September 04, 2022

Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak

BAN PECAH TANJUNG PIANDANG, PERAK | Ini alkisah hujung minggu lepas, Seperti biasa, hujung minggu sajalah satu-satunya waktu yang Syu ada untuk keluar berjimba-jimba. Tapi, dapat pergi tempat yang dekat-dekat sajalah. Nak pergi bercuti jauh-jauh takut esoknya tak larat nak masuk kerja pula. Jadi, kami berdua laki bini buat keputusan pergi jalan-jalan sekitar Perak saja.


Kali ni ke mana? Ke Ban Pecah Tanjung Piandang pula kita pergi. Bukan apa, saja nak tahu apa yang menarik di sana. Selama hari ni dengar nama & ceritanya saja. Tapi, tak pernah langsung jejakkan kaki. Nama saja orang Perak. Ban Pecah pun tak pernah pergi 😂.


Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak
Stickers dekat signboard ni bukti Ban Pecah ni tak sendu dengan pengunjung 😊.  


Sebenarnya, di negeri Perak ni ada banyak tempat santai-santai menarik yang close to mother nature. Salah satunya macam Ban Pecah inilah. Apa yang uniknya pasal Ban Pecah ni ialah daratan & lautannya dipisahkan oleh batas yang dijadikan laluan utama untuk menyusuri pesisiran pantai. Di depannya nun luas terbentang lautan biru Selat Melaka. Manakala, di belakangnya pula terdapat kampung-kampung & juga bendang yang subur tanahnya.

 

 

Lautan sawah padi yang disumpah!


Untuk pengetahuan korang perkataan ban itu bermaksud batas. Jadi, dengan erti kata lain Ban Pecah tu merujuk kepada batas atau benteng yang pecah. Dengar cerita, satu ketika dahulu, sekitar 4 hektar kawasan sawah padi di sini telah musnah ditenggelami air laut disebabkan hakisan ombak yang sangat teruk. Bunyi macam fenomena alam biasa. Namun, disebalik kejadian tu ada cerita tersembunyi disebaliknya. Penduduk di sekitar Ban Pecah memang sinonim sangat dengan kisahnya apabila ditanya.


Dulunya kawasan sawah padi. Tapi dah transformed jadi laut lepas terkena hakisan.


Menurut cerita orang kampung - Sahih atau tidak wallahualam. Kononnya tragedi ban pecah ni terjadi disebabkan sumpahan seorang anak yatim piatu kepada bapa saudaranya. Dengar cerita, sebelum bergelar yatim piatu. Bapa saudaranya telah diamanahkan untuk menjaganya serta harta pusaka peninggalan dari arwah ayahnya. Malangnya, bapa saudara anak yatim tersebut jadi kabur biji mata & berubah menjadi seorang yang tamak haloba 😌.

 

Habis semua harta yang diamanahkan tu dibolotnya. Bukan itu sahaja. Kemudian dihalaunya pula anak yatim tu keluar rumah sehelai sepinggang. Dek kerana rasa teraniaya. Maka, berdoalah si anak yatim tersebut supaya diberikan pengajaran yang setimpal kepada bapa saudaranya.


Ban Pecah Tanjung Piandang


Dengan izin Allah. Doanya diperkenankan. Maka, terjadilah air pasang besar yang seterusnya memecahkan ban & menenggelamkan sebahagian kawasan sawah padi yang ada di Ban Pecah ni. Begitu juga dengan sawah padi yang dimiliki anak yatim tersebut. Begitulah ceritanya. Itu pasal tak elok makan harta & buat aniaya pada anak yatim.




Sejuk mata memandang


Sejujurnya, pemandangan di Ban Pecah ni memang sangat cantik. Tempatnya santai & boleh menenangkan jiwa sesiapa saja yang datang berkunjung. Bukan sahaja boleh hirup udara segar dari angin laut. Pada masa yang sama boleh lihat kehijauan sawah padi juga. 


Ban Pecah Tanjung Piandang
Tempatnya memang mendamaikan sungguh! 😌

 

Selain pemandangan cantik untuk bergambar, Ban Pecah ni juga antara lokasi riadah yang strategik buat kaki-kaki pancing juga. Walaupun hampir keseluruhan pantainya di penuhi cerucuk, ia bukan penghalang untuk pengunjung datang berkunjung. Sebab ada banyak tarikan & aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Depan laut. Belakangnya sawah padi. Hanya jalan kecil ni saja jadi pemisah.

Ban Pecah Tanjung Piandang
Banyak batu di Ban Pecah ni. Almaklumlah, tempatnya terdedah dengan hakisan laut.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Tak kira panas terik. Pulun nak ber-OOTD juga 😆.


Ban Pecah Tanjung Piandang
Malangnya tudung & rambut tak nak bagi kerjasama ya. Almaklumlah, angin laut kuat sangat 😂.


