pasal benda-benda macam ni. Jadi, kita pasrah dengan segalanya!
April 24, 2025
Donut Big Apple Dah Tak Sedap Macam Dulu!
Malam tadi craving nak makan benda manis! Skrol-skrol menu dekat Grab. Nampak ada donut Big Apple. Dah nama pun craving kan? So, kita pun order-lah dalam 2 boxes (12 pcs) - Tamak haloba pun meng-order-nya 😂. Sampai-sampai. Oh mak! Frustrated gila dengan presentation & rasa donutnya. Dia punya tekstur tu dah tak gebu macam dulu-dulu. Sedih! Ingatkan harga mahal rasa premium. Rupanya tak. Syu rasa sedap & gebu lagi donut yang orang jual dekat tepi jalan nun. Hurmmm...Tempat korang punya donut Big Apple macam ni juga ke??
![]() |
Stella Nutella yang dekat tengah tu dah kenapa sampai terlondeh topping-nyer tu. |
![]() |
Tengoklah whipping cream dekat Ono Oreo tu. Cayor kome! Udah nampak macam aiskrim tak cukup suhu. |
April 20, 2025
Abah Marah Pun Tak Apa 🥹
![]() |
Terasa kosong betul bila arwah abah tak ada 🥲. |
Dulu akak tak berani nak balik kampung sebab takut abah marah 🥹. Sekarang akak tak berani nak balik sebab tak mampu nak hadap kenangan-kenangan yang arwah abah tinggalkan dekat kitaorang.👉🏻👈🏻 Akak nak macam yang dulu boleh? At least abah ada...marah pun tak apalah...- Al-Fatihah untuk arwah abah 🤲🏻.
April 19, 2025
Let's Self Reward!
Self reward ni antara salah satu cara untuk korang treat & recharge diri korang semula supaya kekal positif & lebih menghargai diri korang. Bak kata Dwayne Johnson - "Don’t cheat yourself, treat yourself" . Jadi, buatlah :
- Apa yang korang NAK
- Apa yang korang SUKA, dan
- Apa yang korang RASA PATUT untuk diri korang...
Supaya korang tak terlalu stress berhadapan dengan liku-liku hidup ni. Almaklumlh, lately hidup ni memang keras. Setiap hari akan ada banyak cabaran & tekanan yang korang kena hadap. So, pilihlah satu masa yang sesuai untuk korang reset diri korang. Sendiri? Dengan kawan-kawan atau dengan famili boleh. Terpulang!
![]() |
Salah satu cara untuk kita hargai diri sendiri adalah dengan "self reward" - SUMBER FOTO : Sofi |
Asalkan, ianya TAK MELAMPAUI BATAS & MENDATANGKAN KESAN BURUK pada diri korang. Pergilah "healing" & "me time" ke mana-mana sekalipun. Supaya korang rasa lebih tenang & kembali proaktif sebaik saja korang get back on track. At least tak ada lah asyik nak lemau memanjang bila time kerja! Manfaatkan annual leave korang yang ada tu. Jangan dibiar burn macam tu saja. RUGI!
Tak payah tunggu ada duit!
Bahagia & tenang tu PERCUMA. Tak payah beli. Kita sendiri yang kena pandai cari & nikmati. Dalam bab self reward ni pun sama. Tak perlu berbelanja besar & tak perlu tunggu ada duit banyak sebenarnya. Bahagiakan diri korang dengan cara tersendiri. Ikut kemampuan & bukan ikut trend. Bukan juga ikut-ikut orang.
![]() |
Me time dengan cara berblog & buat movie marathon pun salah satu cara korang reward diri korang tanpa keluar duit sesen- SUMBER : Kata Data |
Actually, ada banyak cara untuk korang self reward diri korang tanpa keluarkan sesen duit pun sebenarnya. Kena kreatif! Even, rehat seharian tanpa sebarang gangguan itu pun dah dikira salah satu cara untuk korang recharge diri korang juga sebenarnya-Dekat diri dengan Allah S.W.T, pergi beriadah, window shopping, balik kampung tengok mak ayah. Ada banyak!
Self reward dengan BIJAK!
Dalam bab nak self reward ni, kita kena self reward ikut kemampuan poket juga. Memang tak dinafikan, kita ada hak untuk buat perkara yang kita suka & perkara kita nak sebenarnya. Tapi kalau boleh, biarlah self reward tu secara bersederhana & jangan melampaui batas!
