Ogos 20, 2025
Weefie With Instax Mini
Jun 30, 2025
Weekend Yang Busy! 🫣

Time hari cuti memang sibuk. Sempatlah Syu luangkan masa sekejap dengan encik suami. Walaupun, petang tu dia kena masuk kerja shift malam macam biasa 🥹. Tapi, dalam sekejap-sekejap tu pun. Merata jugalah kitaorang pergi. Lepas keluar dengan husband, sambung pula menyukat jalan dengan mak saudara & cousin dia pulak 🤭.
Majlis Akikah & Birthday Party Fairil
Beberapa hari lepas, Syu ada terima jemputan dari Mama Fairil. Alah, menantu Pak Zaini yang Syu pergi kenduri kahwin anak dia hari tu. Dialah orangnya.
Katanya, nak celebrate birthday si Fairil & dengan kenduri akikah dia. So, kitaorang laki bini singgahlah ke sana sekejap tunjuk muka. Tema party-nya wow Didi & Friends ya. Omey angat 🤪🎉!
![]() |
| Happy Birthday Fairil! 🤪🎉 |
Lepak membawang
Selesai bertandang majlis hari jadi & akikah si Fairil, kitaorang berdua pun beransur ke pekan Parit pula. Saja balik kampung jumpa saudara sebelah encik suami. Memandangkan dah lama tak jumpa. Apa lagi. Pakat membawanglah kitaorang semua. Sambil-sambil tu, perkena cendol & ABC barang semangkuk dua buat sejukkan tekak. Kena pula cuaca panas masa tu. Memang ngam sangatlah.
![]() |
| Tea-time di Pekan Parit pula kome! Makan sesaja tak henti-henti hari ni 😂. |
Jumpa kawan mama
Selesai di Pekan Parit. Kami ke rumah kawan mama pula. Saja ajak datang ke erumah pasal dah lama sangat tak jumpa. Masa on the way nak ke sana, sempatlah cousin encik suami bawa tunjuk rumah apartment baru dia yang dah siap dia area UTP (Universiti Teknologi Petronas) nun.
Saja dibeli buat aset katanya. Syu tengok, memang strategik juga lokasi rumahnya tu. Bolehlah kalau nak buat sewa dekat students UTP nanti. Tapi, kena cari penyewa yang elok perangailah. Takut melingkup rumahnya. Tambah-tambah kalau dapat penyewa dari neraka 😅.
![]() |
| Ambil gambar dari luar jer. Malas nak naik atas. |
![]() |
| Sambung tea time lagi! Kenyang gila rasa 🫣 |
![]() |
| Paksa juga auntie bergambar buat kenangan, walaupun dia pakai baju kelawar & tudung cekup saja 😅. |
Selesai dekat sini, kitaorang pun pakat pulanglah ke sarang masing-masing. Masa Syu balik, husband Syu tengah siap-siap nak pergi kerja. Malam tu memang tak makanlah ya. Sebab perut masing-masing dah kenyang. Mana taknya dari pagi sampai ke petang makan sesaja 😅.
Jun 21, 2025
Selamat Hari Lahir Syazwana Zailani!
![]() |
| Muka ada sinyium 🤪. |
Buat Syazwana Zailani. Officemate seperjuangan. Regu bergosip & teman bersyahdu. Selamat hari lahir yang ke-37 diucapkan 🎉🎂 - Birthday kamu sama dengan Chaoi rupanya! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik 🫂❤️.
![]() |
| Kita wefie dulu sebelum balik! 🤭💕 |
![]() |
| Menung kejap tengok. Kita tengah control makan benda manis masalahnya 😂. |
Kamu memang officemate yang bagus. Tak berkira & suka bersedekah. Ramah. Tiga suku pun ya! Terima kasih sebab mampu bertahan bersama-sama sampai ke hari ni 😂. Nak "cabut" dari sini kabor siang-siang. Boleh join sekali! 🤭
Ogos 29, 2024
See You Next Year Mak Buyung! 🫂💕

Esok officemate Syu dah nak kena warded Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Pregnant kali ni katanya agak berisiko sikit. Pasal urinya duduk dekat bawah (Placenta previa) & tutup pintu rahim. So, doktor nasihatkan dia warded hospital awal sikit untuk elakkan komplikasi & bleeding.
