Apa Khabar Tempat Kerja Baru?

Ogos 20, 2022

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum korang. Pejam celik dah masuk pertengahan Ogos dah kita ya. Kerja di tempat baru pun dah hampir sebulan lebih. Entah confirm entah tidak. Harap-harap tak kena extend-lah hendaknya. Sebab memang dah buat sehabis baik dah ni 😂. By the way, lama betul Syu tak bersiaran. Last entri pun cerita pasal kek kebun abah. Even balas komen & singgah blog rakan-rakan Blogger pun dah lama tak buat. Harap tak ada yang berkecil hati - Sumpah. Syu memang sibuk sangat! 😔

 

Think


Korang pun tahukan Syu baru tukar kerja. Agak risau juga sebenarnya kalau-kalau tempoh percubaan dilanjutkan tempohnya sampai ke enam bulan - Benda-benda macam inilah paling dirisaukan bila dalam tempoh probabation period 😔. Kalau boleh biarlah statusnya confirmed staff. Baru seronok sikit nak buat kerja. Almaklumlah, bila umur dah nak masuk level senja ni memang tak kuasa nak bercari & berpindah kerja bagai 😂. 

 

Lagipun, Syu dah mula selesa & dapat adapted dengan persekitaran kerja & staff-staf yang ada dekat sini. Walaupun pada awalnya agak awkward. Tapi, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Korang doa-doakanlah rezeki untuk Syu ya. Bukan apa, tengok orang lain dah confirmed, jealous pula rasa 😂!

 

 

Okey ke tempat kerja baru?


Sehingga ke hari ni, alhamdulillah. Masih belum terkucil lagi. Cuma masa mula-mula saja agak lost sikit. Almaklumlah, baru masuk tempat baru 😂. Banyak perkara yang nak kena di-digest. Dulu kerjanya ada kena mengena dengan construction. Kali ni lebih kepada manufacturing pula. Malah, sistem pengurusannya pun agak berbeza sedikit. Pada Syu ianya lebih teratur & tak ada kerja-kerja yang dibuat secara "underground" macam company yang sebelum ni 😅.

 

Dari segi skop kerja, apa yang Syu buat sekarang tak jauh beza pun dengan kerja-kerja yang Syu pernah buat sebelum-sebelum ni. Mostly, masih ada kena mengena dengan HR & admin. Jadi, bila HOD (Head of department) bagi kerja. Tak ada lah Syu terkejut sangat sebab Syu dah familiar 😁. Yang sayangnya, Syu dah tak sentuh dah kerja-kerja yang melibatkan pekerja asing. Yang itu ada HR Executive yang seorang lagi yang handled. Sedih! 😂

 

Inilah dia tangga kejayaan Syu setiap hari 😅. Kalau kekal membulat lagi tak tahulah. 


Sejujurnya, kerja di company ni kena banyak berjalan ke sana ke mari ya. Waima nak masuk kerja pun terpaksa mengucap panjang nak naik tangga - Paling perit lepas kenyang makan tengahari 😆. Jadi, untuk orang yang dah sedia-sedia berlemak macam Syu ni agak meranalah. Tapi, merananya sejenis merana yang sihat & baik. Pada Syu, tak menjadi masalah. Bukan apa, sambil kerja dapat juga Syu nyahkan segala lemak-lemak yang dah tepu & terlebih manja ni. 


Dulu meja menghadap pintu. Kali ni muka hadap amoi manis 😁❤️. 

Comments

  1. Semoga selesa bekerja di empat baru

    BalasPadam
  2. welcome bak kak. Semoga tempat kerja baru memberi ketenangan. 😊

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dapat tempat kerja yang lebih baik..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!