Januari 22, 2023
Master Grill Seri Iskandar, Perak

Agak lama juga Syu tak singgah makan di Master Grill Seri Iskandar. Memandangkan hari ni Syu malas nak masak. Jadi, lepas beli barang dapur di TF Valuemart Batu Gajah tadi, kita lajak terus ke Seri Iskandar untuk isi tangki.
Masa kami sampai, restorannya tak berapa ramai orang. Jadi, rasa tenang sikit ðŸ¤. Bukan apa, kadang-kadang rasa serabut juga otak bila tempat makan terlampau crowded dengan orang. Nak ambil gambar pun segan. Takut orang pandang sepesen 😂.
![]() |
| Lengang & tak ramai orang sebab Master Grill ni selalu meriah waktu malam ðŸ¤. |
Sejujurnya Master Grill dahulu & sekarang memang jauh berbeza. Dulu, ada pelayan ambil pesanan di setiap meja. Sekarang tak ada dah. Teknologi semua di hujung jari. Nak makan kena pesan guna aplikasi.
Hanya perlu imbas QR code yang pelayan bagi, klik pada pautan & submit order. Kemudian, tunggu saja pesanan korang sampai ke meja. Nak bayar nanti, hanya perlu sebut nombor meja sahaja.
![]() |
| Set Mix grill ni ada ayam, daging kambing & lembu 🤗💕. |
Kalau korang nak tahu, Master Grill ni antara tempat makan favourite arwah bapa mertua Syu singgah makan makanan western. Menu yang paling arwah suka adalah Mix Grill & Lamb Chop - Favourite Syu juga sebenarnya ðŸ¤.
![]() |
| Ketiaw kungfu Master Grill ni memang sedap! 😋💕 |
Untuk kunjungan Syu kali ni, Syu pesan 3 menu. Ketiaw kungfu, mix grill & nasi goreng seafood - Lupa nak ambil gambar nasi goreng seafood sebab dah lapar sangat 😅. Memang sedap-sedap belaka. Rasa tak berubah langsung. Sama macam sebelum-sebelum ni.
Paling Syu suka ketiaw kungfunya. Serba serbi cukup rasa. Portion banyak, harga pun boleh tahan murah! Encik suami pun suka. Kalau korang lalu Seri Iskandar, jangan lupa singgah okay! Gerenti puas hati makan dekat Master Grill ni 😋💕.
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ" Untuk Entri Blog
- Freely Play At Plays.org
- Jemari Besi | Terus Berjuang 🎧🎶
- Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ


