Ogos 10, 2021

Lengkap Divaksin, Adakah Sudah Cukup Kebal?

Strong
Vaksin


Kemarin kita dapat perkhabaran berita gembira dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat semua rakyat Malaysia, khususnya pada mereka yang telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin. Tak kiralah apa jenis vaksin Covid-19 sekalipun yang dah diterima, asalkan ianya menepati standard-standard kelonggaran yang dah ditetapkan. Dengar cerita kelonggaran ni berkuatkuasa pada hari ni (10 Ogos 2021). 

Walabagaimanapun, ada jugak yang menolak kelonggaran ni dilaksanakan. Sejak semalam Persatuan Perubatan Malaysia menggesa kerajaan menangguh kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada mereka yang dah lengkap divaksin buat sementara waktu. Sebab diorang merasakan yang kelonggaran tu tak cukup selamat & terlalu awal untuk diberikan. Malah, kelonggaran yang diberikan tak ada sokongan bukti saintifik yang boleh membuktikan vaksin ni betul-betul 100% berkesan.

Press statement

Syu rasa ada relevannya jugak permintaan MMA ni sebab majoriti ahli MMA terdiri dari kalangan doktor & sudah semestinya diorang dah sedia-sedia tahu & berpengalaman dalam bidang perubatan ni. Diorang merasakan yang kelonggaran ni agak terlalu awal untuk diberikan sebab kadar vaksin di Malaysia ni masih belum mencecah 50% jika dibandingkan dengan negara jiran kita Singapore.

Setakat kemarin, hanya 28.3% (9,048,634) rakyat Malaysia sahaja yang dah lengkap divaksin kedua-dua dos & sekurang-kurangnya 50%(15,959, 596) masih menunggu untuk menerima suntikan vaksin dos kedua. Selebihnya pulak masih menunggu panggilan untuk divaksin. 

Kita yang dah lengkap di vaksin ni mungkin terlindung dari jangkitan Covid-19 ni, tapi macam mana pulak dengan diorang yang belum divaksin? Ada kebarangkalian tak untuk diorang tak dijangkiti? Ada kemungkinan tak yang kita (lengkap divaksin) ni tak jadi pembawa? Banyak persoalan yang kena dijawab kat sini.


Lengkap 2 dos belum tentu terkecuali dari Covid-19


Syu ambik iktibar daripada apa yang jadi pada keluar adik ipar Syu pun dah cukup. Ayah adik ipar Syu ni kalau diikutkan dah lengkap terima dua dos vaksin. Tapi malangnya, dia terkena jangkitan Covid-19 lepas anak dia balik masa Raya Haji hari tu. Masa tu anak dia baru lepas ambik vaksin dos pertama & tak di sangka-sangka jadi pembawa virus Covid-19 pada ayah dia. Pada awalnya, takde alami apa-apa simptom. Tapi selepas beberapa hari, kena demam. Demamnya pulak tak reti-reti nak kebah. Lepas buat Covid test, result positive. Sudahnya kena angkut dengan KKM ke Hospital Manjung. Sekarang ni, adik ipar Syu pulak yang kena jangkitan. 

Covid-19
Gambar ni adik ipar Syu ambik minggu lepas. Walaupun, dah lengkap terima dua dos vaksin, tapi tetap tak terlepas dari kena jangkitan. 


Dari sini Syu nampak yang vaksin ni belum tentu dapat menjanjikan keberkesanan 100% dari terkena jangkitan Covid-19 ni. Kita kena ingat, lengkap dua dos vaksin macam mana sekalipun pun, bukan bermakna kita semua dah cukup kebal dengan virus Covid-19. Tambah-tambah bila dimaklumkan sekarang ni dah muncul variant baru yang lebih dasyat iaitu varian Lambda. 

Memang betul abah PM dah bagi kita "green light", tapi kita kena beringat.  Segala Standard Operation Procedures (SOP) & kawalan kendiri kena diamalkan (Amal 3W, elakkan 3S) setiap masa. Bukan apa, misal kata terkena jangkitan (Nauzubillah), abah PM tak ada sekali dengan kita tau masa dekat wad 😔. Yang ada masa tu nanti semua petugas-petugas hadapan yang tak berapa nak didendangkan tu. Kesian tau dekat diorang.

Jadi, beringat-ingatlah. Dapat vaksin lengkap belum tentu menjamin kita ni dah cukup kebal. Dekat consent form masa korang isi dekat Pusat Pemberian Vaksin(PPV) pun ada mentioned. Renung-renungkanlah yer. Harap kes harian Covid-19 tak mencanak-canak naik dengan kelonggaran yang dah diberikan ni. 