Pantai Ban Pecah


Ban Pecah ni kalau tak jelajah habis, sampai ke sudah korang tak tahu ada port mandi manda. Jadi, sampai di sini korang kena jelajah dari hujung persisiran pantai ke hujung persisiran pantai. Baru korang akan jumpa hidden gem di Ban Pecah ni. Di sebelah kanan persisiran pantai ada warung & bot-bot nelayan. Manakala di sebelah kiri persisiran pantai pula ada Pantai Ban Pecah.

 

Ban Pecah Tanjung Piandang
Baby crab & udang celup tepung memang murah dekat Pantai Ban Pecah. RM5 sahaja sepinggan 😋.

 

Walaupun hampir 80 peratus kawasan pesisiran Ban Pecah ni diliputi cerucuk. Namun, di penghujung Ban Pecah ni ada satu port yang sesuai untuk mandi-manda & beriadah bersama keluarga. Kawasannya pantainya tak adalah besar macam Teluk Batik & Teluk Senangin. Tapi, tempatnya sarat dengan pengunjung. Ada yang datang lepak-lepak & bermandi-manda. Tak kurang juga ada yang datang untuk jalan-jalan cari makan. Macam kitaorang laki bini especially-nya 😆!

Ogos 22, 2022

Innalillah & Al-fatihah Buat Tokwan

Kemarin, hari sabtu. Abah ada war-warkan dalam WhatsApp group yang tokwan kena demam panas. Katanya, tokwan dah uzur sangat. Ingatkan tak ada apa-apa. Tak sangka pula dalam lepas maghrib tokwan dah pergi tinggal kitaorang untuk selama-lamanya 😔. Asbab kena demam panas. 


Kemarin, mak & Sarah Deris sempatlah jumpa tokwan sekejap sebelum bergerak ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Masa tu diaorang dah dapat rasa yang arwah tokwan dah semakin nazak. Suaranya pun macam jauh ke dalam bila nak bercakap. Sebelum hembuskan nafas terakhir, mak kata tokwan sempat jamah roti & minum air secawan buat basahkan tekak - Sebak gila bila dengar diaorang cerita 😩.


WhatsApp group


Sebenarnya tokwan dah lama sakit & lumpuh separuh badan. Semua ni jadi lepas tokwan disahkan menghidap penyakit prostat. Dulu, tokwan bolehlah bertatih uruskan diri sendiri. Since 4 tahun lepas, tokwan tak boleh bangun-bangun dah. Kakinya keras & tak boleh menguit langsung. Masa tu, bergilir-gilirlah abah & adik beradiknya membela.



Kini tinggal kenangan


Jika dibandingkan dengan cucu-cucu arwah tok & tokwan yang lain. Kami anak-anak Pak Deris antara yang paling rapih (rapat). Mana tidaknya, dari kecil kami adik-beradik duduk di kampung bersama diaorang berdua. Bersekolah pun di sana juga. Jadi, kenangan manis tu memang banyak bersama. 


Family
Sebelah kanan arwah tokwan tu cucu kesayangan arwah tok 😌. 


Arwah tokwan  memang gila-gila orangnya. Selalu menyakat cucu & boleh dibawa melawak. Berbeza dengan arwah tok. Tok garang 😂. Tapi dalam garang-garang tu, cucu dia jangan dijentik. Paling dia sayang adik Syu yang nombor tiga. Walaupun cucunya tu cucu yang paling bingai 😅. 


Bila terkenang balik memori bersama memang bergenang air mata. Terlampau banyak. Baik dengan arwah tok mahupun arwah tokwan. Apa-apa pun alhamdulillah. Proses pengebumian arwah tokwan smooth saja perjalanannya. Cuaca pun elok Allah aturkan untuk arwah. Innalillah & al-fatihah buat arwah tok & juga tokwan. Semoga kedua rohnya tenang di sana 😔. Amin... 


Pengebumian

Ogos 20, 2022

Apa Khabar Tempat Kerja Baru?

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum korang. Pejam celik dah masuk pertengahan Ogos dah kita ya. Kerja di tempat baru pun dah hampir sebulan lebih. Entah confirm entah tidak. Harap-harap tak kena extend-lah hendaknya. Sebab memang dah buat sehabis baik dah ni 😂.



By the way, lama betul Syu tak bersiaran. Last entri pun cerita pasal kek kebun abah. Even balas komen & singgah blog rakan-rakan Blogger pun dah lama tak buat. Harap tak ada yang berkecil hati - Sumpah. Syu memang sibuk sangat! 😔

 

Think


Korang pun tahukan Syu baru tukar kerja. Agak risau juga sebenarnya kalau-kalau tempoh percubaan dilanjutkan tempohnya sampai ke enam bulan - Benda-benda macam inilah paling dirisaukan bila dalam tempoh probabation period 😔. Kalau boleh biarlah statusnya confirmed staff. Baru seronok sikit nak buat kerja. Almaklumlah, bila umur dah nak masuk level senja ni memang tak kuasa nak bercari & berpindah kerja bagai 😂. 

