Kursus Online Percuma Berserta Sijil Di e-LATiH

April 15, 2022

Sekarang ni, nak cari kursus online percuma memang susah. Kebanyakkan kursus yang ditawarkan semua berbayar. Harga pun boleh dikatakan mahal juga. Masih ada lagi ke kursus online percuma? Ada! Korang pernah dengar pasal portal e-LATiH? Ramai yang tak tahu sebenarnya pasal portal kursus online ni tau. Mari Syu cerita lebih lanjut apa yang menarik pasal portal e-LATiH ni. Teruskan membaca okey!



Apa itu e-LATiH?


Kursus Online Percuma


Pada yang belum tahu, portal e-Latih ni sebenarnya merupakan platform e-learning PERCUMA atas talian. Ia dilancarkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp) hasil kolaborasi bersama Go1.



Portal e-LATiH ini telah dilancarkan secara rasmi pada Februari tahun lepas & merupakan salah satu inisiatif kerajaan dibawah Kementerian Sumber Manusia untuk membantu rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan & kemahiran secara atas talian dikala pandemik melanda.


Apa yang menarik pasal portal e-LATiH ni adalah :

  • Terbuka kepada SEMUA peringkat umur
  • Terdapat LEBIH 1,000 kursus atas talian ditawarkan
  • Akses TANPA HAD & PERCUMA
  • Pembelajaran SEPANJANG HAYAT
  • Disertakan SIJIL selepas tamat kursus



Cara Daftar Akaun e-LATiH


Kursus online percuma


Nak daftar akaun e-LATiH ni tak susah mana pun. Yang penting korang rakyat Malaysia, ada email yang sah, ada internet akses & berminat nak tambah ilmu pengetahuan. Untuk daftar e-LATiH hanya perlu :


  1. SIGN UP melalui portal e-latih - https://elatih.hrdcorp.gov.my/
  2. Isikan maklumat pada bahagian ACCOUNT INFORMATION & PERSONAL INFORMATION
  3. CREATE ACCOUNT



Kursus Apa Yang Ditawarkan?


Portal e-Latih ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan akses tanpa had secara percuma. Buat pencari kerja, pekerja mahupun pelajar, portal e-LATiH ni antara platform terbaik untuk korang tambah ilmu pengetahuan & kemahiran yang sememangnya bagus untuk peningkatan kerjaya.



Terdapat pelbagai kategori kursus yang dibuka untuk pendaftaran di portal e-LATiH ni. Bukan itu sahaja. Setiap kursus yang berjaya ditamatkan disertakan juga sijil (Certificate of completion) sebagai bukti yang korang dah berjaya tamatkan kursus. Memang satu kerugian kalau tak sertai. Sebab banyak ilmu & kemahiran tambahan yang korang boleh perolehi dari portal ni.


Kursus online percuma
Lebih seribu kursus ditawarkan di portal e-LATiH. Pilih saja mana satu yang korang nak.


Sejujurnya, portal ni sangat bermanfaat & boleh dijadikan sebagai medium untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang seperti pembangunan peribadi, pengurusan projek, kepimpinan, pemasaran & inovasi, pengaturcaraan, pendigitalan, kemahiran kewangan, bahasa, komunikasi dan banyak lagi. Macam-macam boleh belajar.



Buat para blogger, portal e-LATiH ni juga sangat bagus untuk korang tambah ilmu & kemahiran. Sebab ada diselitkan juga kursus asas berkaitan SEO, CSS, Html, Javascript & beberapa ilmu berkaitan teknologi & transformasi digital. Tips menulis & copywriting pun ada tau.



Cara Daftar Kursus


Selepas daftar akaun, korang boleh proceed untuk daftar kursus pula. Terpulang korang nak pilih kursus apa yang korang minat. Untuk enrol kursus hanya perlu :


  1. PILIH kursus di halaman utama portal e-LATiH
  2. Klik ENROL NOW untuk mendaftar
  3. Klik WATCH NOW & tonton ceramah sampai habis, atau
  4. TANDAKAN BOOKMARKS untuk sertai kursus di kemudian hari


Bila dah selesai tonton ceramah, barulah sijil akan diberikan. Kesemua sijil yang korang dah dapat korang boleh tengok di bahagian dashboard portal e-LATiH. Senangkan? Ilmu dapat. Sijil pun dapat juga. Percuma pula tu. Tak payah keluar duit sesen pun. Bila-bila masa boleh enrol. Yang seronoknya tak ada had waktu ditetapkan untuk attend kursus.


Secara kesimpulannya, portal e-LATiH ni memang sangat bermanfaat buat mereka yang beminat untuk tambah pengetahuan & meningkatkan kemahiran yang ada pada diri. Bukan sahaja bermanfaat untuk peningkatan kerjaya, malah bermanfaat Untuk sebarang FAQ pasal e-LATiH ni korang boleh rujuk DI SINI. Semoga bermanfaat.

Comments

  1. Wah bagusss
    Kak syu dah pos hadiah rabia ?
    Top bawang hehhe

    BalasPadam
  2. Menarik ini uuntuk tambah kemahiran

    BalasPadam
  3. senang sekarang kursus secara online aje, syu nanti emel mama detail no acc bank nak bnk in duit

    BalasPadam
  4. Baru tahu kewujudan e-latih ni. Bagus share, at least membantu mereka yang nak tambah kemahiran.

    BalasPadam
  5. Terima kasih kongsi syu.. Nanti Sha explore.. menarik

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!