Belajar self reward diri dengan bijak. Jangan ikut nafsu! Jangan juga ikut orang! Nak buat satu-satu perkara tu ukur dulu baju di badan sendiri. Kalau terlampau berlebih-lebihan. Kemungkinan besar boleh menyebabkan korang jadi selfish & memudaratkan diri korang di kemudian hari.
April 16, 2025
Tak Sempat!
16/4/2025 & 18/4/2025, arwah abah sepatutnya jumpa doktor pakar & buat endoskopi di Hospital Ipoh. Tapi, tak sempat. Seminggu sebelum sampai tarikh buat rawatan, abah dah dijemput pulang buat selama-lamanya. Al-Fatihah buat abah. Doa akak adik beradik akan sentiasa mengiringi abah di sana. Semoga arwah abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman & khusnul khotimah.
![]() |
Masa ni tengah tunggu giliran untuk jumpa pakar & dapatkan tarikh temujanji untuk buat endoskopi. |
Akak bangga dengan abah sebab abah mampu berjuang sehingga nafas abah yang terakhir. Tak mudah putus asa untuk kembali sihat & keep continue ulang alik hospital jumpa pakar even though abah tak larat & bertongkat. Akak sayang abah dunia akhirat!
April 15, 2025
Hari Diharamkan Berpuasa
- Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal
- Hari Raya Aidiladha - 10 Zulhijjah
- 3 Hari Tasyrik - 11,12 & 13 Zulhijjah
- Hari syak - Hari ke-30 bulan Syaaban
Berpuasa pada hari syak adalah diharamkan bagi setiap umat Islam. Hal ini disebabkan pada hari tersebut, anak bulan masih tidak kelihatan, dan kita tidak pasti samada hari berkenaan merupakan hari terakhir bulan Syaaban atau sudah masuk hari pertama bulan Ramadhan.
April 14, 2025
Diari Perjalanan "PULANG" Abah

31hb Mac, 2025 (Syawal pertama) - Selesai beraya & jumpa saudara-mara. Kitaorang decide untuk bawa abah ke Hospital Manjung. Kalau ikutkan abah nak tunggu sampai pagi raya ke-2. Lepas husband Syu pujuk & bagi nasihat. Barulah abah Syu lembut hati & setuju nak pergi hospital malam tu juga.
Bukan apa, kitaorang risau. Abah dah berapa hari tak berselera nak makan & minum. Masuk sikit makanan & air abah dah mengah. Mata & badan abah pun dah kuning sangat. Mungkin disebabkan masalah hati abah tu. Lepas Isyak dalam jam 9.29 malam, kitaorang cepat-cepat bawa abah ke bahagian kecemasan untuk buat rawatan.
Masa dekat dalam wad kecemasan, doktor cakap oksigen abah drop. So, abah perlukan bantuan oksigen sepenuhnya untuk bantu abah bernafas. Blood pressure abah tak ada masalah. Elok cantik bacaannya. Cuma dekat bahagian dada tu abah rasa ketat & susah sikit nak bernafas. Nafas abah pun pendek abah cakap. Tak dapat nak tarik nafas panjang-panjang.
![]() |
Sebak tengok condition abah masa ni 🥹. |
Actually, abah ada minta nak minum air masa kena tahan dalam wad kecemasan hari tu. Tapi, Syu tak dapat nak bagi sebab pegawai perubatan tak izinkan. Kalau bagi juga risau benda lain pula yang jadi katanya. Kena pula time tu oksigen abah tak berapa cantik. So, lagi better elakkan bagi abah makan & minum buat sementara waktu - Kesian juga tengok abah. Mesti dia tengah haus sangat masa tu. Sorry ya abah 🥹.
1hb April, 2025 (Syawal ke-2) - Pukul 1 pagi, pegawai perubatan maklumkan yang condition abah dah makin stabil. Cuma abah kena banyak rehat & keep continue pakai oksigen. Berdasarkan dari result x-ray, doktor cakap dekat paru-paru abah ada air. That's why nafas abah pendek & abah jadi susah nak bernafas. Jadi, doktor sarankan abah untuk rehat. Esok pagi akan ada pakar datang melawat & discuss lebih lanjut tentang rawatan susulan abah.