![]() |
| Buat makan-makan sikit sebelum mak buyung warded. |
Sebelum mak buyung di-warded-kan. Kitaorang pakat buat makan-makan sikit masa lunch break. Borak. Gelak-gelak. Bukan apa, takut rindu. Pasalnya tahun depan baru dapat jumpa dia balik dekat office 🥹. Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan bersalin kamu ya Wana. Moga selamat ibu & anak. Tahun depan kita jumpa ya! 🫂💕
![]() |
| Lama juga tak buat makan-makan dekat office 😅. |
Februari 02, 2024
Abang Suresh Selamanya Di Hati
Petang semalam, Syu terima khabar duka dari kawan-kawan tempat lama Syu kerja, Persatuan Daybreak. Katanya, abang Suresh dah meninggal dunia akibat serangan jantung 😢. Upacara pengebumiannya dibuat pada jam 12 tengahari hingga jam 2 petang - Sempatlah Syu singgah tengahari tadi bagi penghormatan terakhir.
![]() |
| Dari kiri : Punitha, Syu, May & Abang Suresh. Belakang : Abang Gopal |
Pada awalnya, Syu agak terkejut juga bila terima perkhabaran tu. Tak sangka & tak percaya yang abang Suresh dah tak ada 🥺. Setahu Syu, abang Suresh mana ada sakit apa-apa. Even abang Gopal cakap, abang Suresh siap gembira-gembira lagi dengan family dia malam tu.
Memang betul lah. Ajal maut tu kita tak boleh jangka. Bila-bila masa saja boleh dijemput. Apa-apa pun, takziah buat keluarga abang Suresh. Kami rakan-rakan yang pernah berjuang bersama abang di Persatuan Daybreak, akan sentiasa merindui abang walau di mana jua kami berada 😢.
Februari 23, 2023
Terbang Pergi Seorang Lagi Geng Bertepuk Bertampar 🥺
Semalam, terbang pergi seorang lagi regu membawang Syu. Sekarang tinggallah kami bertiga Asalnya berlima. Apakan daya. Jodoh untuk kekal bersama tak panjang. Sampai takat ini saja. Sebab Allah dah atur rezeki masing-masing dekat tempat lain.
Memang tak dinafikan yang kitaorang semua ni tak sama department. Bila dah duduk dalam office yang sama. Faham-faham sajalah. Geng-geng ini sahaja yang sentiasa ada bersama sebab sebulu & sekepala. Actually, offimates lain pun Syu kawan juga. Cuma, tak seakrab yang ni 😅.
![]() |
| 👈🏻 Yang terbang pergi dua dari kiri. |
Honestly, masa jumpa buat kali terakhir semalam. Automatik mata Syu tak boleh tahan. Serius sebak. Mungkin, Syu rasa ralat sebab dapat tahu lambat pasal pemergian officemate Syu ni. Korang bayangkanlah. Esok last kerja. Hari ni baru dapat tahu. Itu pun sebab ternampak conversation dalam WhatsApp HR - Kalau tak terpandang, sampai ke sudah tak tahu gamaknya 😌.
Apa-apa pun, Syu doakan akak dapat rezeki bekerja di tempat yang lebih baik. Lebih fleksibel & tak menyerabutkan kepala otak 💆🏻♀️. Doakan juga kami yang ada dekat sini dapat survive lebih lama. Andai rezeki tak menyebelahi kami, harap ada hendaknya rezeki di tempat lain untuk kami tumpang berpijak. Amin 🤲🏻. Wish you all the best Kak Niza! Stay keep in touch dengan kitaorang okay 😘.












