Tindakan Susulan Selepas Hampir RM4K Lesap Dari Maybank

April 29, 2022

Masih terkesan lagi dengan hal semalam. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Semalam buat laporan polis. Hari ni Syu proceed pula dengan urusan di Maybank. Syu tak pasti samada usaha Syu ni dapt membuah hasil atau pun tidak. Syu ikhtiar saja. Selebihnya Syu tawakal & berserah. Rasa terkilan & sedih tu tetap ada. Tapi, apalah daya Syu. Andai tak ada rezeki, Syu kena redha. Walaupun terpaksa 😞.

 

 

Hilang Kepercayaan

 

SUMBER FOTO : The Jed Foundation


Bila jadi macam ni, Syu jadi agak terkilan & hilang kepercayaan dekat institusi perbankan. Bukan apa, nak simpan duit sendiri dalam akaun bank sendiri pun dah rasa tak selamat. Sebab sistem keselamatannya terlampau fragile & lemah sampai senang sangat diceroboh orang lain. Kalau tak silap Syu, dalam beberapa hari lepas ada berlaku isu melibatkan Maybank juga. Dengar cerita baki akaun tiba-tiba jadi kosong sampai ramai yang mengeluh di socmed.



Akaun & Kad Maybank disekat


Lepas Syu buat laporan di Fraud Hotline semalam. Akaun berserta kad debit Maybank Syu secara automatik telah disekat dari sebarang transaksi. Jadi, nak tak nak Syu terpaksa pergi ke Maybank berhampiran hari ni untuk buat kad baru & reset segala ID & password yang berkaitan - Terbang lagi RM12 kat sini



Sebelum Syu pergi ke Maybank, Syu dah prepare laporan polis awal-awal. Jadi, masa Syu buat penukaran kad tadi Syu terus selitkan sekali laporan polis yang Syu dah buat semalam kepada pihak Maybank. Masa ni nanti pegawai akan sediakan satu borang ("Dispute form") supaya tindakan susulan boleh diambil ke atas mana-mana transaksi yang telah dibuat diluar pengetahuan kita.


Inilah salinan dokumen yang ada ditangan Syu sekarang ni. Yang tanda merah-merah tu semua transaksi yang dibuat tanpa pengetahuan Syu.

Sementara benda ni masih fresh dalam otak Syu. Syu ringkaskan tindakan yang korang perlu ambil sekiranya korang berhadapan dengan situasi yang sama macam Syu ni. Semoga bermanfaat.


  1. Telefon Customer Care Hotline/ Fraud Hotline Maybank untuk membuat sekatan akaun
  2. Buat laporan polis & nyatakan :
    • Tarikh & waktu kejadian
    • Nombor akaun
    • Jumlah transaksi
    • Lokasi buka akaun
    • Serba sedikit keterangan berkenaan kejadian
  3. Email laporan polis ke cybersecurity.echannels@maybank.com.my
  4. Buat penukaran kad serta pengaktifan semula akaun Maybank di mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan
  5. Isi & hantar dispute form berserta laporan polis yang telah dibuat - Borang ni pengawai bank yang bertugas akan guide korang macam mana nak isi
  6. Bila dah selesai jangan lupa minta salinan dokumen dari pihak bank untuk rujukan di masa akan datang



Boleh dapat balik ke duitnya?


Semalam Syu tanya sendiri pada operator Fraud Hotline. Operator tu cakap dia tak pasti samada boleh dapat balik atau pun tidak duitnya. Tapi, berdasarkan apa yang pegawai Maybank yang Syu jumpa pagi tadi. Katanya, kebarangkalian untuk dapat semula duit tu balik adalah 50-50 😔.


Bergantung pada nasib juga sebenarnya. Sebab scammers ni bijak dalam bab-bab duit ni. Sometimes diaorang sengaja biarkan akaun diaorang kosong sampai pihak bank susah nak buat penarikkan semula duit. Misal kata berjaya sekalipun. Mungkin akan memakan masa yang agak lama.



Pada Syu, tak kisahlah lambat atau cepat. Asalkan dapat duitnya balik. Macam kondisi Syu ni, kebarangkalian untuk dapat semula duit tu mungkin ada & mungkin juga tak ada. Andai Syu tak dapat duit Syu ni. Syu doakan semua hackers & scammers yang melongsap duit Syu ni tak bahagia dunia akhirat.


Jahat sangat makan duit hasil titik peluh orang. Memang keji & parasit betul perangai. Yang kita ni bersusah payah bersengkang mata cari duit. Diorang pula senang-senang saja sapu duit orang macam tu saja semata-mata nak isi tembolok sendiri.

Comments

  1. semoga duit akak dapat balik. ameeeennn

    BalasPadam
  2. Sha doakan semoga Syu dapat balik duit Syu.. Aamiin.. Aamiin..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!