Dalam pukul 1.30 pagi macam tu abah Syu di-transfer masuk ke wad 6 (Pembedahan) katil 15. Alhamdulillah, masa ni Syu tengok condition abah macam dah okay sikit. Cuma nurse tak galakkan abah banyak bergerak & kena pakai mask oksigen tu setiap masa. Malam tu, memang Syu tak balik ke kampung pun. Syu tidur dalam kereta jer. Standby gilir-gilir jaga abah dekat hospital dengan mak & Sarah.
2hb April, 2025 (Syawal ke-3) - Pagi ni nurse kata nak tukar katil abah pergi ke katil 9. Jadi, Syu layankan jelah. Setel tolong nurse tukar katil. Syu bersih-bersihkan badan abah. Tukar pampers lapik cadar semua. Masa ni Syu sorang-sorang jer uruskan abah. Mak dengan Sarah Syu suruh rehat dalam kereta. Pasal malam tadi diorang dua dah jaga abah. So, pagi ni Syu take turn pula jaga.
Jaga abah senang. Tak banyak ragam pun. Cuma part makan minum abah tu Syu rasa sebak sikit. Makan tak selera. Minum pun betul-betul 2 cups bekas ubat jer. Minum lebih tak boleh. Penat katanya. Perut abah pun kembung mengening. Keras. Banyak air. Itu yang buat abah penat-penat & tak rasa selesa tu. Sekejap nak duduk. Sekejap nak baring.
3hb April, 2025 (Syawal ke-4) - Pagi ni, lega sikit rasa hati. Abah dah boleh minum air banyak sebab doktor dah berjaya tebuk & keluarkan lebihan air dalam paru-paru abah. Cuma makan tu abah tak berapa nak sangat. Betul-betul dapat jamah empat suap jer makanan. Kalau makan terlebih abah jadi penat & susah nak nafas. Dada jadi ketat katanya. Even makanan yang hospital provide pun banyak yang abah tak sentuh.
Masa time melawat hari tu, Syu tengok ramai sudara-mara & kawan-kawan jauh abah datang tengok abah. Sembang-sembang. Gelak-gelak. Seronok! Siap ambil gambar buat kenangan lagi. Syu tengok abah pun memang happy gila time tu. Tapi itulah. Tak sangka...firasat Syu salah yang abah boleh stay lama dengan kitaorang.
Petang lepas setel tukar pampers & lapik cadar abah, Syu & Sarah balik ke kampung sekejap. Pasal katil medical & tank oksigen yang kitaorang sewa tu dah sampai kampung dah. Sambil-sambil tu Syu plan nak kemas-kemas sikit apa yang patut dalam bilik abah tu. At least selesa sikit bila abah balik dari hospital nanti.
![]() |
Time ni semangat kemas bilik abah sebab nak bagi abah selesa. Tak sangka katil medikal tu sudahnya jadi tempat pembaringan abah buat kali terakhir. |
Mak pun suruh kitaorang dua balik berehat juga. Almaklumlah, dah dua malam kitaorang dua beradik tidur dalam kereta & berkampung di Hospital Manjung nun. Dah macam orang tak tentu arah. Tapi, tak apa. Demi jaga abah. Kitaorang sanggup!
4hb April, 2025 (Syawal ke-5) - Masa ni abah dah boleh discharge. Cuma ambil masa sikit sebab tunggu tangki oksigen yang adik Syu ambil sampai - Tangki oksigen kitaorang adik beradik sewa dari Pertubuhan Rawatan Paliatif Manjung. Selagi tak ada tangki oksigen, doktor tak benarkan kitaorang bawa abah balik.
![]() |
Masa ni dekat lobi Hospital Manjung. Tengah tunggu adik ambil kereta. |
Alhamdulillah, dalam pukul 6.17 petang macam tu, kitaorang berjaya discharge abah keluar dari Hospital Manjung. Masa ni abah terlalu penat sangat. Even nak angkat kaki pun abah tak lalu. Uzur sangat keadaan abah masa tu. Sedih betul Syu tengok. Sampai-sampai kampung, abah terus rehat. Dah tak perkesah nak makan ke nak minum.
Malam sebelum balik ke Ipoh. Syu sempatlah jumpa abah sekejap. Pesan dekat abah suruh istighfar banyak-banyak. Berat hati juga nak balik masa tu sebenarnya. Tapi, atas komitmen kerja & tanggujawab pada suami. Syu terpaksa balik juga. Sarah tak balik. Memang Syu suruh dia stay dekat kampung. Stanby. Incase ada apa-apa emergency.
