Posts with the label Tiktok
Memaparkan catatan dengan label Tiktok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tiktok. Papar semua catatan

November 19, 2021

Asal Usul "Hari Ini Rancak. Di Sini Rancak. Di Sana Rancak. Berdosa!!"

Kenal tak abang ni? Dia lah punca kepada macam mana boleh viralnya ayat "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" tu 😂. Sekarang ni dekat platform Tiktok sahaja, dah ramai Tiktokers yang guna suara abang ni sebagai background sound untuk buat video Tiktok. Alhamdulillah. Setakat ni, Syu masih belum terjebak lagi. Lagipun, Syu tak berapa aktif sangat bertiktok. Almaklumlah, tak ada bakat & tak berseni untuk jadi seorang penghibur.


Sini rancak. Sana rancak. Mana-mana rancak. Berdosa!!
Style bergambar dia dah macam Uncle Gedek pun ada. Boleh geng dengan Uncle Gedek rasanya lepas ni 😂.

 

Dek kerana cara penyampaian dia yang bersahaja, sedikit sebanyak berjaya menarik & mempengaruhi orang ramai untuk menggunakan bait-bait ayat abang ni. Kalau nak tahu, abang ni sebenarnya seorang driver lori kontena. Nama dia Ahmad Safuan. Tujuan asal dia muat naik video "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" di akaun Tiktoknya tu hanya sekadar suka-suka jer. Malah, abang Safuan ni sendiri pun tak menyangka yang videonya tu boleh jadi seviral ini. Di TikTok, video tu sahaja dah mencecah 4.6 juta tontonan 😁. 



Actually, abang Safuan ni ada bagi penjelasan dekat dalam YTube Channel dia pasal ayat "Hari ini rancak. Di sini rancak. Di sana rancak. Berdosa!!" ni. Katanya, ayat tu bukan idea asal dari dia. Dia hanya sekadar mengguna & menyesuaikan ayat tersebut mengikut situasi semasa dia ditempat kerja. Ayatnya nampak biasa, tapi cara & intonasi penyampaiannya memang tak dinafikan dapat buat orang terhibur. Even Syu sendiri pun boleh ketawa bila tengok balik video abang Safuan ni 😂.



Kalau nak tahu, idea asal ayat ni adalah dari seorang abang "Mat Rempit" dari Pulau Pinang. Identiti dia Syu sendiri pun tak pasti. Sebab bila tengok dalam video asal, memang tak ditunjuk pun muka & disebut nama segala. Nak dijadikan cerita masa tu abang "Mat Rempit" tu tengah keluar merempit ramai-ramai dengan kawan-kawan dia. Jadi masa dia tengah buat video, dia pun bercelotehlah dengan panjang lebarnya pasal aktiviti yang diorang buat masa tu. Sampailah satu part ayat dia sebut tu seakan-akan sama macam yang ada dalam video Tiktok abang Safuan ni.



Tapi yang bagusnya, abang Safuan & abang "Mat Rempit" tu masing-masing tak claim pun ayat tu sebagai diorang berdua punya. Abang Safuan cakap, kalau abang "Mat Rempit" tu nak claim sekalipun tak menjadi suatu masalah. Sebaiknya dia berterima kasih dapat pinjam ayat tu sampai jadi viral. Terbaiklah abang Safuan 👍.

Asal Usul "Hari Ini Rancak. Di Sini Rancak. Di Sana Rancak. Berdosa!!"

November 19, 2021