Posts with the label Camping & Glamping
Memaparkan catatan dengan label Camping & Glamping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Camping & Glamping. Papar semua catatan

Julai 29, 2024

Alkisah Glamping Di Gunung Medan Perlis

Hari tu Syu tunjuk view sunrise Gunung Medan masa time subuh kan? Ini cerita penuhnya. Kalau korang nak tahu, hari Jumaat hari tu kitaorang laki bini pergi bercuti ke Perlis 😬. Selesai tabur duit dekat Padang Besar, kitaorang bermalam di Kuala Perlis pula sebab husband Syu cakap dia teringin nak makan seafood fresh dekat medan ikan bakar sana.



Since dekat pekan hotel banyak dah fully booked. Kitaorang pun cubalah ber-glamping satu malam di Gunung Medan Glamping & Cafe PerlisLokasinya pun dah tak jauh dah dari pekan Kuala Perlis. Dalam 12 minit je dari tempat kitaorang glamping. So, hari ni Syu nak cerita sikitlah pengalaman ber-glamping dekat sana macam mana 🤭.


Gunung Medan Perlis
Total dome ada 6. Ada Family Dome & Super Family Dome 🤭.

 

Mula-mula Syu ingatkan tempatnya biasa-biasa je tau. Bila dah sampai. Rasa terpegun gila tengok dome-dome yang ada dekat situ 😂! Sumpah comel! Dia punya view tu macam duduk dekat oversea pun ada. Rasa macam tak percaya dekat area Kuala Perlis ni ada port glamping yang cantik untuk pergi healing. Tempatnya bersih. Suasana pun tenang  & damai je. Kira jauhlah dari hiruk-pikuk bandar 😌.


Glamping Gunung Medan Perlis
Untuk family dome ni boleh muat dalam 3-4 orang 👨‍👩‍👧‍👦. Harga RM170/malam untuk hari Khamis hingga Jumaat & Public Holiday). Hari lain RM120/malam.

 

Dalam dome jangan cakaplah. Kelengkapan semua serba serbi lengkap Syu tengok. Masuk dekat dalam je terus rasa tak nak keluar-keluar tau. Tambah-tambah boleh tengok movie. Aircond-nya pun boleh tahan sejuk🤣. Memang lena betul tidur dibuatnya. Servis penghantaran makanan pun ada disediakan juga - Senarai menu & harga makanan ada diletakkan sekali dalam bilik.



Untuk pengetahuan korang, parking space dekat sini agak limited sikit sebab tempatnya berbukit. Tapi, kalau korang ambil dome 1,2 & 3, korang boleh parking kereta betul-betul depan dome. Cuma dome 4 sampai 6 sahaja korang tak boleh parking depan dome sebab laluan nak masuk ke glamping area tu agak sempit.


Setiap dome ni ada disediakan kerusi, tempat memanggang & kepala paip. Nak ke tandas & bilik mandi, korang kena menapak ke belakang sikit dalam 50 meter - Malam-malam pergi tak scary pun sebab tempatnya terang berderang



Sunset & sunrise sumpah cantik!


Sunrise
View paling mahal! Cantik kan? 🥰


Sambil-sambil ber-glamping, korang juga boleh cuci mata tengok pemandangan sunrise & sunset. Nak view lagi cantik, korang kena naik & tengok Viewpoint Gunung Medan. Dari tapak glamping jaraknya cuma 100 meter je - Insect repellent jangan lupa pakai tau. Nyamuk banyak sepanjang trek nak naik ke view point tu!


Setel tengok pemandangan, korang bolehlah lepak minum-minum petang dekat Glass Cafe Gunung Medan ni. Ada macam-macam makanan & minuman ada jual dekat situ. Cafe ni dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 5 petang sampai 11 malam. Sabtu Ahad ada buka sekejap waktu pagi sampai 10 pagi. So, bolehlah kalau korang nak singgah breakfast


Gunung Medan Perlis
On the way nak naik ke Viewpoint Gunung Medan korang boleh nampak cafe ni dekat sebelah kiri.


Actually, Syu cadang nak sambung glamping lagi satu malam. Malangnya, dome yang kitaorang duduk tu dah fully booked sampai hari Ahad 🥹. Sedih kan! So nak tak nak, terpaksalah kitaorang check out juga tengahari Sabtu tu. Rasa menyesal pula tak book dua malam terus. Next time kalau datang sini, nak booking terus 2 malam. Baru puas hati!

Alkisah Glamping Di Gunung Medan Perlis

Julai 29, 2024

Julai 21, 2024

Salam Subuh Dari Gunung Medan Perlis

Kawasan tapak glamping terang berderang dengan cahaya lampu. 


