Ogos 28, 2023
Cara Mohon Sticker PLKS/Permit Pekerja Asing Tahun Pertama

Untuk pengetahuan korang, permit pekerja asing (PA) & Pembantu rumah asing (PRA) kini dah di upgrade kepada electronic pass (e-Pass). Jadi, tiada lagi sticker permit PA/PRA dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri. Melainkan, sticker permit PA/PRA untuk tahun yang pertama sahaja.
Permohonan sticker permit PA/PRA ni mesti dibuat oleh majikan sebelum tarikh tamat Pas Khas (Special pass). Sekiranya terlepas tarikh, majikan dikehendaki mengemukakan permohonan Pas Khas yang baru dengan mengisi Borang Format Tinggal Lebih Masa berserta bayaran fi RM100 sebelum menghantar permohonan sticker permit di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri.
Senarai semak dokumen
![]() |
| Ini contoh cop pas khas yang telah dicop di dalam passport pekerja asing yang baru tiba di Malaysia. |
For those yang selalu berurusan di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri, mungkin korang dah familiar dengan dokumen-dokumen basic yang perlu disediakan. Yang belum familiar & masih tercari-cari cara mohon sticker permit tahun pertama, korang boleh follow checklist ni :
- Salinan surat temujanji STO 2.0
- Surat permohonan - Ada letter head & cop syarikat
- Surat wakil syarikat/agensi pekerjaan berserta salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan terkini dokumen pendaftaran syarikat (SSM) - MyDATA
- Salinann surat kelulusan kuota berserta resit bayaran
- Salinan surat kelulusan VDR berserta resit bayaran
- Passport asal PA/PRA berserta salinan
- Salinan cop Special Pass (SP)
- Status ujian FOMEMA online - Majikan mestilah memastikan PA/PRA melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA & disahkan sihat sebelum permohonan stiker PLKS/permit dikemukakan kepada pihak Jabatan Imigrisen Negeri.
- PERKESO - Salinan kelulusan permohonan
- Salinan penyata KWSP yang telah disahkan (3 bulan) - Sekiranya majikan menghantar wakil syarikat
Tempoh kelulusan permohonan
Berdasarkan pengalaman Syu, tempoh kelulusan permohonan sticker PLKS/permit ni memakan masa 3 ke 5 hari berkerja - Bergantung kepada jumlah permohonan sticker yang korang mohon. Kalau PA/PRA-nya ramai, mungkin akan makan masa sikit. Nak tahu lebih lanjut pasal status permohonan stiker permit pertama PA/PRA korang, better telefon terus ke Jabatan Imigrisen Negeri yang korang submit permohonan tu.
Kalau pegawai kata dah siap. Bolehlah pergi collect passport PA/PRA korang di kaunter - Tak payah book STO. Sebelum tu, salinan dokumen permohonan jangan lupa bawa ya. Kalau tak nanti, bercinta korang nak kena tunggu. Padahal datang sana nak collect pasport saja!
[P/S : Sebelum submit dokumen permohonan. Make sure, korang buat satu salinan. At least, senang korang nak buat semakkan di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri nanti. Sebarang pertanyaan, boleh ddrop di ruangan komen. Insyallah, kalau ada kesempatan Syu balas]
Jun 25, 2023
Pekerja Asing Lari? Ini Cara Betul Batalkan Permit Diaorang

PA/PRA dikategorikan sebagai lari daripada majikan bila mana PA/PRA :
- Meninggalkan tempat kerja tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri.
- Tidak kembali ke tempat bekerja pada tarikh yang dipersetujui setelah pulang ke negara asal.
Nak bawa masuk Pekerja Asing (PA) & Pekerja Rumah Asing (PRA) ke Malaysia bukan suatu perkara yang mudah. Bukan sahaja majikan perlu keluarkan belanja yang sangat besar untuk menggaji mereka-mereka ni. Prosedurnya pun boleh tahan banyak & memakan masa yang agak lama juga.
