Posts with the label Bismillah
Memaparkan catatan dengan label Bismillah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bismillah. Papar semua catatan

Oktober 29, 2021

7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" Untuk Entri Blog

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani". Itulah terjemahan maksud bagi perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" (Bismillahirrahmanirrahim) yang sememangnya korang memang dah sedia maklum. "Bismillahirrahmanirrahim" ni antara kalimah yang hari-hari & setiap saat kita ucap bila nak buat satu-satu perkara.


Bismillahirrahmanirrahim
SUMBER FOTO : Saatchiart


Even dalam solat sekalipun, kalimah ni yang selalu kita mulakan dulu sebelum kita membaca surah-surah dalam solat. Tak ingat doa panjang-panjang masa nak buat satu-satu perkara, dengan mengungkap kalimah "Bismillahirrahmanirrahim" pun dah cukup memadai. Nampak tak bertapa mudahnya Islam tu. Tapi, itu bukan bermakna kita boleh ambil mudah yer.



Semua dah sedia-sedia tahu maksud, kegunaan & manfaat kalimah "Bismillahirrahmanirrahim" ni kan. Jadi, tak perlulah Syu panjang-panjang topik nak bercerita. Actually, di hari Jumaat yang penuh berkah ni Syu just nak share sikit tulisan-tulisan dari ayat yang indah ni untuk korang manfaatkan sebagai mukadimah ketika korang menulis blog.



Selain letak  perkataan "Assalamualaikum" sebagai mukadimah entri bagi yang muslim, "Bismillahirrahmanirrahim" antara pilihan lain yang selalu diletak oleh kalangan penulis-penulis blog sebelum bercerita panjang. So, berikut antara 7 tulisan "Bismillahirrahmanirrahim" dalam jawi yang korang boleh gunakan ketika menulis blog supaya nampak cantik & sejuk mata membaca : 



➣ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

➣ بسم الله الرحمن الرحيم


➣ بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


 ➣꧁﷽꧂


➣ ☪﷽ ☪


➣ ゑ⎛⎝﷽⎠⎞ゑ


➣ ꧁﷽⸙bismillah⸙﷽꧂



Yang dah baca entri Syu ni, droplah "Bismillahirrahmanirrahim" sikit barang satu dua. Kalau Syu baca, berjalan jugak pahala korang. Selalu orang sebut dosa kering semua tu kan. Drop "Bismillahirrahmanirrahim" dapat pahala kering. Tambah-tambah bila ada yang membaca. Semoga pahala yang korang dapat hari ni mencurah-curah tanpa henti macam air yang mengalir. Amin3 😊💕.

7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" Untuk Entri Blog

Oktober 29, 2021