Januari 06, 2022
Kopi Candu : Padu & Syahdu
Kemarin sengaja mohon cuti nak pergi cuti-cuti Malaysia ke Kedah hari ni 🤣. Saja nak habiskan sisa-sisa cuti tahun lepas & ambil angin bersama yang tercinta. Sebelum bergerak ke Kedah, Syu singgahlah sekejap perkena secawan dua kopi yang baru viral beberapa hari ni. Kopi Candu namanya! Nama lain macam kan. Itu yang nak cuba tu. Nak tahu juga sejauh mana kecanduannya sampai beratur panjang orang berbeli 🤣.
| Nama boleh tahan mengancam 😎. Harap tak kecanduan lepas minum. |
Actually, masa balik kampung ke Manjung minggu lepas ada ternampak kedai kopi ni. Tapi, tak berkesempatan nak menyinggah sebab ramai sangat orang datang berbeli. Tertanya-tanya juga sejauh mana kepaduan Kopi Candu ni sampai jadi buah mulut orang. Memandangkan cawangannya dah dibuka secara rasmi di Station 18 Isnin lepas. Apa lagi. Berkopi candulah kita hari ni 😁.
ADA PILIHAN LAIN UNTUK YANG TAK SUKAKAN KOPI | Untuk pengetahuan korang di kedai Kopi Candu ni bukan setakat air kopi sahaja yang dijual. Ada juga minuman lain selain kopi. Pada yang kurang gemar dengan kopi, korang boleh cuba diorang punya Frapee & Refreshing Drinks.
| Dari segi harga, harganya masih mesra rakyat 😁. Yang pasti lagi murah dari stabak 🤣. |
TERNYATA PADU & SYAHDU | Sejujurnya kopi di Kopi Candu ni memang padu & syahdu. Sekali cuba memang akan ketagih nak cuba lagi. Macam terkena candu 🤣. Memang kenalah dengan nama dia. Signature Kopi Candunya memang pekat likat melekat. Ditambah pula dengan taburan kacang almond & sedikit curahan Nutella. Yang ini memang Syu galakkan korang cuba bila datang ke kedai Kopi Candu ni. Rasanya memang tak mengecewakan. Ini kalau dapat perkena pagi-pagi sebelum pergi kerja memang terangkat. Syu minum Kopi Candu ni sepanjang perjalanan nak ke Kedah memang tak mengantuk langsung. Memang kuat penangannya. Sesuai sangat kalau nak jadikan ubat hilang mengantuk 😂.
ADA IRAS-IRAS ESC | Bila fikir-fikir balik, dia punya Signature Kopi Candunya lebih kurang rasa macam Caramel Machiato di Espresso Street Coffee (ESC) yang Syu cerita hari tu. Sedap sangat. Memang terasa kepaduan kopinya 😋💕. Kalau korang datang JJCM (Jalan-jalan cari makan) di Ipoh atau Manjung, wajib singgah berbeli kopi di Kopi Candu ni. Kedai kopinya beroperasi dari jam 1 petang hingga 9 malam. Okey done sembang pasal kopi yang Syu beli semalam. Hari ni nak ronda-ronda Kedah sekejap . Kalau sempat, nak cuba lajak ke Perlis sekali 😁. Nanti dah balik Syu cerita dekat entri yang seterusnya - Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara. Kalau ada kerajinan 😆.
| Yang Syu beli ni Signature Coffee Kopi Candu & Caramel Machiato. Dua-dua ni memang terangkat bila minum 😋💕. |
Januari 04, 2022
My Top 5 Bawangians 2021

TERIMA KASIH MY BAWANGIANS | Dah beberapa hari dah kita tinggalkan tahun 2021. Macam tak terasa kan 😂? By the way, sebagai penutup untuk tahun 2021. Buat pertama kalinya Syu nak ambil kesempatan ni untuk memberi sedikit penghargaan kepada 5 PENGOMEN TEGAR yang tersenarai dalam Syu punya senarai MY TOP BAWANGIANS. Terima kasih kerana kekal konsisten dalam meninggalkan jejak & menyokong blog Syuderis.com dari awal penglibatan Syu sehingga ke hari ni 😚. Korang memang terbaik & sangat-sangat supportive. Berikut 5 blogger yang tersenarai dalam senarai TOP 5 BAWANGIANS Syu :
| Tahniah!! 😁 |
Pada Syu, diorang-diorang ni bukan setakat pengomen tegar sahaja. Malah, ada diantara diorang ni sentiasa setia berada dibelakang menyokong Syu - ada yang tak termasuk dalam senarai. Dari noob-nya Syuderis.com sehinggalah ke hari ni helok tertib blog Syu tersusun. 😊💕. Pada yang tak tersenarai dalam top 5 pun terima kasih Syu ucapkan juga. Komen korang sangat-sangat membantu Syu untuk terus konsisten berceloteh tanpa henti di blog.