![]() |
| SUMBER FOTO : Moneycrasher.com |
Bila PA/PRA lari sudah semestinya majikan akan rasa sedikit kecewa dengan perbuatan PA/PRA tersebut. Sudahlah harga nak buat permit mahal . Bila PA/PRA lari. Denda/bon jaminan pula nak kena dibayar pada Jabatan Imigrisen.
Apa majikan perlu buat?
Pertama sekali jangan panik. Buat keputusan bijak. Biarkan saja PA/PRA nak lari. Majikan tak perlu buang masa cari satu Malaysia. Serahkan sahaja kepada pihak berwajib. Biarkan mereka buat kerja. Walaubagaimanapun, prosedur pembatalan permit PA/PRA tetap majikan/wakil majikan kena buat.
BACA JUGA
➣ Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
➣ Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia
![]() |
| Satu salinan laporan polis melibatkan PA/PRA akan dikenakan cas RM2. |
Dalam berhadapan situasi PA/PRA lari ni ada 3 LANGKAH WAJIB yang pihak majikan perlu buat - Satu pun jangan skip. Antaranya :
- Buat laporan polis di mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
- Buat pembatalan permit PA/PRA yang lari tadi ke Jabatan Imigrisen Negeri masing-masing
- Hantar Borang PA2/13 (Laporan Penamatan Pekerja Asing - Seksyen 60K(3) Akta Kerja 1955) ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
Pembatalan permit PA/PRA di Jabatan Imigrisen Negeri
Bagi proses pembatalan permit PA/PRA, majikan/wakil dikehendaki hadir sendiri ke Jabatan Imigrisen Negeri dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :
- Slip temujanji online - STO2.0
- Passport asal PA/PRA - Jika ada
- Borang bayaran - Disahkan majikan berserta cop syarikat
- Lampiran 5 (Laporan PA melarikan diri dari majikan/balik tanpa memo periksa keluar (COM)) - Disahkan majikan/pelapor
- Borang akujanji - Disahkan majikan
- Laporan Polis - Disahkan salinan
- Salinan passport & permit
- Surat permohonan - Permohonan pembatalan permit PA yang telah melarikan diri
- Surat lantikan wakil syarikat - Surat wakil syarikat bagi urusan pembatalan permit PA yang telah melarikan diri
- Salinan kad pengenalan wakil majikan
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan penyata KWSP - Penyata 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh pegawai KWSP
- Salinan pendaftaran syarikat SSM - MyDATA terkini
- Borang 9
- Borang 24
- Borang 49
Bayar denda/Bon jaminan
Selesai buat serahan dokumen di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri. Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/permit PA/PRA yang dilaporkan lari tadi akan dibatalkan serta merta. Malah, PA/PRA juga secara automatik akan disenarai hitamkan.
![]() |
| Pegawai Imigrisen akan letak cop pekerja lari di atas sticker permit sebagai tanda permit PA/PRA ni telah dibatalkan. |
Pihak Jabatan Imigrisen juga akan mengenakan bayaran denda/bon jaminan kepada pihak majikan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut warganegara. Bayaran denda/bon jaminan ni boleh dibuat di kaunter bayaran setelah majikan/wakil selesai membuat serahan dokumen.
![]() |
| Denda warganegara Vietnam paling mahal - SUMBER FOTO : Jabatan Imigrisen Malaysia |
Selesai urusan di Jabatan Imigrisen Negeri, majikan/wakil boleh proceed dengan submission Borang PA2/13 ke JTK. Untuk elakkan masalah kepada syarikat. Jangan skip semua step ni. Yang lari biarkan lari. Pembatalan permit PA/PRA yang melarikan di JIM & serahan dokumen ke JTK adalah menjadi tanggungjawab majikan.
