Aku & The Road Not Taken

Disember 19, 2015

Busuk-busuk ada setahun lebih jugalah Syu bertapak kat kedai baja ni sebagai kerani jualan. Kalau korang nak tau, perjalanan carrier Syu lepas habis ijazah sememangnya tak seindah macam korang graduan-graduan yang kat luar sana. Macam korang mungkin keluar-keluar ada yang terus dapat kerja yang gajinya masyuk, siap lepas tu boleh beli kereta & setelkan hutang pengajian bagai. Mungkin tu rezeki korang. Syu tak salahkan siapa-siapa.


Cuma dalam situasi Syu ianya tak sama, lepas graduation memang dikira titik permulaan zaman kejatuhan & zaman gelap Syu. Macam-macam dugaan jugaklah Syu terpaksa hadap. Dugaan yang paling berat Syu kena tempuh masa tu bila mana mak ngan abah Syu berpisah. Nak tak nak, Syu terpaksa korbankan masa & tenaga Syu untuk kekal bersama mak & adik-adik supaya diorang terus bersemangat untuk tempuhi ujian tu. 



PERJALANAN HIDUP TAK BERAPA NAK CANTIK || Bukanlah Syu nak merungut mahupun bersungut tentang qada' & qadar Allah S.W.T. Cuma kat sini Syu rasa macam perjalannya agak kurang cantik & kurang sedap untuk dilalui macam orang lain. Laluan mungkin nampak cantik tapi perjalanan tu macam perit sikit nak ditempuh. Macam puisi si Robert Frost ni. Nak pilih dua-dua tak dapat , tak pilih nanti tak kena, udah pilih pon tetap ada yang tak kena. Aduhai...Ni nama dia kita merancang, Allah yang tentukan. Baik perjalanan ada hikmah. Buruk perjalanan pon ada hikmah.


Korang bayangkan, lepas graduate dua tahun lepas macam-macam problems muncul dalam kehidupan Syu. Dah dapat kerja helok jawatan sedap, kena mentally torture pulak dengan boss...siap kene fitnah bagai. Padahal bukan dengan orang lain, bangsa kita sendiri pulak tu. Sedihkan?? Syu pulak jenis malas nak layan orang yang hati busuk macam tu. So, Syu just ignore kan jer. Tapi itulah... korang rasa manusia macam itu nak duduk diam ke??😏. Memang taklah kan. Even lepas Syu dah resigned pon still nak busukkan nama Syu dekat famili. Tapi, nasib baik Syu & famili bukan orang yang jenisnya cepat melatah.


Pantai


JADI HILANG KEYAKINAN DIRI || Lepas letak jawatan dari syarikat malaun tu, Syu sedar yang Syu jadi kurang berani & kurang yakin nak mohon mana-mana kerja dekat syarikat yang besar-besar. Jadi macam trauma sekejap nak recover tu. Korang nak tau Syu kerja apa lepastu??😂Tukang dobi weyhhh...Ada dalam 1 tahun jugalah buat kerja yang buka-buka hala tu. Pastu tukar kerja pula jadi kerani jualan baja sampailah ke hari ni dengan gaji RM900 sebulan - Standard gaji budak level SPM.


Tapi apakan daya, hadap sahajalah. Tak kerja mana nak cekau duit. Dengan nak bayar hutang PTPTN lagi. Takkan nak harap abah Syu tolong?? Memang taklah. Sebab masa tu dia memang tak perkesah dah dengan anak-anak dia sebab dia dah ada famili baru. Waima nak jumpa minta duit nafkah bulanan pun jumpa dekat tepi jalan jer 😞 - Rasa macam dianak tirikan pun ada.



SILAP DI MANA? || Kadang tu kan ada juga Syu terpikir. Dekat manalah silap Syu sebenarnya. Belajar dah tinggi dah sampai ke menara gading nun. Tapi kerja?? Alahai. Entah bukan-bukan hala kerjanya. Apply kerja yang helok-helok semedang ajer tak lekat-lekat. Kerja government? Dekat berpuluh kali mohon tak dapat-dapat. Sampai dah give up nak mohon. Nak mohon kerja jauh-jauh kesian dekat mak & adik-adik sebab masa tu memang diorang perlukan Syu sangat-sangat.


Ingat lepas graduated, bolehlah jadi pegawai ke ape ke kan? Hurm...sampai kesudah tak ada. Agaknya, sampai bila lah gamaknya Syu nak kena kerja jadi kerani baja ni eak?? Syu dah pilih untuk sambung belajar. Tapi endingnya macam ni. Syu pun dah pilih untuk hidup bahagia dengan family tapi pengakhirannya Allah dah tulis macam ni. So, apa lagi Syu boleh buat?? Hadap jelah sampai ke sudah 😂. Apa Syu boleh cakap, puisi si Robert Frost ni macam kena pula dengan diri sendiri. Tambah-tambah yang part hujung tu 😅.


THE ROAD NOT TAKEN


Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.



-Robert Frost-


Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!