Posts with the label Shopee Haul
Memaparkan catatan dengan label Shopee Haul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopee Haul. Papar semua catatan

Ogos 04, 2025

Comey Larhhhh...Telekung Travel Al-Mahira Ni!

Hari tu mak suruh Syu belikan telekung. Katanya mak dah niat nak bersedekah kat anak menantu perempuan kalau ada dapat "duit Sg.Buaya" - Actually, mak ada dapat duit pampasan arwah opah jual tanah Felda Sg.Buaya. So, mak cadang nak sedekahkan lah sikit. At least mengalir juga pahala arwah opah kat sana.

 

Mak cadang nak bagi telekung. So, Syu suggest lah kat mak beli mini telekung travel Al-Mahira ni untuk kitaorang anak menantu. Kalau bagi hadiah telekung macam ni, dah tentu-tentu kitaorang guna hari-hari buat solat. Betul tak? 🤭. 

 

Comel sangat! Senang nak bawa pergi travel mana-mana. 


Telekung beli kat mana?? 😁 Beli kat Shopee jer nyah! Pasal kat Tiktok tak ada jual yang macam ni. Kalau ada pun kain telekung macam ponco tu. Ringan! Senang sangat terselak bila kena tiup angin. Harga telekung travel Al-Mahira ni tak mahal mana pun. Sepasang tak sampai pun RM30. 

 

Yang best-nya telekung ni siap ada bag sekali tau. So, senang nak simpan & very convenient untuk bawa travel mana-mana. Dekat bahagian edges telekung tu seller buat kemasan laser cut. So, telekung nampak cantik macam ada kerawang-kerawang gittew.

 

Ada bag simpan telekung. Lepas tu kat bahagian leher boleh adjust dia punya zip untuk kecil besarkan bahagian muka.


Material sejuk & jahitan pun kemas. Untuk kemasan hujung diorang guna laser cut buat bentuk kerawang macam ni.

 

Material kain telekung ni tak panas & jenis cepat kering bila dibasuh. Dekat bahagian leher pula ada zip. Kalau rasa ketat dekat bahagian dagu, korang boleh adjust ikut keselesaan. Overall, memang best telekung ni. Cuma kena ambil masa sikitlah nak tunggu ordernya sampai. Pasal telekungnya made in Indonesia 😅 - BELI SINI 👉 Mini Telekung Travel Al-Mahira

Comey Larhhhh...Telekung Travel Al-Mahira Ni!

Ogos 04, 2025