Ogos 28, 2023
Cara Mohon Sticker PLKS/Permit Pekerja Asing Tahun Pertama

Untuk pengetahuan korang, permit pekerja asing (PA) & Pembantu rumah asing (PRA) kini dah di upgrade kepada electronic pass (e-Pass). Jadi, tiada lagi sticker permit PA/PRA dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri. Melainkan, sticker permit PA/PRA untuk tahun yang pertama sahaja.
Permohonan sticker permit PA/PRA ni mesti dibuat oleh majikan sebelum tarikh tamat Pas Khas (Special pass). Sekiranya terlepas tarikh, majikan dikehendaki mengemukakan permohonan Pas Khas yang baru dengan mengisi Borang Format Tinggal Lebih Masa berserta bayaran fi RM100 sebelum menghantar permohonan sticker permit di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri.
Senarai semak dokumen
![]() |
| Ini contoh cop pas khas yang telah dicop di dalam passport pekerja asing yang baru tiba di Malaysia. |
For those yang selalu berurusan di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri, mungkin korang dah familiar dengan dokumen-dokumen basic yang perlu disediakan. Yang belum familiar & masih tercari-cari cara mohon sticker permit tahun pertama, korang boleh follow checklist ni :
- Salinan surat temujanji STO 2.0
- Surat permohonan - Ada letter head & cop syarikat
- Surat wakil syarikat/agensi pekerjaan berserta salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan terkini dokumen pendaftaran syarikat (SSM) - MyDATA
- Salinann surat kelulusan kuota berserta resit bayaran
- Salinan surat kelulusan VDR berserta resit bayaran
- Passport asal PA/PRA berserta salinan
- Salinan cop Special Pass (SP)
- Status ujian FOMEMA online - Majikan mestilah memastikan PA/PRA melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA & disahkan sihat sebelum permohonan stiker PLKS/permit dikemukakan kepada pihak Jabatan Imigrisen Negeri.
- PERKESO - Salinan kelulusan permohonan
- Salinan penyata KWSP yang telah disahkan (3 bulan) - Sekiranya majikan menghantar wakil syarikat
Tempoh kelulusan permohonan
Berdasarkan pengalaman Syu, tempoh kelulusan permohonan sticker PLKS/permit ni memakan masa 3 ke 5 hari berkerja - Bergantung kepada jumlah permohonan sticker yang korang mohon. Kalau PA/PRA-nya ramai, mungkin akan makan masa sikit. Nak tahu lebih lanjut pasal status permohonan stiker permit pertama PA/PRA korang, better telefon terus ke Jabatan Imigrisen Negeri yang korang submit permohonan tu.
Kalau pegawai kata dah siap. Bolehlah pergi collect passport PA/PRA korang di kaunter - Tak payah book STO. Sebelum tu, salinan dokumen permohonan jangan lupa bawa ya. Kalau tak nanti, bercinta korang nak kena tunggu. Padahal datang sana nak collect pasport saja!
[P/S : Sebelum submit dokumen permohonan. Make sure, korang buat satu salinan. At least, senang korang nak buat semakkan di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri nanti. Sebarang pertanyaan, boleh ddrop di ruangan komen. Insyallah, kalau ada kesempatan Syu balas]
Jun 27, 2022
Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia
Masuk bulan Jun saja memang Syu sibuk renew permit pekerja asing. Mujurlah pekerja asing tak berapa ramai sebab ramai yang sudah dihantar balik ke negara asal - Check out memo (COM) pekerja asing. Baru-baru ini, Syu pergi ambil stiker permit pekerja asing di Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) di Meru, Ipoh. Memandang prosesnya masih segar dalam otak. Maka, Syu abadikan di dalam Syuderis.com buat rujukan di masa akan datang. Pada yang nak tahu prosesnya macam mana. Baca entri ni sampai habis okey! 😉💕
![]() |
| Tinggal satu lagi stiker nak kena pergi collect 😅. Malasnya nak pergi imigrisen. |
Apa beza PLKS dengan permit?
Sebelum kita pergi lebih jauh. Apa beza PLKS dengan permit ni sebenarnya? TAK ADA BEZA! Actually, PLKS & permit ni benda yang sama. Kalau korang nak tahu. PLKS merupakan singkatan kepada pas lawatan (kerja sementara). Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil permit. Permit apa? PERMIT tinggal & bekerja bagi pekerja asing (PA) & pembantu rumah asing (PRA) 😁.
