Jun 28, 2024
Abah Tak Sihat

Hari Raya Haji dah habis! Tak sempat nak cerita apa yang jadi hari tu - Blog pun dah nak dekat dua bulan tak ber-update. Syu tetap beraya juga macam biasa. Tapi, sambut dalam suasana yang sedikit berbeza. Apa yang Syu boleh cakap, Hari Raya Haji Syu kali ni memang penuh dengan perkara yang Syu sendiri tak pernah jangka. Penuh pengorbanan. Plus linangan air mata juga sebenarnya 😔.
Kalau ikutkan, pelan asal kitorang nak beraya di kampung Gelong Gajah, Beruas. Tapi, perancangan Allah lagi hebat. Semuanya start tiga hari sebelum nak raya. Asbab terlebih makan siput sedut. 14/6/2024 (Jumaat) - Allah takdirkan abah Syu tak sihat & terpaksa di-warded-kan di Hospital Manjung semalaman.
Lepas buat check-up semua. Doktor cakap dekat hati abah ada ketumbuhan. Doktor pun tak pasti ketumbuhan apa. Tapi, berita buruknya ketumbuhan tu dah pecah & ada sedikit pendarahan. Disebabkan tak ada pakar hati yang betul-betul pakar di Perak. Doktor sarankan abah dihantar secepat yang mungkin ke Hospital Selayang.
![]() |
| Kalau ikutkan nurse tak bagi mak ikut naik ambulans sekali. Lepas adik bodek banyak kali, baru nurse tu bagi.Tapi,kena isi borang. |
15/6/2024 (Sabtu), 10.00 malam - Mak & abah gerak dulu ke Hospital Selayang. Syu dengan adik-adik menyusul kemudian. Kalau ikutkan boleh jer nak follow belakang ambulans tu sebenarnya. Cuma takut tak terkejar. Almaklumlah, driver ambulans kan bawa laju. Satu lagi sebab fikirkan keselamatan. Dah lewat malam kan. Lagi better gerak asing-asing.
Pasal abah Syu tak risau sangat sebab dekat Hospital Selayang sana ada ramai doktor pakar & nurse yang boleh jaga abah. Cuma kesian dekat mak jelah. Entah mana dilepeknya kawan tu. Bukannya mak boleh masuk dalam wad pun temankan abah 😕. Kalau kitaorang semua tak ke sana. Dekat manalah mak duduk agaknya. That's why selagi boleh, malam tu juga kitorang nak gerak ke Hospital Selayang nun - Nanti sambung cerita lagi.
Jun 17, 2024
Selamat Hari Raya Aidiladha
"Tiada amal anak Adam yg lebih disukai Allah pada hari AidilAdha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yg dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan bertanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka, hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."
~Hadis Riwayat At-Tirmizi~
April 27, 2024
Choco Rush Chocolate Almond Balls Auntie Anne Sedap!
Hujung minggu lepas, Syu lepak di AEON Kinta City Ipoh dengan Sarah Deris. Bila sampai sana, macam biasalah. Syu confirm akan singgah beli pretzel Auntie Anne's punya 😁. Ingatkan nak singgah beli pretzel Caramel Alomd saja. Tak sangka tertambah Chocolate Almond Balls dalam list - Menu baru Auntie Anne's ni tau!
Menu baru Auntie Anne's Choco Rush
So, berita baik buat penggemar-penggemar coklat, Auntie Anne's kali ni ada keluarkan menu baru yang berasaskan coklat tau! Choco Rush namanya. Dalam menu Choco Rush ni, ada 4 pilihan menu pretzel menarik yang korang boleh pilih. Antaranya :
- Choco Eclairs Oat Pretzel - Harga RM7.90
- Double Almond Chocolate Balls - Harga RM10.90 (7 ketul)
- Chocolate Almond Balls - Harga RM8.90 (7 ketul)
- Choco Eclairs Almond Pretzel - Harga RM8.90
Sedap! Menyesal pula beli satu bekas 😅. |
Yang sedihnya, promosi Choco Rush ni sampai hujung bulan ni saja Auntie Anne buat. So, kalau korang singgah Auntie Anne, better korang beli! Serius sedap & tak menyesal kalau beli lebih. Tambah-tambah Chocolate Almond Balls.
April 22, 2024
Puasa Ganti & Puasa 6 Syawal Serentak?
Puasa sunat enam Syawal antara amalan yang disarankan dalam Islam, di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal, selepas tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Berpuasa enam hari di bulan Syawal mempunyai keistimewaan & ganjaran yang besar. Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, ganjarannya adalah seperti berpuasa sepanjang tahun [HR Muslim:1164]
Perbezaan puasa ganti dengan puasa 6 Syawal
![]() |
| SUMBER FOTO : Kosmo |
Dalam perspektif agama, terdapat perbezaan antara puasa ganti dan puasa 6 Syawal. Mari kita lihat penjelasan mengenai kedua-dua jenis puasa ini:
- Puasa Ganti (Qadha)
Puasa ganti dilakukan bagi menggantikan puasa yang tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadan sebelumnya. Contohnya, jika seseorang sakit atau sedang musafir, mereka boleh menggantikan puasa tersebut di luar bulan Ramadan - Hari selain pada hari diharamkan berpuasa.
- Puasa 6 Syawal
Puasa 6 adalah puasa sunat yang dilakukan selama enam hari di bulan Syawal. Amalan puasa 6 ni dilakukan setelah berakhirnya bulan Ramadan. Ini termasuk dalam amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam.
Seseorang boleh memilih enam hari dari mana-mana hari dalam bulan Syawal untuk berpuasa. Ia tidak perlu berurutan dan boleh dilakukan sepanjang bulan Syawal.
Boleh atau tidak gabung puasa ganti dengan puasa 6 Syawal?
Menurut pendapat yang muktamad oleh para ulama, adalah lebih afdal bagi seseorang untuk berpuasa qada (ganti) & berpuasa sunat 6 Syawal secara berasingan.
Namun, menyatukan puasa qada dengan puasa enam berkenaan adalah harus & tetap mendapat ganjaran pahala kedua-duanya. Berikut adalah beberapa pandangan dari ulama:
- Pandangan Pertama (Muktamad)
Puasa Ganti (Qadha) harus dilakukan terlebih dahulu, kemudian baru dilanjutkan dengan Puasa 6 Syawal. Pendapat ini dianggap lebih afdal (utama).
- Pandangan Kedua
Beberapa fuqaha berpendapat bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan puasa 6 Syawal. Namun, ganjaran pahala dari gabungan ini tidak menyamai pahala seseorang yang telah menyempurnakan puasa sepenuhnya daripada sebulan Ramadan.
Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dari Majlis menyimpulkan :
Saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat.
Jadi, dibolehkan untuk kita menggabungkan kedua-dua puasa ganti & puasa sunat 6 Syawal serentak dalam satu niat.
Lafaz Niat Puasa Ganti Gabung Puasa 6 Syawal
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ رَمَضَانَ
مَعَ سِتَّةِ شَوَّالِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala
Jadi, jika ingin melaksanakan kedua-dua jenis puasa ini, dibolehkan untuk melakukannya secara berasingan atau mengikut pendapat yang dhaif. Semoga ibadah puasa kita semua diterima & memperoleh manfaat yang berlipat ganda! 🌙✨




