Ogos 23, 2024

Alhamdulillah Abah Okay!

Alhamdulillah. Abah okay! Kemoterapinya berjalan lancar. Cuma abah tak boleh gerak-gerak sangat pasal tube (Cannula) tu masih ada dekat dalam badan abah lagi.


Doktor cakap bacaan blood pressure abah tinggi. So, belum boleh cabut lagi tube-nya. Even lepas dh cabut sekalipun, abah kena baring lagi 3 jam untuk elakkan bleeding.


Chemotherapy
Abah okay. Cuma doktor tak bergerak-gerak.


Overall, condition abah okay & masih dalam pemantauan. Doktor cakap abah boleh makan macam biasa. Cuma belum boleh duduk & bergerak macam biasa. Apa-apa pun alhamdulillah. Syukur pada Allah. Mungkin esok abah dah boleh discharge.

Ogos 22, 2024

Daftar Abah Masuk Wad Hospital Selayang

Family
Snap gambar sebelum gerak ke Hospital Selayang.


Siang tadi pergi ke Hospital Selayang untuk setelkan hal abah masuk wad. Pasalnya esok abah nak kena buat kemoterapi. Kalau ikutkan abah sepatutnya dijadualkan masuk wad pukul 8 pagi. Disebabkan tak ada katil kosong. Terpaksalah abah tunggu sekejap di ruangan menunggu - Dalam pukul 2.30 petang baru abah dapat katil. Sampai terlelaplah abah dibuatnya 🥹.


Breakfast
Setel pendaftaran kitaorang semua isi tangki dulu dekat kafe.


Sementara nak tunggu abah dapat katil. Sambil-sambil tu Syu setelkan pendaftaran tempat tinggal mak di Anjung Kasih. At least dapatlah mak berehat juga masa jaga abah di hospital nanti. Lagipun Syu sendiri pun tak pasti bila abah boleh discharge. Pasalnya doktor & nurse pun tak ada cakap apa-apa. 


Apa-apa pun, Syu berdoa sangat agar semuanya berjalan lancar esok. Harap abah kuat sepanjang proses kemoterapi tu nanti. Abah kena kuat tau abah! Anak cucu abah semua tunggu abah balik kat kampung nun 🫂💕. 

Ogos 10, 2024

Simple Breakfast 😗

Breakfast
Telur separuh masak ni kadang-kadang susah juga nak buat. Pagi ni elok pula kejadian dia 😅.


Salam hujung minggu korang! Pagi ni makan breakfast lite-lite jer sebelum masuk kerja. Ada telur separuh masak, kurma tepek cheese Salim & air kopi Moccona kosong secawan 😁. Jadilah buat lapik perut. Ini pun kenyang ni. Selalu Syu jarang makan breakfast. Pagi ni ada kerajinan sikit. Korang dah breakfast ke tu?😗


Dessert
Stock kurma bulan puasa hari tu 😂. Dalam peti ais ada lagi 2 kotak tak makan.


Ogos 05, 2024

4 Kali Submit Baru Lepas!

Alhamdulillah. Malam tadi, selesai urusan tandatangan letter of offer dengan Hong Leong Bank - Letter of offer ni surat tawaran pinjaman dari bank. Surat ni kita akan tandatangan selepas loan lulus & sebelum tandatangan perjanjian jual beli (S&P). Nak tunggu Rumah Perakku memang bercintalah jawabnya.


Takkan selamanya nak jadi calon simpanan kan? Memang lambatlah. Kena pula sekarang ni harga rumah makin lama makin naik. So, nak tak nak terpaksalah usaha sendiri cari rumah subsale yang murah-murah. Jadilah, buat tempat berteduh sebelum nak "tutup mata" 😅.

 

Pinjaman loan perumahan
Kusyuk dengar explanation. Sampai tak sedar ada orang snap gambar 😂.

 

Apa-apa pun, terima kasih banyak Syu ucapkan pada Encik Umarul & Puan Amalina sebab sudi tolong setelkan urusan pinjaman perumahan Syu dengan Hong Leong Bank. Banyak kali juga loan Syu kena rejected dengan bank sebenarnya. Tak sangka. Cubaan kali ke-4 baru berhasil 😁. Bukan senang bank nak bagi lepas. Tambah-tambah bila apply full loan.



Sekarang ni tinggal nak setelkan S&P agreement dengan lawyer pula. Kalau tak ada aral melintang. Insyaallah, dalam bulan Oktober Syu mungkin akan pindah masuk ke rumah baru. Harap semuanya berjalan lancar. Nanti ada masa, Syu spill gambar rumah yang Syu beli & cerita sikit pengalaman Syu beli rumah direct dari owner.