View sebelum matahari nak naik 🌄. 


Subhanallah. Cantik kan? Siap ada kabus lagi 🥰


Tenang & damai je rasa 😌. 


Salam Subuh Dari Gunung Medan Perlis

Julai 21, 2024

Februari 28, 2022

Lokasi Glamping MEWAH & EKSKLUSIF Di Malaysia

Glamor camping atau singkatannya kita panggil Glamping, merupakan trend perkhemahan mewah alaf baru yang semakin hari semakin diminati oleh para glampers. Harga penginapan semalaman bermula dari standard harga glamping 3 bintang sehinggalah ke 5 bintang. Terpulang korang nak pilih yang mana satu. Nak glamping mewah & eksklusif mahupun glamping cara budget. Bergantung kepada tahap ketebalan poket korang.



Mungkin ada sesetengah orang tak berapa tahu apa-apa hal pun berkaitan tentang perkhemahan. Tapi pada masa yang sama teringin sangat nak merasa sendiri suasana berkhemah tu macam mana. Mungkin glamping ni agak berbeza dengan camping, tapi konsepnya tetap sama. Cuma ianya telah dimodenkan serta dilengkapi dengan fasiliti & ameniti yang jauh lebih selesa & lengkap berbanding berkhemah dengan cara biasa.



Kalau ikutkan di luar negara, berkhemah secara glamor ni memang dah lama ada. Siapa sangka, perkhemahan macam ni mula diketengahkan di Malaysia sebagai salah satu produk pelancongan. Walaupun di Malaysia ni masih belum terdapat banyak kawasan glamping. Tapi, konsep perkhemahan macam ni sememangnya menjadi buruan para glamper di luar sana. Berikut Syu senaraikan 5 lokasi glamping MEWAH & EKSKLUSIF yang ada di Malaysia ni. Terpulang samaada korang nak pergi atas tujuan beriadah, berbulan madu mahupun urusan kerja. 




1) SEA HORIZON RESORT - KOTA TINGGI, JOHOR


Kalau korang nak tahu, di Sea Horizon Resort (Dulu dikenali sebagai Tanjung Sutera Resort) ni ada juga menawarkan penginapan yang berkonsepkan perkhemahan glamor. Tapi, tempat penginapannya hanya terhad kepada 2 unit sahaja. Jadi, nak bermalam dalam glamping suite di Sea Horizon Reasort ni korang kena berebut sikit bila nak buat tempahan. Sebab ianya terhad & mendapat pemintaan tinggi buat mereka yang mahu jadikan suite ni sebagai tempat untuk berbulan madu.


Sea Horizon Resort


Apa yang menariknya, kedua-dua glamping suit ini dibina khas dalam bentuk kubah (dome) di atas tebing Pantai Temala. Lokasinya betul-betul menghadap pemandangan indah Laut China Selatan. Bukan sahaja lokasinya mempunyai pemandangan yang cantik, malah dekorasi dalaman dome suite ni tak kurang juga hebatnya.


Pemandangan cantik di sini bukan sahaja sesuai dijadikan lokasi utama berbulan madu. Malah, sesuai juga dijadikan sebagai tempat penggambaran & apa jua aktiviti santai bersama keluarga. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini antaranya ATV (All-terrain vehicles) Adventure, berkayak, berbasikal, mandi manda di kolam renang, stargazing, paragliding & macam-macam lagi.



Laman FB : Sea Horizon Resort

☎ Tel. : +6016-720 0399

📧 : seahorizon.resort@gmail.com

🌐 Website : https://seahorizon.my/dome/




2) TIARASA ESCAPE GLAMPING RESORT - JANDA BAIK, PAHANG


Misal kata korang ada budget lebih. Korang boleh pilih Tiarasa Escape by Tiara Jaquelina ni sebagai salah satu tempat untuk korang melakukan aktiviti glamping. Tempatnya memang cantik & sangat eksklusif. Bukan sahaja boleh buat tempat bersantai. Nak buat sambutan majlis hari jadi, hi-tea, majlis korporat, majlis perkahwinan & hari keluarga (Family Day) dekat sini pun boleh. Memang sesuai sangat sebab tempatnya luas, eksklusif & dekat dengan alam semulajadi.


Tiarasa Escape


Khemah yang disediakan di sini berbentuk khemah kanopi ala safari & rekabentuknya agak berbeza sedikit dengan khemah berbentuk dome yang ada di Sea Horizon. Harga penginapan di sini boleh dikatakan agak eksklusif juga. Memang sesuai dengan kemudahan & perkhidmatan yang ditawarkan.