PLKS/permit ni dikeluarkan oleh pihak JIM dalam bentuk pelekat. Pelekat ini akan dilekatkan di dalam passport PA/PRA yang digajikan. Dengan adanya permit ini, mereka-mereka yang bukan berstatus warganegara diberikan kebenaran bersyarat untuk masuk, tinggal & bekerja di Malaysia untuk tempoh tertentu.
PLKS/permit ini perlu diperbaharui setiap tahun. Tempoh penggajian yang diberikan kepada majikan adalah selama 10 tahun. Misal kata, majikan nak sambung lagi. Tempoh pelanjutan PA/PRA yang dibenarkan terhad kepada 3 tahun sahaja. Tapi, kadar levi lanjutan-nya akan jadi sedikit mahal berbanding sepanjang tempoh penggajian - RM6,000 bagi sektor pembuatan, perkhidmatan & pembinaan. RM2,000 bagi sektor pertanian & perladangan.
Senarai dokumen yang diperlukan
Untuk buat PLKS/permit ni mudah saja sebenarnya. Tambah-tambah bila menggunakan sistem e-PLKS@JIM. Dengan cara ini, majikan/wakil syarikat dapat memperbaharui PLKS/permit PA/PRA dengan mudah & lebih efisien. Tidak kira samada secara individu mahupun berkelompok.
Dengan sistem e-PLKS ini, majikan/wakil syarikat hanya perlu membuat permohonan PLKS secara atas talian & seterus perlu membuat permohonan buat cetakkan PLKS/permit di JIM yang berdekatan - Untuk menggunakan sistem ini, majikan/wakil syarikat perlu membuat pendaftaran ID terlebih dahulu di JIM.
Sekiranya majikan mewakilkan wakil syarikat untuk berurusan dengan JIM. Beberapa salinan dokumen sokongan WAJIB perlu disediakan terlebih dahulu. Dokumen yang tidak lengkap, akan menyebabkan proses pengambilan pelekat PLKS/permit akan ditolak oleh pihak JIM. Jadi, sila pastikan yang korang tak kurang walau satu pun dokumen-dokumen yang berikut :
- Surat lantikan wakil syarikat*
- Salinan kad pengenalan wakil syarikat
- Salinan penyata caruman TERKINI (3 bulan) - Disahkan oleh pegawai KWSP
- Surat permohonan pengambilan permit PA/PRA
- Salinan passport & permit PA/PRA
- Salinan resit e-PLKS
- Salinan kad pengenalan pengarah syarikat
- Salinan sijil pertubuhan & profil syarikat dari SSM MyData - TERKINI
- Passport asal PA/PRA
Sekiranya majikan pergi sendiri, korang boleh skip salinan dokumen yang bertanda asterik (*). Walaubagaimanapun, salinan penyata caruman masih perlu disertakan bersama permohonan stiker PLKS/permit untuk pengesahan pegawai JIM.
![]() |
| Tak perlu ambil angka giliran. Cuma perlu drop dokumen di kaunter ekspres untuk semakan. |
Bila semua dokumen sudah lengkap. Korang boleh buat serahan di kaunter ekpress JIM (Kaunter 1) untuk semakan - Kaunter urusan mungkin berbeza disetiap JIM cawangan negeri. Sekiranya dokumen tak ada masalah. Pegawai JIM akan proceed dengan proses cetakkan pelekat PLKS/permit - Pelekat tu nanti pegawai JIM yang akan lekatkan di dalam passport.
Bila sudah selesai, pegawai akan panggil nama syarikat/wakil untuk buat serahan passport. Untuk makluman korang juga, permohonan stiker permit lebih dari satu PA/PRA akan ambil masa sikit untuk dicetak. Biasanya, pegawai JIM akan suruh ambil esok. Kalau satu stiker saja, insyaallah akan siap pada hari yang sama. Untuk kepastian, sebaiknya korang tanya pegawai JIM terlebih dahulu 😊💕.
![]() |
| Tak ramai orang. Tapi makan masa jugalah nak dapatkan stiker permitnya 😅. |



