Posts with the label Variant Lambda
Memaparkan catatan dengan label Variant Lambda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Variant Lambda. Papar semua catatan
Ogos 11, 2021
Varian Lambda : Mungkin Imun Terhadap Vaksin

Varian Lambda (C.37)- Pertama kali di kesan di Peru pada Disember 2020- Menurut World Health Organisation (WHO), varian Lambda ni dikategorikan dalam variant of interest (VOI)- Merebak dengan pantas & kebal kepada vaksin Covid-19
Untuk makluman korang, beberapa hari yang lepas, Tan Sri Dr. Noor Hisham sendiri ada membuat pengesahan dilaman Facebooknya mengenai varian ni. Katanya, varian Lambda ni lebih mudah berjangkit & kebal pada individu yang dah divaksin. Tapi ada jugak sumber yang menyatakan bahawa vaksin Covid-19 dari China mampu menangkis varian ni. Wallahualam. Tak tahulah sahih ke tidak. Walaubagaimanapun, di Malaysia masih belum ada tanda-tanda varian ni wujud. Risau jugak, sebab kontigen negara kita baru jer balik dari sana. Harap-harap tak ada apa-apa lah yer.
Syu harap pada rakyat Malaysia yang dah lengkap divaksin, korang fikirlah panjang-panjang pasal kelonggaran yang abah dah bagi hari tu. Think & act wisely. Even, penyelidik dari Universiti Tokyo pun dah bagi amaran yang varian Lambda ni mungkin lebih kebal kepada vaksin & mudah berjangkit jika dibandingkan dengan varian sedia ada. Covid-19 ni tak memilih orang kome. Ikut suka deme jer nak jangkit siapa-siapa. Kalau rasa diri tu kebey beno. Silakan 😂. Kena jangkit, nangeslah kome kat tepi bucu katil nun sampai kesudah. Kalau boleh, ambik iktibar dari keluarga-keluarga yang dah pernah kehilangan orang yang tersayang sepanjang pandemik ni, supaya ada timbul sikit kesedaran pasal bahayanya Covid-19 sekiranya menjangkiti ahli keluarga kita. Lindung diri, lindung semua!!
BACA ARTIKEL
1) Varian Lambda lebih menular & kebal vaksin Covid-19 - Kompas.com
2) Mutasi luar biasa Lambda dibimbangi kebal vaksin - Kosmo.com
3) Jepun sorok kes varian Lambda - Sinar Harian
Langgan:
Catatan (Atom)