Jun 27, 2022
Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia
Masuk bulan Jun saja memang Syu sibuk renew permit pekerja asing. Mujurlah pekerja asing tak berapa ramai sebab ramai yang sudah dihantar balik ke negara asal - Check out memo (COM) pekerja asing. Baru-baru ini, Syu pergi ambil stiker permit pekerja asing di Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) di Meru, Ipoh. Memandang prosesnya masih segar dalam otak. Maka, Syu abadikan di dalam Syuderis.com buat rujukan di masa akan datang. Pada yang nak tahu prosesnya macam mana. Baca entri ni sampai habis okey! 😉💕
![]() |
| Tinggal satu lagi stiker nak kena pergi collect 😅. Malasnya nak pergi imigrisen. |
Apa beza PLKS dengan permit?
Sebelum kita pergi lebih jauh. Apa beza PLKS dengan permit ni sebenarnya? TAK ADA BEZA! Actually, PLKS & permit ni benda yang sama. Kalau korang nak tahu. PLKS merupakan singkatan kepada pas lawatan (kerja sementara). Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil permit. Permit apa? PERMIT tinggal & bekerja bagi pekerja asing (PA) & pembantu rumah asing (PRA) 😁.
PLKS/permit ni dikeluarkan oleh pihak JIM dalam bentuk pelekat. Pelekat ini akan dilekatkan di dalam passport PA/PRA yang digajikan. Dengan adanya permit ini, mereka-mereka yang bukan berstatus warganegara diberikan kebenaran bersyarat untuk masuk, tinggal & bekerja di Malaysia untuk tempoh tertentu.
PLKS/permit ini perlu diperbaharui setiap tahun. Tempoh penggajian yang diberikan kepada majikan adalah selama 10 tahun. Misal kata, majikan nak sambung lagi. Tempoh pelanjutan PA/PRA yang dibenarkan terhad kepada 3 tahun sahaja. Tapi, kadar levi lanjutan-nya akan jadi sedikit mahal berbanding sepanjang tempoh penggajian - RM6,000 bagi sektor pembuatan, perkhidmatan & pembinaan. RM2,000 bagi sektor pertanian & perladangan.
Senarai dokumen yang diperlukan
Untuk buat PLKS/permit ni mudah saja sebenarnya. Tambah-tambah bila menggunakan sistem e-PLKS@JIM. Dengan cara ini, majikan/wakil syarikat dapat memperbaharui PLKS/permit PA/PRA dengan mudah & lebih efisien. Tidak kira samada secara individu mahupun berkelompok.
Dengan sistem e-PLKS ini, majikan/wakil syarikat hanya perlu membuat permohonan PLKS secara atas talian & seterus perlu membuat permohonan buat cetakkan PLKS/permit di JIM yang berdekatan - Untuk menggunakan sistem ini, majikan/wakil syarikat perlu membuat pendaftaran ID terlebih dahulu di JIM.
Sekiranya majikan mewakilkan wakil syarikat untuk berurusan dengan JIM. Beberapa salinan dokumen sokongan WAJIB perlu disediakan terlebih dahulu. Dokumen yang tidak lengkap, akan menyebabkan proses pengambilan pelekat PLKS/permit akan ditolak oleh pihak JIM. Jadi, sila pastikan yang korang tak kurang walau satu pun dokumen-dokumen yang berikut :
- Surat lantikan wakil syarikat*
- Salinan kad pengenalan wakil syarikat
- Salinan penyata caruman TERKINI (3 bulan) - Disahkan oleh pegawai KWSP
- Surat permohonan pengambilan permit PA/PRA
- Salinan passport & permit PA/PRA
- Salinan resit e-PLKS
- Salinan kad pengenalan pengarah syarikat
- Salinan sijil pertubuhan & profil syarikat dari SSM MyData - TERKINI
- Passport asal PA/PRA
Sekiranya majikan pergi sendiri, korang boleh skip salinan dokumen yang bertanda asterik (*). Walaubagaimanapun, salinan penyata caruman masih perlu disertakan bersama permohonan stiker PLKS/permit untuk pengesahan pegawai JIM.