Salam Awal Muharram

 

Maal Hijrah

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum. Di kesempatan ni Syu nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakan-rakan blogger Syu. Semoga tahun ini lebih baik perjalanannya berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni. Di harapkan juga semoga Allah angkat & lenyapkan segala bala & wabak yang di uji kepada kita semua. Amin ya rabbal al-amin. 

Ogos 09, 2021

Pemergian Yang Tak Diduga

Siti Sarah Raisudin

Sebenarnya Syu masih lagi terkejut dengan perkhabaran ni. Tapi, apalah daya kita sebagai manusia biasa ni kan. Perancangan Allah lagi Maha Hebat daripada apa yang kita sangka kan. Sememangnya, dugaan ni amat berat buat Shuib. Harap dia tabah hadapi ujian ni bersama anak-anak.


Buat arwah Siti Sarah, semoga rohnya dicucuri rahmat & di tempat dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah buat arwah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

 



Ogos 08, 2021

LCD Screen Laptop Udah Mintak Nyawa

Laptop
LCD screen burst
So, inilah hakikatnya yang Syu kena hadap hari-hari  yer kawan-kawan 😂.

Actually, laptop yang Syu pakai ni dah lama dah Syu beli. Since dari 2011 lagi. Sebelum ni Syu ada pakai satu laptop brand Acer. Tapi banyak sangat masalah. Salah satunya, cepat sangat panas. Even dah pakai cooling fan pun masih tak dapat nak sejukkan laptop Acer Syu tu. Korang bayangkanlah, laptop Acer Syu tu sampai terkepak dua gara-gara terlampau panas 😆. Lepas jer laptop tu arwah, Syu beli laptop Asus (K42JC) ni sebagai pengganti. Itupun atas nasihat kawan Syu. Dia kata brand Asus ni okey & tahan panas. Kalau bukak lama macam mana pun tak akan jahanam compare dengan laptop brand Acer. Tapi sekarang ni Syu tak tahu lah laptop brand Acer masih macam dulu lagi atau pun tak 😁. Sebab bila dah bekerja ni, memang tak ambik port sangat dah pasal update terkini laptop & komputer.

Jenuh nak tatap hari-hari. Tapi hadap jelah 😂.

Tengoklah, betapa sadisnya screen  laptop Syu ni😂 . Punya lama betul dia berkhidmat sampai dah pecah-pecah dah screen. Body alhamdulillah tak ada cacat cela. Cuma ada calar-calar sikit tu biasalah. Calar-calar manja. Laptop ni kalau setakat nak taip surat, apply kerja, berblog & main game ringan-ringan tu boleh lah sikit-sikit. Kalau lebih dari tu mungkin tak mampu agaknya sebab banyak jugak software yang dah tak support dalam laptop Syu ni. Tengoklah, sekarang dah era 2020 dah.  Laptop Syu masih lagi dok pakai Windows 7. Tak tahulah boleh upgrade ke Windows 10 ataupun tak . Yang pastinya, banyak software laptop Syu dah tak berapa nak berfungsi dengan betul. 

Check computer installation date
Kalau korang nak tahu, sampai ke hari ni Syu tak pernah format walau sekalipun laptop ni. Kiranya, sepanjang  10 tahun Syu pakai, laptop ni tak pernah buat perangai. Cuma sejak akhir-akhir ni screen LCD Syu semakin hari semakin nazak untuk ditatapi & semakin jugak mintak untuk diratapi 😂. Nampak gayanya terpaksalah keluar duit sikit untuk tukar screen laptop Syu. Nak beli laptop baru makan modal jugak. Tambah-tambah sejak PDPR & class online  mula sejak pandemik melanda. Segala barang-barang  komputer semua naik harga. Disebabkan ada demand. Macam printer contohnya. Dulu dalam RM300 ke bawah masih gagah lagi nak beli  printer. Sekarang ni harga printer memang harga Yahudi sungguh. Kebanyakkannya semua RM300 ke atas. Actually, Syu ada lah jugak pasang angan-angan nak beli printer. Tapi bila dah tengok harga macam tu rupa. Ada baiknya Syu hold dulu niat Syu tu. 

[ Note: Tahniah buat Dato' Jijul kita sebab berjaya meraih pingat perak dalam acara Kirin lelaki di Olimpik Tokyo 2020. Walaupun, tak menang pingat emas, tapi beliau dah buat yang terbaik untuk sampai ke peringkat akhir. Syabas Dato' Jijul!! Tak menang pun kita tetap sokong 😉💕.]