ADA APA DENGAN BAWANGIANS?
KENAPA BAWANGIANS | Almaklumlah. Sejenis Syu 😁. Saja. Sengaja letak tajuk untuk TOP COMMENTATORS tu kepada TOP BAWANGIANS. Geng-geng membawanglah katakan. Walaupun tak meninggalkan komen yang pedas & memedihkan mata seperti bawang merah nun. Tapi meninggalkan komen-komen manis iras-iras bawang holland pun boleh diterima juga bagi Syuderis.com 😝.
![]() |
| Kenapalah bawangians?😮 |
SAYA SAYANG BAWANGIANS SAYA | Pada Syu, geng-geng pengomen tegar ni wajar juga diberi gelaran yang letops & token sekali-sekala 😁. Walaupun diorang hanya sekadar tinggalkan komen. Tak bermakna korang boleh pandang sebelah mata sahaja tau. Dari komen itulah sebenarnya semangat korang membara-membara nak teruskan menulis. Walaupun mood menulis korang datang dan pergi. Tapi, dek kerana ada sokongan dari pembaca. Korang akan jadi rajin & bersemangat nak menulis.
Korang jangan main-main. Ada sesetengah Blogger, nak merasa sebutir komen pun tak dapat tau 😌. Tulis blog sikit punya panjang berjela. Seorang pun tak tinggalkan jejak. Lagi sedih tau. Macam Syu alhamdulillah. Tak putus-putus jejak dari sahabat Blogger Syu tinggalkan. Cuma Syu sahaja yang kadang-kadang terlepas pandang & tak sempat nak berbalas komen 😂 - Yang ini Syu minta maaf sangat-sangat.
Sebenarnya, bukan mudah tau untuk seseorang Blogger ni nak buat BW (Blog walking) & tinggalkan jejak di satu-satu blog. Itupun kira bernasib baik diorang ada keinginan nak landing dekat page korang membaca. Kadang-kadang diorang baca entri semasa korang dari senarai bloglist rakan Blogger lain. Ada masa & ketika diorang baca melalui Reading List. Bergantung pada keadaan. Silap-silap diorang landing ke page korang secara tak sengaja selepas loncat blog orang sana sini (Blog walking).
DON'T GIBAB KIPIDAP
JANGAN SERIK MENULIS & MENGOMEN | Dalam bab-bab tinggalkan jejak (komen) ni bergantung pada nasib sebenarnya. Kalau ada yang mengomen itu satu bonus. Kalau tak ada, abaikan sahaja. Jangan serik menulis. Sebab menulis tu memang niat asal korang berblog. Jadi, kekalkan minat & momentum korang dalam dunia penulisan. Orang baca atau pun tak, itu belakang kira. Anggap sahaja menulis di blog ni macam salah satu terapi untuk korang ekspresi diri. Janji korang tak menulis perkara bukan-bukan yang boleh menjatuhkan imej penulis blog.
Pada yang mengomen, teruskan mengomen walaupun komen korang tak dilayan 😂. Sebenarnya, penulis blog bukan saja-saja tak nak balas komen korang. Kadang-kadang korang kena faham juga. Menulis entri dalam blog ni tak sama macam up status di sosial media seperti FB (Facebook) & instagram. Macam di FB & Insta, setiap kali orang lain komen, korang akan dapat notifikasi. Berbeza dengan dunia blog. Notifikasi orang yang mengomen di blog memang tak ada. Pemilik blog sendiri kena buka & tengok sendiri komen korang dekat ruangan komen di Blogger. Jadi, jangan hairanlah kalau komen korang dibalas satu kurun kemudian 😄.
Jadi, buat TOP 5 BAWANGIANS Syu, tahniah Syu ucapkan. Jangan lupa hantar details alamat surat menyurat korang pada Syu okey!! Ada nak bagi token sikit sebagai penghargaan. Pada yang tak sersenarai. Teruskan mengomen. Mana tahu ada rezeki menanti korang di kemudian hari. Siapa tahu? 😊🍎
Januari 03, 2022
Celoteh Pagi 2022
2022 DATANG, 2021 DIKENANG | Hari ni masuk kerja masih terkenang-kenang pada tahun 2021. Mana taknya, masa nak menulis tarikh, tangan ni laju jer asyik nak tulis tahun 2021 dekat belakang tarikh 😆. Menaip dekat komputer pun sama. Ingat hari & bulan tapi lupa tahun. Padahal mata ni dah banyak kali dok tatap Kalendar 2022. Tetap nak tulis 2021 juga. Hello Syu, wake up lah!! Dah tahun 2022 dah hari ni 😂. Masih bermimpi & belum move on lagi dengan tahun 2021 nampak gayanya yer.
