Ogos 01, 2018
Cantikkan Blog Guna CANVA

Alhamdulillah. Selesai refresh Syu punya blog. Kali terakhir sentuh blog ni pun masa tahun 2012. Agak sadis templatnya masa tu ya. Baru sekarang ni Syu ade masa & kelapangan untuk berjinak-jinak balik dengan blog yang dah sekian lama basi ni. Syu bukan apa, saja nak share sikit pada newbies sumber-sumber rujukkan yang Syu gunakan masa nak touch up semula Syu punya blog ni.
Lepas pulun cedok ilmu sana sini. Maka terhasilah blog yang pinkish bersalju ni - Dah tak pakai dah theme blognya 😁. Itu pun still belum habis study lagi tau. Banyak yang Syu nak kena belajar lagi. Almaklum lah, Syu memang tak pernah belajar pasal goreng-goreng kod html & CSS ni. Kalau goreng exam paper mungkin boleh lagi 😁!! Kod html & CSS ni kalau tersalah goreng, caca merba blog dibuatnya.
Untuk blog syu yang terbaru ni, Syu banyak rujuk tutorial dari BLOG CIK NURFARAH sebagai reference & selebihnyer ada jugak sumber dari youtube & blogger-blogger yang lain. Setakat ni la kan Kat dalam blog Sis Farah ni ada 146 tutorial yang sememangnye informative untuk korang tambah segala macam mak nenek punya widget yang sememangnya boleh diapplikasikan bagi mencantikkan korang punya blog. Mungkin version blog yang Sis Farah gunakan sebelum ni agak berbeza, tapi ade certain tutorial dia kite still boleh gunakan sebagai panduan.
Kalau korang nak tahu, Syu sebenarnya suka bunga-bunga 😂! Itu pasal kalau korang tengok Syu punya blog memang nauzubillah!! berbunga2 siap bersalji-salji bagai macam kat Taman Astakona nun😂. Untuk bagi blog korang nampak kemas, elegan & nampak macam acah-acah pro. Jadi, Syu sarankan korang gunakan CANVA.
😍Tadaaaaa.....Ni salah satu infografik yang Syu buat menggunakan Canva, cantek tak? |
Sejujurnya, Canva ni lagi senang nak digunakan berbanding PHOTOSHOP & Adobe Illustrator (AI). Korang boleh buat macam-macam cover, slideshow, resume, infographic, banner, ads & macam-macam lagi!! Template semua dah ada, just add, drag & adjust ikut citarasa korang. Tapi make sure korang sign up dulu tau!! If not. Faham-faham sajalah. Sampai kesudah korang memang tak dapat guna😆. Last but not least, credit to Sis Farah sebab sudi berkongsi banyak tutorial blog yang sememangnye AWESOME!! Thank you for your sharing 😊.
Mac 18, 2018
New Chapter Begin!!
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭHai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.[QS. Al Hujuraat (49):13]
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍSemoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan[Riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah]
![]() |
Dah jadi laki bini pon tetap suka spoilkan gambar😂. Sorry lah abang cameraman. Mesti berkicap dia nak cari angle amik gambar kahwin kitorang. |
FAMILY & FRIENDS BELAH SYU
Ni lah dia heroin-heroin keluarga Pak Derih!!😆 |
Yang depan tu hero-hero family Pak Derih😅. Pak Derih yang dok angkat tangan nun. |
KIRI: Geng jimba-jimba mase zaman study dedulu. KANAN: Geng main pondok-pondok kat umah tok. |
Next round,family ni pulak bakal bergabung dengan family Pak Derih😆. |
Ni kazen mazen Syu. Belah abah Syu jugak. Belah mak tak tau mana hala😅 (Jap,korek gambar lagi!!kot-kot ada jumpa) |
![]() |
Hah, yang ni baru sedara belah mak. Ni jer sempat cameraman snap.Yang lain tak sempat nak ambik sebab sibuk sangat membawang!!😆 |
FAMILY & FRIENDS BELAH SUAMI
Ni lah ayah mertua Syu. Orang panggil dia Cikgu Mat. |
👉NAK TENGOK GAMBAR LAGI!!
Disember 19, 2015
Aku & The Road Not Taken
Busuk-busuk ada setahun lebih jugalah Syu bertapak kat kedai baja ni sebagai kerani jualan. Kalau korang nak tau, perjalanan carrier Syu lepas habis ijazah sememangnya tak seindah macam korang graduan-graduan yang kat luar sana. Macam korang mungkin keluar-keluar ada yang terus dapat kerja yang gajinya masyuk, siap lepas tu boleh beli kereta & setelkan hutang pengajian bagai. Mungkin tu rezeki korang. Syu tak salahkan siapa-siapa.
Cuma dalam situasi Syu ianya tak sama, lepas graduation memang dikira titik permulaan zaman kejatuhan & zaman gelap Syu. Macam-macam dugaan jugaklah Syu terpaksa hadap. Dugaan yang paling berat Syu kena tempuh masa tu bila mana mak ngan abah Syu berpisah. Nak tak nak, Syu terpaksa korbankan masa & tenaga Syu untuk kekal bersama mak & adik-adik supaya diorang terus bersemangat untuk tempuhi ujian tu.