 

Lagipun, Syu dah mula selesa & dapat adapted dengan persekitaran kerja & staff-staf yang ada dekat sini. Walaupun pada awalnya agak awkward. Tapi, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Korang doa-doakanlah rezeki untuk Syu ya. Bukan apa, tengok orang lain dah confirmed, jealous pula rasa 😂!

 

 

Okey ke tempat kerja baru?


Sehingga ke hari ni, alhamdulillah. Masih belum terkucil lagi. Cuma masa mula-mula saja agak lost sikit. Almaklumlah, baru masuk tempat baru 😂. Banyak perkara yang nak kena di-digest. Dulu kerjanya ada kena mengena dengan construction. Kali ni lebih kepada manufacturing pula. Malah, sistem pengurusannya pun agak berbeza sedikit. Pada Syu ianya lebih teratur & tak ada kerja-kerja yang dibuat secara "underground" macam company yang sebelum ni 😅.



Dari segi skop kerja, apa yang Syu buat sekarang tak jauh beza pun dengan kerja-kerja yang Syu pernah buat sebelum-sebelum ni. Mostly, masih ada kena mengena dengan HR & admin. Jadi, bila HOD (Head of department) bagi kerja. Tak ada lah Syu terkejut sangat sebab Syu dah familiar 😁. Yang sayangnya, Syu dah tak sentuh dah kerja-kerja yang melibatkan pekerja asing. Yang itu ada HR Executive yang seorang lagi yang handled. Sedih! 😂

 

Inilah dia tangga kejayaan Syu setiap hari 😅. Kalau kekal membulat lagi tak tahulah. 


Sejujurnya, kerja di company ni kena banyak berjalan ke sana ke mari ya. Waima nak masuk kerja pun terpaksa mengucap panjang nak naik tangga - Paling perit lepas kenyang makan tengahari 😆. Jadi, untuk orang yang dah sedia-sedia berlemak macam Syu ni agak meranalah. Tapi, merananya sejenis merana yang sihat & baik. Pada Syu, tak menjadi masalah. Bukan apa, sambil kerja dapat juga Syu nyahkan segala lemak-lemak yang dah tepu & terlebih manja ni. 


Dulu meja menghadap pintu. Kali ni muka hadap amoi manis 😁❤️. 

Ogos 01, 2022

Kek Kebun Sayur Untuk Abah

Walaupun cuti hujung minggu agak terhad sejak Syu bertukar kerja. Tapi, masa bersama keluarga tetap nombor satu. Tak dengan encik suami. Semestinya dengan family members Pak Deris yang lain. Tak kiralah hujung minggu hari beristirehat sekalipun. Bila dapat luangkan masa dengan ahli keluarga. Tak berehat pun tak apa.



Semalam, semua adik beradik & ipar duai balik ke kampung celebrate hari lahir abah. Kalau ikutkan kemarin nak sambut hari lahirnya. Tapi, terpaksa postponed atas sebab tuntutan kerja. Walaupun agak lambat. Kami adik beradik tetap nak sambut juga. Dapat sambut ringkas-ringkas pun jadilah. Asalkan ada aktiviti bersama yang tersayang.

 


Kek tema kebun sayur


Birthday celebration abah kali ni luar biasa sikit tema keknya. Memang dekat sungguh dengan kehijauan. Selalu kek simple tema bunga-bunga. Kali ni tema keknya ala-ala petani berjaya gitu 😂. Almaklumlah, sejak dah pencen. Abah sibuk menyesohkan kebun dia. Jadi, tema kek kebun tu memang kena sangatlah dengan jiwa abah.


Kek kebun sayur
Tengoklah! Comel sangat keknya. Nak makan pun sayang 😅.


Abah kata kalau letak sebiji buldozer dekat tengah kebun tu lagi nampak padu katanya 😂.

 

Apa-apa pun terima kasih pada adik ipar Syu. Pandai dia pilih tema. Keknya pun boleh tahan sedap juga 😋. Tak tahu berapa harga kek ni. Mesti mahal. Lagipun bukan mudah nak gentel sayur tu sebiji-sebiji. Syu dengar cerita, dekat 3 hari juga tukang buat kek memerah otak nak hasilkan kek kebun sayur 😅.


Tok wan excited nak potong kek. Tapi tak boleh lawan excited hero-hero dekat kiri kanan dia.


Masing-masing tengah sedaya upaya menahan sabar. Almaklumlah mak bapanya sibuk nak ambil gambar.

 

Masa ni semua hero-hero dah tak boleh tahan. Geram tengok sayur-sayur dekat kek tu dari tadi 😆.