Mac 17, 2024
Buffet Ramadhan Manjung Kopee Paste x Lumut Hotspot Menggamit Nostalgia
Korang, buffet Ramadhan 2024 Kopee Paste dah start dah tau! Nampak gayanya, makin bertambah meriah lagilah Ramadhan dekat area Manjung kali ni! Dengar cerita PROMOSI DUA HARI RM29.90 tu dah fully booked 😂. Siapa yang tak booking tu seriously memang rugi sangat 🥹! Harga promosi tu dah kira habis murah dah tu Kopee Paste bagi - Harga asal RM49.90.
Untuk pengetahuan korang, Buffet Ramadhan 2024 Kopee Paste kali ni akan berlangsung sehingga 8 April 2024. Masih ada banyak masa lagi untuk korang buat tempahan. Jadi, for those yang duduk sekitar daerah Manjung tu jangan lepaskan peluang berbuka puasa dekat sini. Memang rugi sangat kalau tak pergi.
Menggamit Nostalgia di Lumut Hotspot!
Last time, Kopee Paste buat buffet Ramadhan besar-besaran ni di Town Hall, Manjung. Kali ni, lokasinya beralih ke Lumut Hotspot dengan tema Melayu klasik "Mengamit Nostalgia". Walaupun tempatnya tak besar macam di Town Hall dulu. Tapi, dia punya aura kali ni memang luar biasa habis.
Nak-nak style buffet Ramadhannya tahun ni ada disuntik elemen-elemen tradisional yang bertemakan ala-ala Melayu klasik. Bila datang berbuka dekat sini korang dapatlah rasa aura-aura macam dalam filem Saloma & P.Ramlee dulu-dulu - Nak aura lebih lagi, korang kena dressing ikut tema. Baru cun!
Semalam Syu tengok boleh tahan ramai juga pengunjung yang datang bertandang berbuka puasa dekat sini - Termasuklah kami bertiga 😂. Tetamu jemputan khas pun ada juga. Dining area full. Memang happening gila Syu rasa.
Warung 100 Sajian Nostalgia
Pilihan makanan dekat Buffet Ramadhan Kopee Paste ni memang banyak. Dari appetizers, main course, snacks sampailah ke pencuci mulut. Memang serba serbi cukup lengkap. Korang nak makan apa, korang ambil saja dekat warung-warung yang ada dekat sekeliling dining area ni - Total semua ada 10 warung.
Setiap warung-warung ni ada terhidang lebih 100 menu klasik & moden yang dimasak secara live 🤤 - Menu berubah-ubah setiap hari. So, korang boleh ambil & makan sepuas-puasnya. Yang pasti, menunya semua sedap-sedap belaka. Tapi, ambil makanan tu biar berpada-pada ya. Jangan sampai membazir pula.
Apa-apa pun, terima kasih Syu ucapkan kepada Kopee Paste sebab sudi jemput Syu! Jujur Syu cakap. Buffet Ramadhan Kopee Paste tahun ni memang mengancam. Tempat selesa. Vibe Melayu klasik terasa. Lepas tu, makanan & minuman semua sedap-sedap - Syu paling suka masak lemak daging salai dekat Warung Opah. Serius sedap! 🤤
Mac 09, 2024
Promosi Buffet Ramadhan Manjung 2024 : Absolute Buffet Kopee Paste @ Lumut Hotspot

Ramadhan dah tak lama dah. Tak tahu nak berbuka dekat mana bulan puasa nanti? Yang duduk sekitar Manjung, Lumut & Sitiawan, meh berbuka puasa di Kopee Paste bersempena Ramadhan ni nanti. Tahun ni diaorang dah tukar port baru di Lumut Hotspot dengan konsep yang lebih menarik.
Siapa-siapa yang belum booking tu cepat-cepat booking tau! Sebab ada harga terpaling special untuk korang selama 2 hari ni. Harga kali ni memang HARGA RUNTUH habis. Lagi runtuh berbanding tahun-tahun lepas!
Promosi 2 hari sahaja!
✅Tempat terhad
✅Lebih 100 menu Klasik dan Moden
✅10 Warung Nostalgia
✅5 Warung LIVE COOKING
✅Cabutan Voucher SETIAP HARI
✅PARKING YANG SANGAT LUAS
✅SURAU disediakan Lelaki & Perempuan
✅Vibe Klasik Melayu yang sebenar
✅Makanan sesuai semua peringkat Umur
Ramadan 2024 kali ni, korang wajib berbuka puasa di ABSOLUTE BUFFET KOPEE PASTE. Konsep tahun ni bertemakan tema Melayu klasik. Nak booking, boleh klik pada banner. Booking cepat, sebelum meja fully booked macam tahun sebelum ni.
![]() |
| Klik untuk tempahan! Promosi dari 14/3/2024 sehingga 15/3/2024 sahaja. |
Tarikh : 14 Mac 2024 hingga 8 April 2024
Tempat : Lumut Hotspot
Harga Istimewa : RM29.90
Translate
AUTHOR






