April 01, 2022
Amalan Minum Air Ketika Bersahur
Tekak berasa haus antara cabaran utama ketika berpuasa. Tapi, perlu ke kita minum air banyak-banyak semasa bersahur supaya kita tak kehausan sepanjang hari ketika kita berpuasa 🤔? Ini amalan minum air ketika bersahur yang Syu bakal kongsikan dengan korang.
Badan kita ni tak dicipta khas macam unta padang pasir. Badan unta boleh simpan air pada bonggol. Hakikatnya badan kita ni tak ada tangki langsung untuk simpan air untuk kegunaan masa depan. Yang ada cuma tangki untuk simpan air kencing sahaja. Itu pun airnya bakal dibuang dari badan bila-bila masa especially bila tangki dah penuh 🤭.
![]() |
| Haus chor bulan-bulan puasa ni! 😁 - SUMBER FOTO : Google |
Jadi, semasa bersahur kita perlu minum dengan cara yang berhemah supaya kita tak cepat haus & kekal terhidrasi sepanjang menghadapi bulan Ramadhan. Tak perlu minum sampai bergelen-gelen air ketika bersahur, sebab "the more water you drink, lagi cepat your body akan flush air itu semula" - Kevin Zahri.
Cukup sekadar airnya cukup-cukup untuk diminum & memenuhi keperluan badan. Takkan korang nak minum air sampai terkencing-kencing masa sahur kan? Makin bertambah cepatlah korang akan terkena dehydration nanti. Sebenarnya 3 cawan air bersaiz sederhana sudah memadai untuk dikonsum ketika bersahur.
Air apa patut minum?
Semasa bersahur, amalkan minum air kosong (sejuk/suam) & sedikit air manis yang boleh menahan perut dari cepat haus & lapar. 2 jenis air ni bagus untuk diamalkan ketika bersahur. Tapi sebaiknya, lebihkan air kosong.
Misal kata korang minum air manis, sulamkan juga dengan air kosong. Bukan apa, air manis ni cepat menghauskan tekak. Walaubagaimanapun, ia bagus untuk membekalkan tenaga ketika berpuasa seharian - Cth : Milo & Horlicks.
Paling terbaik untuk diamalkan ketika bulan Ramadhan adalah air nabes. Malam sebelum bersahur, rendamkan kurma 3 biji dalam segelas air suam/kosong. Biarkan semalaman. Kemudian esoknya minum semasa bersahur. Insyaallah. Korang akan kekal terhidrasi sepanjang hari.
Mac 31, 2022
Apa Ada Dalam Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia?

Balik kerja semalam ada dapat bingkisan dari Pos Malaysia. Berbalut plastik hitam. Fragile ditulisnya dekat luar kotak. Terkejut juga masa dapat bungkusan ni. Setahu Syu, tahun ni mana ada menang apa-apa giveaway pun 😅. Jadi agak tertanya-tanya juga sebenarnya pasal bungkusan hitam ni.
Dalam hati dah terfikir pasal PIN Google Adsense yang tak kunjung-kunjung tiba tu. Tapi tak kan lah besar sangat bungkusannya. Benda nombor pin jer kot. Bila buka bungkusan, ingatkan apa bendalah. Rupa-rupanya Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Keluarga Malaysia. Korang ada dapat tak?
Seingat Syu, Kak SA pun ada buat entri pasal kit PPC ni. Tapi tak ingat bila. Dengar cerita PPC ni diberikan khas buat 3.6 juta keluarga Malaysia yang terdiri dari golongan B40 secara PERCUMA. Ianya telah mula diedarkan seluruh negara secara berperingkat mulai September 2021 tahun lepas. Tapi, kalau tak silap Syu, orang kerja gomen pun dapat juga kit PPC ni.
Bagi Syu, tak kisahlah golongan kategori apa sekalipun yang dapat kit PPC ni. Tapi, kalau orang dah bagi. Rembat sajalah. Nak buat apa dipanjang-panjangkan cerita kan. Dah ada senang. Tak gaduh nak berbeli dah 😁. Apa-apa pun. Terima kasih kepada yang memberi.
Isi kandungan PPC
Kalau korang nak tahu, di dalam kit PPC ni ada diberikan :
- 4 x Kit ujian kendiri Covid-19 - Rapid antigen test
- 4️ x Pelitup muka (Washable) - Ada slogan #Keluarga Malaysia
- 1️ x Oximeter - Ada disertakan sekali dengan bateri
- 1️ x Termometer
- Risalah panduan pengguna & info kesihatan
Mac 30, 2022
Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & Suami
Sebenarnya dah lama Syu peram entri ni dalam draft tau. Tapi, tak tertulis-tulis sebab sibuk tulis benda lain 🤭. Nasib terperasan. Masih sempat lagi kan untuk Syu join?