Sejujurnya, Syu rasa kenangan tahun 2020 & 2021 Syu macam tak berapa nak ada. Nak throwback pun macam kekurangan modal untuk dijadikan cerita 😂. Masa semua terbazir dengan duduk di rumah sahaja sejak munculnya Covid-19 yang durjana tu. Malah, Wawasan 2020 yang dok tergiang-ngiang dekat telinga masa Syu kecil-kecil dulu seolah-olah dogengan semata-mata 😅. Teknologi nampak maju ke hadapan seiring arus permodenan, tapi malangnya jadi terkebelakang sebab perancangan Allah lagi Maha Hebat.
MENCABARNYA TAHUN 20-AN | Tahun ni Syu tak berani nak minta lebih-lebih, cuma Syu berharap sangat perjalanan tahun ni tak macam dua tahun lepas. Sedih juga bila dikenangkan kembali. Banyak musibah & banyak juga bala satu dunia kena hadap. Kena bekerja & belajar dari rumah. Tak dapat beraya & berjumpa keluarga. Solat berjemaah tak dibenarkan. Paling sedih ramai yang diuji & diduga dengan pemergian ahli keluarga yang tercinta 😔- Masih tergiang-ngiang lagi pasal pemergian arwah Siti Sarah.
Pada Syu, tahun 20-an ni memang tersangat mencabar. Sebab diuji dengan wabak & bencana yang boleh dikatakan agak buruk juga sebenarnya. Bila datangnya ujian & bala macam ni, jadi takut bila difikirkan & direnungkan semula. Bumi Allah ni dah makin tua rupanya. Kita yang umat manusia ni mungkin dah berada diambang-ambang zaman pengakhirannya dunia. Bila-bila masa sahaja Allah boleh sapu bersih 😔.
Tahun 20-an ni bukan sahaja mencabar. Malah, ianya menginsafkan (bagi mereka yang insaf). Tapi, walau seburuk mana pun ujian & bala yang datang. Pada Syu semuanya ada hikmah. Zahirnya mungkin nampak macam bala yang dahsyat. Tapi, jikalau dipandang & direnung dari sudut yang positif, ada kemanisan yang Allah S.W.T cuba titipkan pada kita semua. Sejak terjadinya pandemik, kita nampak macam-macam perangai & ragam manusia. Baik perangai buruk mahupun perangai elok. Semua keluar masa tu.
Apa-apa pun Syu bersyukur sangat-sangat. Berhidup di bumi Malaysia ni masih aman & terkawal keadaannya. Kalau tengok dekat negara luar dah huru-hara dah. Macam-macam pergolakkan & rusuhan berlaku. Sampai berbunuh pun ada. Alhamdulillah rakyat Malaysia semua ada hati perut. Sangat-sangat prihatin & saling bantu membantu walaupun ada segelintir pemimpinnya tak berapa nak membantu sangat. Sibuklah dengan agenda politik tak sudah-sudah 😂.
AZAM APA 2022?
FOLLOW THE FLOW | Bila sebut pasal azam,sejujurnya Syu tak berani nak setkan azam Syu tahun ni apa dia. Sebab azam Syu dua tahun kebelakangan ni macam tak berapa nak tercapai 😂. Padahal dah rancang baik punya. Tetap perancangannya tak boleh kalahkan perancangan Allah S.W.T. Tahun ni apa yang Syu terlintas nak buat, Syu buat. Teringin nak berbeli apa-apa, Syu beli. Tak ada nak set target segala. Cuma impian melangit sebutir dua tu ada lah. Itupun tak tahu bila boleh tergapai sebab rupanya macam masih samar-samar 😂.
Buat masa sekarang ni Syu just follow the flow sahaja. Harap semuanya berjalan lancar & positif. Kalau ada ujian yang mendatang, Syu harap Syu mampu tangani dengan hati yang terbuka. Ada masa & ketika, cabaran & ujian dalam kehidupan tu perlu juga. Tak syoklah kan kalau dalam kehidupan semuanya manis belaka. Kadan-kadang ujian yang Allah bagi tu bersebab & Dia takkan uji diluar dari kemampuan kita melainkan kita betul-betul mampu 😊💕.
Azam 2022 korang pula macam mana? Mesti banyak perkara yang korang dah setkan untuk harungi tahun 2022 ni kan? Syu doakan semoga apa yang korang rancang berjalan dengan lancar & dipermudahkan segala urusan - SELAMAT TAHUN BARU 2022!