![]() |
| Tak perlu ambil angka giliran. Cuma perlu drop dokumen di kaunter ekspres untuk semakan. |
Bila semua dokumen sudah lengkap. Korang boleh buat serahan di kaunter ekpress JIM (Kaunter 1) untuk semakan - Kaunter urusan mungkin berbeza disetiap JIM cawangan negeri. Sekiranya dokumen tak ada masalah. Pegawai JIM akan proceed dengan proses cetakkan pelekat PLKS/permit - Pelekat tu nanti pegawai JIM yang akan lekatkan di dalam passport.
Bila sudah selesai, pegawai akan panggil nama syarikat/wakil untuk buat serahan passport. Untuk makluman korang juga, permohonan stiker permit lebih dari satu PA/PRA akan ambil masa sikit untuk dicetak. Biasanya, pegawai JIM akan suruh ambil esok. Kalau satu stiker saja, insyaallah akan siap pada hari yang sama. Untuk kepastian, sebaiknya korang tanya pegawai JIM terlebih dahulu 😊💕.
![]() |
| Tak ramai orang. Tapi makan masa jugalah nak dapatkan stiker permitnya 😅. |
Mei 26, 2022
Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
CHECK OUT MEMO (COM) PEKERJA ASING || Bila mana pekerja asing (PA) mahupun pembantu rumah asing (PRA) telah tamat tempoh permit bekerja ataupun ditamatkan perkhidmatannya oleh majikan di Malaysia. Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN MAJIKAN untuk menghantar kembali PA pulang ke negara asal mereka.
![]() |
| SUMBER FOTO : Google |
Bukan hantar PA balik terus macam itu saja ya. Ada caranya. Yang pasti mesti mengikut prosedur standard & garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Jadi, sebelum menghantar PA ni balik ke negara asal mereka. Permohonan dokumen check out memo (COM) atau memo periksa keluar terlebih dahulu perlu dibuat oleh majikan sebelum PA berangkat keluar dari Malaysia.
Apa itu COM?
COM merupakan dokumen/memo pemohonan keluar. Ia WAJIB DIBAWA bersama PA sebelum pulang ke negara mereka. Setelah lulusnya permohonan COM oleh Jabatan Imigrisen Malaysia. PA/PRA tidak lagi layak untuk tinggal & bekerja di Malaysia kerana rekod PA/PRA yang sedia ada dalam sistem Jabatan Imigrisen Malaysia telah bertukar status.
Dokumen/memo ni akan disemak & disahkan oleh pegawai Jabatan Imigrisen Malaysia di mana-mana pintu keluar yang telah didaftarkan didalam sistem Jabatan Imigrisen.
Permohonan COM ni adalah PERCUMA & ia hanya boleh dimohon oleh majikan, wakil syarikat & agen yang dilantik sahaja. PA tidak boleh memohonnya sendiri di Jabatan Imigresen.
Majikan & syarikat boleh disenaraihitamkan
Untuk menghantar PA balik ke negara asal, majikan WAJIB
menghantar permohonan COM
terlebih dahulu kepada pihak Jabatan Imigrisen Malaysia. Sebaik-baiknya,
7-14 hari sebelum PA keluar meninggalkan Malaysia.
![]() |
| SUMBER FOTO : Moneycrasher.com |
Sekiranya COM tidak dibuat. Majikan dikira masih menggaji & mempunyai PA/PRA. Misalan PA/PRA tinggal & bekerja lebih tempoh masa, majikan boleh dikenakan penalti & kemungkinan juga syarikat boleh disenaraihitamkan.
Malah, majikan juga akan mengalami kesukaran untuk menggaji PA yang baru di masa akan datang. Dengan erti kata lain, kuota pengambilan PA majikan akan disekat.
COM lulus. Tapi PA lari?
