Posts with the label Donut & Bomboloni
Memaparkan catatan dengan label Donut & Bomboloni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Donut & Bomboloni. Papar semua catatan
April 24, 2025
Donut Big Apple Dah Tak Sedap Macam Dulu!
Malam tadi craving nak makan benda manis! Skrol-skrol menu dekat Grab. Nampak ada donut Big Apple. Dah nama pun craving kan? So, kita pun order-lah dalam 2 boxes (12 pcs) - Tamak haloba pun meng-order-nya π. Sampai-sampai. Oh mak! Frustrated gila dengan presentation & rasa donutnya. Dia punya tekstur tu dah tak gebu macam dulu-dulu. Sedih! Ingatkan harga mahal rasa premium. Rupanya tak. Syu rasa sedap & gebu lagi donut yang orang jual dekat tepi jalan nun. Hurmmm...Tempat korang punya donut Big Apple macam ni juga ke??
![]() |
Stella Nutella yang dekat tengah tu dah kenapa sampai terlondeh topping-nyer tu. |
![]() |
Tengoklah whipping cream dekat Ono Oreo tu. Cayor kome! Udah nampak macam aiskrim tak cukup suhu. |
Jun 04, 2021
Cuba Resepi PJJ Donut & Bomboloni

Memandangkan masa lockdown ni ada banyak masa terluang. So, Syu isilah masa lapang Syu dengan join PJJ Group Multi-version Doughnut dekat FB. Ni kira cubaan pertama Syu buat bomboloni frozenπ. Doh ni Syu dah bekukan semalaman. Kalau ikutkan nak terus goreng jer malam tadi. Tapi memandangkan dah terlampau kenyang, so Syu postponed untuk buat minum petang hari ni.
Actually, Syu memang nak share resepi ni. Tapi memandangkan ni resepi berbayar, macam tak syoklah pulak kan. Sebab resepi ni kira hasil kerja & periuk nasi cikgu-cikgu PJJ ni jugak. Lagipun rules dalam group memang Cikgu PJJ dah pesan tak boleh share atau muat naik apa-apa content dari group ni ke mana-mana platform lain. So, apa yang Syu boleh share kat sini just hasilnya sahaja. Sorry y'allπ.
![]() |
Doh ni kena bagi defrost & proof pada suhu bilik. |
![]() |
Lapik dengan paper towel untuk serap lebihan minyak. |
Inilah hasil bomboloninya. Terus terang cakaplah rupa dia memang tak semenggah sikit. Nama pun percubaan pertama kan π. Actually, Syu malas nak buat filling. So, jadilah bomboloni kosong ni. Sungguhpun bukan bomboloni jadi bombonat pun nak kira okaylah kan. Tapi jujur Syu cakap, tekstur dia memang gebu-gebas. Mula-mula macam tak percaya jugak dari doh keras batu tu boleh jadi lembut macam niπ. Lepas ni bolehlah cuba buat lagi.
![]() |
First time buat memang hasil tak semenggah sikit π. |
In case kalau korang nak join, korang boleh cari FB Cikgu Ina Anizaina π. Dalam group PJJ ni macam-macam doh roti & donut korang boleh belajar sebab doh ni memang boleh dipelbagaikan untuk buat roti & pizza jugak. So, memang tak rugi kalau korang join. Lagipun memang ramai sahabat PJJ Syu berjaya jadikan resepi-resepi PJJ ni sebagai sumber pendapatan. Yuran pun tak adalah mahal mana RM10 jer sekarang ni. Memang berbaloi & tak rugi!! Dulu mahal tau...RM30 kalau tak silap Syu. So, kalau korang nak join korang boleh register hari ni sebab Syu pun tak pasti sampai bila promo PJJ ni habis [ Cikgu PJJ baru update : 1-14 Jun 2021].
Langgan:
Catatan (Atom)
Translate
AUTHOR