Apa-apapun. Buat CCL & suami. Tahniah atas perkahwinan kalian berdua tahun lepas. Semoga rumahtangga yang dibina beroleh sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke jannah.
Pada yang belum sertai giveaway ni, jom kita meriahkan ramai-ramai. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh klik pada banner. All the best!
Resepi Mango Milkshake Mudah & Sedap Tanpa Gula

Sejak beberapa hari ni cuaca di Ipoh agak lain macam ya. Hujan lebat & ribut memang sangat di luar jangkaan. Sampai hujan batu pun ada turun dibeberapa lokasi di Ipoh semalam. Pagi sampai ke tengahari elok saja panas terik. Masuk ke sebelah petang cuaca jadi lain macam. Harap-harap bulan puasa nanti cuaca baik-baik saja. Bukan apa, kasihan pada mereka-mereka yang cari rezeki. Tapi, andai Dia kata "kun fayakun", apalah daya kita nak lawan apa yang Allah dah aturkan. Doa yang baik-baik sajalah.
Musim buah mangga dah tiba!
Musim buah mangga dah sampai di Perak ya kawan-kawan. Tak tahu buah mangga datang dari mana. Mungkin dari Siam agaknya 😅. Yang pasti bukan harum manis. Sejak beberapa hari ni Syu tengok dah ramai peniaga-peniaga yang open table jual mangga kilo dengan harga murah.
Ada yang jual 4 kilo RM20. 5 kilo RM20 pun ada. Tak pasti mangga jenis apa. Tapi semuanya nampak elok-elok belaka. Selalu kalau on the way balik rumah memang tengok saja. Bukan apa, malas nak menyinggah berbeli.
![]() |
| Dapatlah dalam 12 biji 🥭. |
Semalam, masa encik suami balik kerja. Dibawanya balik seplastik mangga. 4 kilo dibelinya. Itu pun berlebih. Sebab encik suami kata abang yang jual tu lebihkan timbangan. Murah hendaknya rezeki abang tu. Tak berkira dalam bab-bab berniaga. Sudahlah besar-besar mangganya. Manis pula tu. Cadang nak repeat beli lagi buat stok bulan Ramadhan. Boleh buat pencuci mulut & milkshake.
➣ BACA JUGA
Mango milkshake mudah & sedap tanpa gula
Sebut pasal milkshake, semalam buatlah manggo milkshake dalam satu jug kecil. Memang sedap. Cukup rasa lemak manis masamnya. Syu rasa, mangga ni kalau buat manggo lassi & smoothie pun okey juga ni sebenarnya. Tapi isunya yogurt pula tak ada dekat rumah. Esok-esoklah baru Syu buat. Lagipun mangganya masih ada banyak lagi. Tak mampu nak habiskan dalam satu malam.
Berikut Syu kongsikan resepi manggo milkshake paling simple yang Syu buat semalam. Sangat mudah cara pembuatannya. Bahan pun pakai yang sedia ada di rumah sahaja. Sukatan macam biasalah. Pakai agak-agak. Untuk resepi manggo milkshake ni Syu tak pakai gula ya. Sebab rasa manis tu dah sedia ada pada susu pekat & juga buah mangga ni. Tapi andai kata korang nak manis lagi. Dipersilakan letak gula 😁.
Tak ada secret ingredients pun dalam resepi milkshake Syu ni. Hanya semata-mata mangga, susu, air & ais sahaja. Sedap tak sedap bergantung pada cara korang mengagak. Nak rasa original mangga boleh lebihkan isi mangganya. Nak rasa lemak boleh lebihkan susu & andai kata nak jadikan icebelended, korang boleh lebihkan porsi aisnya. Ikut citarasa & selera teka masing-masing. Apa-apapun, selamat mencuba 😋💕.
![]() |
| Kalau rajin korang letak mangga cincang atas air ni. Nak letak aiskrim vanilla pun boleh 🍹. |
BAHAN-BAHAN
1 biji - Isi buah mangga
Susu sejat
Susu pekat
Air
Ais batu
CARA-CARA
1) Masukkan isi mangga, susu sejat, susu pekat, air & sedikit ais
2) Kisar semua bahan hingga hancur & sebati
3) Hidangkan bersama beberapa ketul ais & sedia untuk diminum