Misal kata majikan dah buat COM tapi PA/PRA tak balik ke negara asal & terus tinggal lebih masa di Malaysia. Majikan tak perlu risau. Sebab PA/PRA bukan lagi di bawah tanggungjawab majikan. Malah, majikan juga terlepas dari sebarang tindakan undang-undang mahupun penalti dari kerajaan Malaysia.
Bila terjadinya situasi macam ni. Rekod majikan bersih. Sebaliknya, PA/PRA pula yang akan dikenakan tindakan undang-undang dengan cara disenaraihitamkan dari kembali bekerja di Malaysia. Tempoh senarai hitam yang bakal dikenakan adalah selama 5
tahun - Mungkin lebih atau dilarang terus untuk masuk ke Malaysia. Sebab itu pentingnya COM ni dibuat oleh majikan.
Cara mohon COM melalui kaunter
Bagi PA yang bakal dihantar pulang oleh majikan. COM boleh dipohon sekurang-kurangnya 7-14 hari sebelum dari tarikh penerbangan/ feri/ bas keluar dari Malaysia. Permohonan COM ni boleh dibuat secara walk-in ke bahagian pekerja asing di Jabatan Imigrisen ataupun secara online menggunakan portal e-PLKS.
Untuk permohonan melalui kaunter Jabatan Imigrisen. Berikut senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan COM ni :-
- SURAT PERMOHONAN rasmi berserta letter head kepada bahagian pengarah pekerja asing - Sertakan nombor nama, no. passport & warganegara PA/PRA
- BORANG permohonan COM
- SURAT WAKIL majikan berserta salinan IC & penyata KWSP (Disahkan oleh pegawai KWSP) - Jika perlu
- DOKUMEN PENDAFTARAN SYARIKAT dari MyDATA (Borang 9,24 & 49) - Jika perlu
- Salinan kad pengenalan PENGARAH SYARIKAT/INDIVIDU
- SALINAN TIKET penerbangan/ feri/ bas
- PASSPORT asal PA/PRA berserta salinan
(*Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza dari masa ke semasa. Sila rujuk Bahagian Pekerja Asing di Jabatan Imigrisen Malaysia untuk maklumat lanjut)
Cara mohon COM online (eCOM)
Bagi permohonan eCOM secara online. Permohonan boleh dihantar secara terus melalui portal e-PLKS. Untuk menggunakan sistem ni, majikan perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Permohonan eCOM secara online lebih mudah & menjimatkan masa. Hanya perlu :-
- LOG MASUK ke portal e-PLKS
- Klik pada bahagian eCOM
- KEMASKINI maklumat PA/PRA
- Masukkan MAKLUMAT COM - Tarikh jangka keluar, pintu jangka keluar, negara dituju, sebab keluar, jenis pengangkutan & nama agen pengangkutan
- MUAT NAIK dokumen sokongan - Salinan passport & tiket penerbangan/ feri/ bas
- PERAKUAN majikan/wakil - Tanda (✔) pada ruangan kotak yang disediakan
- HANTAR pemohonan
Untuk makluman korang, permohonan eCOM yang telah dihantar adalah MUKTAMAD. Sebarang pindaan maklumat & pembatalan hanya boleh dibuat secara terus melalui kaunter Jabatan Imigrisen Malaysia yang terdekat. Proses untuk mendapatkan kelulusan COM mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hari bekerja.
![]() |
| Macam inilah rupa eCOM yang telah diluluskan oleh Jabatan Imigrisen Malaysia. |
Sekiranya permohonan berjaya - Boleh semak pada bahagian STATUS PEMOHONAN di sistem e-PLKS. Majikan dikehendaki mencetak eCOM sebanyak dua (2) salinan. Satu salinan untuk simpanan majikan & satu salinan lagi untuk dipegang oleh PA/PRA masa keluar dari Malaysia.
Bila sudah ada dokumen/memo ni, majikan bolehlah lepaskan PA mereka balik ke negara asal tanpa sebarang masalah. Senang bukan? Semoga perkongsian ni bermanfaat 😜💕.