 


Laman FB : Tiarasa Escape

☎ Tel. : +60 12-887 7777

📧 : tiarasa@enfiniti.com.my

🌐 Website : https://www.tiarasaescapes.com/



 

3) GLAMZ - GENTING HIGHLAND, PAHANG


Kalau korang pergi bercuti ke Genting Highland, Glamz satu-satunya tempat yang paling sesuai untuk korang glamping bersama keluarga & rakan-rakan. Tempatnya memang cantik & sangat-sangat eksklusif. Memang sesuai sangat untuk dijadikan salah satu lokasi utama berbulan madu buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Reka bentuk khemah yang berbentuk kubah tu memang sesuai untuk korang menikmati suasana malam dengan ditemani cahaya bulan & kelipan bintang yang cantik.


Glamz Genting Highland


Harga pakej glamping yang disediakan di sini berbeza-beza mengikut jenis penginapan yang disediakan. Untuk glampers yang datang bersama keluarga, korang boleh pilih pakej Family Dome. Khemahnya memang luas & boleh memuatkan sehingga 8 orang pada satu-satu masa. Untuk yang datang berdua, ada banyak pilihan khemah yang disediakan.


Untuk pengetahuan korang, tempahan penginapan di Glamz ni memang selalu penuh. Jadi, pada yang berminat nak merasa suasana glamping eksklusif & mewah di sini, sebaiknya korang buat tempahan awal terlebih dahulu. Jangan risau. Pakej penginapan di Glamz ni ada disertakan sekali dengan sarapan pagi.



Laman FB : Glamz At Genting

☎ Tel. : +6012-664 5269

📧✉️ E-mail : hello@glamz.com.my

🌐 Website : https://glamz.com.my/



 

 4) CASTRA BY COLONY - K.LUMPUR


Perkhemahan mewah bernama Castra ni merupakan salah satu pakej penginapan yang berkonsepkan "urban glamping". Tapak perkhemahannya dibina di atas bumbung peribadi Colony. Lokasi perkhemahannya yang terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur, menjadikan ia sangat strategik buat glampers yang ingin menikmati suasana perkhemahan eksklusif dalam taman yang dikelilingi dengan bandar. 


Castra ni memang cantik tempatnya. Memang sesuai sangat untuk dijadikan lokasi penggambaran & apa jua acara korporat sebab tempatnya memang tampak mewah & eksklusif.Kalau nak tahu, Castra by Colony ni menawarkan 2 khemah Bohemian mewah berinspirasikan Mediteranian yang terletak di ruangan rehat peribadi yang berkeluasan 4,000 kaki persegi.


Castra By Colony


Di sini ada disediakan juga dek barbeku untuk korang yang ada nak buat aktiviti barbeque bersama keluarga & rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga & tempahan penginapan, korang pergi ke laman web diorang. Yang pasti harganya bukan biashe-biashe 😁.



Laman FB : Castra By Colony

☎ Tel. : +603 9212 4048

📧✉️ E-mail : ask@colony.work

🌐 Website : https://colony.work/




5) THE HOOTON RETREAT - KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN


Misal kata korang nak merasa suasana glamping yang jauh dari hiruk pikuk bandar. Korang boleh pilih The Hooton sebagai salah satu lokasi glamping korang. Dari Bandar Seremban, ia hanya mengambil masa dalam sejam sahaja untuk sampai ke sini.


Kalau korang nak tahu, asal usul nama The Hooton Retreat ni diinspirasikan dari dua ekor burung hantu yang bernama Misty & Starry. Disebabkan bunyi "hoot" dari kedua burung-burung ni, maka dinamakan The Hoot Retreat bersempena bunyi yang dihasilkan oleh burung hantu tu. Memang unik kan namanya?


The Hooton Retreat


Di The Hooton Retreat ni terdapat dua jenis kubah yang sesuai untuk glamping. Satu namanya Tyto & satu lagi dipanggil Otus. Harga penginapan di sini bermula dari RM580 untuk satu malam & ianya termasuk pakej sarapan pagi - PORK FREE. Satu dome ni boleh memuatkan 2 ke 4 orang sahaja. Misal kata korang datang bersama keluarga & rakan-rakan, korang boleh pilih penginapan lain yang ada disediakan di sini - Villa & studio.



Laman FB : The Hooton Retreat
☎ Tel. : +6019 208 0633
📧✉️ E-mail : enquiry@thehootonretreat.com

Lokasi Glamping MEWAH & EKSKLUSIF Di Malaysia

Februari 28, 2022