PERJALANAN HIDUP TAK BERAPA NAK CANTIK || Bukanlah Syu nak merungut mahupun bersungut tentang qada' & qadar Allah S.W.T. Cuma kat sini Syu rasa macam perjalannya agak kurang cantik & kurang sedap untuk dilalui macam orang lain. Laluan mungkin nampak cantik tapi perjalanan tu macam perit sikit nak ditempuh. Macam puisi si Robert Frost ni. Nak pilih dua-dua tak dapat , tak pilih nanti tak kena, udah pilih pon tetap ada yang tak kena. Aduhai...Ni nama dia kita merancang, Allah yang tentukan. Baik perjalanan ada hikmah. Buruk perjalanan pon ada hikmah.
Korang bayangkan, lepas graduate dua tahun lepas macam-macam problems muncul dalam kehidupan Syu. Dah dapat kerja helok jawatan sedap, kena mentally torture pulak dengan boss...siap kene fitnah bagai. Padahal bukan dengan orang lain, bangsa kita sendiri pulak tu. Sedihkan?? Syu pulak jenis malas nak layan orang yang hati busuk macam tu. So, Syu just ignore kan jer. Tapi itulah... korang rasa manusia macam itu nak duduk diam ke??😏. Memang taklah kan. Even lepas Syu dah resigned pon still nak busukkan nama Syu dekat famili. Tapi, nasib baik Syu & famili bukan orang yang jenisnya cepat melatah.
JADI HILANG KEYAKINAN DIRI || Lepas letak jawatan dari syarikat malaun tu, Syu sedar yang Syu jadi kurang berani & kurang yakin nak mohon mana-mana kerja dekat syarikat yang besar-besar. Jadi macam trauma sekejap nak recover tu. Korang nak tau Syu kerja apa lepastu??😂Tukang dobi weyhhh...Ada dalam 1 tahun jugalah buat kerja yang buka-buka hala tu. Pastu tukar kerja pula jadi kerani jualan baja sampailah ke hari ni dengan gaji RM900 sebulan - Standard gaji budak level SPM.
Tapi apakan daya, hadap sahajalah. Tak kerja mana nak cekau duit. Dengan nak bayar hutang PTPTN lagi. Takkan nak harap abah Syu tolong?? Memang taklah. Sebab masa tu dia memang tak perkesah dah dengan anak-anak dia sebab dia dah ada famili baru. Waima nak jumpa minta duit nafkah bulanan pun jumpa dekat tepi jalan jer 😞 - Rasa macam dianak tirikan pun ada.
SILAP DI MANA? || Kadang tu kan ada juga Syu terpikir. Dekat manalah silap Syu sebenarnya. Belajar dah tinggi dah sampai ke menara gading nun. Tapi kerja?? Alahai. Entah bukan-bukan hala kerjanya. Apply kerja yang helok-helok semedang ajer tak lekat-lekat. Kerja government? Dekat berpuluh kali mohon tak dapat-dapat. Sampai dah give up nak mohon. Nak mohon kerja jauh-jauh kesian dekat mak & adik-adik sebab masa tu memang diorang perlukan Syu sangat-sangat.
Ingat lepas graduated, bolehlah jadi pegawai ke ape ke kan? Hurm...sampai kesudah tak ada. Agaknya, sampai bila lah gamaknya Syu nak kena kerja jadi kerani baja ni eak?? Syu dah pilih untuk sambung belajar. Tapi endingnya macam ni. Syu pun dah pilih untuk hidup bahagia dengan family tapi pengakhirannya Allah dah tulis macam ni. So, apa lagi Syu boleh buat?? Hadap jelah sampai ke sudah 😂. Apa Syu boleh cakap, puisi si Robert Frost ni macam kena pula dengan diri sendiri. Tambah-tambah yang part hujung tu 😅.
THE ROAD NOT TAKEN
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
-Robert Frost-
Disember 06, 2014
Hari Bila Mana Aku Mula Berblog

See the heading???😆. Serious weh..... Actually, Syu dah lame pasang niat nak bukak Blog. Tapi jari jemari bulus ni tersangat lah malas nak hadap PC and keyboard. At last, at the age of 24, baru la ada keinginan nak create blog 😂. Tapi blog ni just for fun jer!! Sekadar tempat untuk merepek, merapu meraban & meluahkan perasaan. Starting ni...biase lah....Syu taklah telampau addicted sangat nak memblogger ni...just cuba-cuba jer sebab dah bosan sangat kat tempat keje sampai tak tahu nak buat ape.
Apa-apa pun, tahniah kepada diri sendiri!!👏1st time ever kot buat blog. Masa mula-mula tu memang agak merangkaklah juga nak menulis. Almaklumlah, memang Syu ke laut sikit dalam bab-bab blogging ni,. Tambah-tambah nak menghadap html & CSS bagai 😅. Perit bukan kepalang nak memikir pasal kod-kod ni. Senang cerita memang jenis tak celik langsunglah dengan benda-benda cenggini ni.
Bosan yakmat!! Cepatlah pukul 5...nak balik!! 😂 |
Okay korang. Syu nak sambung keje balek. Nanti tak pasal-pasal kene maki sekarung dengan boss. Yelah, kita kerja dengan orang ni kadang-kadang ada jer point diorang cari untuk terminate kita. So, sebelum diorang tutup periuk nasi Syu, better Syu stop sekejap. Nanti-nanti boleh sambung berblog lagi yedak?😘