![]() |
Gambar last Syu sempat snap sebelum Syu balik Ipoh. Masa ni abah baring dengan kucing kesayangan dia KIKO. |
5hb April, 2025 (Syawal ke-6) - Arwah abah hembuskan nafas terakhir tepat jam 6 petang. Masa tu Syu tengah on the way dari Ipoh nak balik ke kampung. Lambat sikitlah Syu gerak balik pasal Syu menyinggah bercari jus delima. Sarah kata abah teringin nak minum 😢.
Tak sangka pula. Belum sempat bagi, Allah dah jemput abah dulu. Memang sedih gila Syu masa ni. Tapi, apalah daya Syu untuk halang abah pergi. Sampai sekarang jus delima tu Syu tak buka. Sayang! Sedih! Sedih sebab abah tak dapat minum jus delima yang dia nak.
Sampai-sampai kampung, sebak Syu tengok abah dah terbujur kaku dekat atas katil medikal. Dah tak ada dah abah yang kitaorang selalu gerunkan dulu - Abah serius & garang orangnya. Tapi, ada masa tiga suku juga perangai dia. Rasa sedih & ralat juga sebab Syu tak ada time abah hembuskan nafas terakhir.
![]() |
Malam terakhir bersama abah. Macam tak percaya abah dah tak ada. |
Syu tengok jenazah abah alhamdulillah sempurna. Tak banyak sendi-sendi abah yang nak kena digosok & dibetulkan. Hanya tinggal ikat & bagi rapatkan saja. Mata arwah abah pun elok terpejam rapat. Malam tu, Syu teman jenazah arwah sampai ke pagi. Esok pagi, abah dah nak dikebumikan dah. So, ini jer sisa masa yang Syu ada untuk bersama abah 😢.
6hb April, 2025 (Syawal ke-7) - Hari ni hari yang paling berat untuk Syu satu famili lalui. Macam tak sangka abah dah pergi bertemu dengan pencipta-Nya. Dalam tempoh 7 hari sebelum pemergian abah. Allah himpunkan semua anak-anak. saudara-mara & kawan-kawan abah. Ada yang datang masa hari kebumi & ada juga yang datang masa abah warded di Hospital Manjung. Cepat betul 7 hari tu berlalu...
![]() |
Alhamdulillah. Selesai urusan pengebumian arwah abah. |
Alhamdulillah, Allah atur cantik perjalanan "PULANG" abah. Sedih? Memang Syu sedih! Tapi, dalam kesedihan Syu tu Syu bersyukur sebab Syu sempat jaga abah sepanjang dia ada di hospital. Pasang tiub kencing abah. Tukar pampers abah. Basuh berak abah.
Lagi satu, Syu tak rasa ralat sebab abah Syu pergi dengan senyuman. Entah apalah yang Allah perlihatkan pada abah sampai abah senyum macam tu. Masyaalah. Al-fatihah buat arwah abah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman & dipermudahkan urusannya di sana.
(P/S: Raya Haji tahun lepas, abah Syu disahkan menghidap kanser hati tahap 4. Lepas buat kemoterapi di Hospital Selayang, doktor bagitahu yang sebelah bahagian hati abah dah rosak disebabk sel kanser tu. Minggu ni abah sepatutnya buat rawatan susulan di Hospital Ipoh. Tapi, abah tak mampu bertahan disebabkan sel kanser tu dah merebak sampai ke paru-paru abah 😭)
April 05, 2025
Al-Fatihah Buat Abah
اللَّهُمَّ اجْعَلْ وَأَوْصِلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُهُ إِلَى رُوْحِ أَبِي ادريس بن عبد الحليم اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَتَقَبَّلْ حَسَنَاتُهُ وَكَفَرْ سَيِّئَاتُهُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku Idris Bin Abdul Halim. Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Translate
AUTHOR

FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" Untuk Entri Blog
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- 10 Pantang Larang Orang Tua-tua Dahulu Ketika Membuat Tapai
- Pensyarah Hina Pelajar Tak Ada Laptop & B40
- Google Adsense : Susah Betul Nak Dapat 20USD Sebulan Sekarang Ni 🥲