Makan Malam Di Din's Kitchen Tanjung Rambutan

Ogos 19, 2025


Duduk kat meja luar jer. Pasal kat dalam dah ada orang. Tapi view kat luar pun syantik juga.


Lately, Syu rasa macam maleyh nak masak. Otak pun dah kekeringan idea nak masak apa. Pasal otak dah penat hadap kerja seharian dekat office. Otak cakap 🧠 - "Den udah ponek! Den nak rehat!". Kalau boleh balik kerja tu nak terus makan & rehat jer. Tak nak tengok sinki. Tak nak tengok dapur. Tak nak tengok pinggan mangkuk. Semua tak nak tengok! - Punya pemalas tahap dewa dah ni! Sampai tengok pun tak nak 😂.


So, dinner malam tadi kitaorang laki bini decided makan dekat luar jer. Dah pemaleyh tahap dewa kan?! Ha3. Kali ni kitaorang dinner kat Din's Kitchen (Ayam Taugeh). Tempatnya nun jauh ke Tanjung Rambutan sana 😅. Dengar cerita kedai makan ni viral kat TikTok. So, kita pun try lah terjah malam tadi pasal nak tahu sedap ke tidak menu-menu yang ada dekat sini.


Semua sedap-sedap belaka ðŸ˜‹.

Overall, not bad lah makan kat sini. Harganya pun masih boleh diterima akal. Makanan sedap especially garlic bread & mushrooms soup 😋. Suasana makan kat sini pun tenang & selesa. Cuma part parking tu agak susah sikit pasal kedainya duduk betul-betul dekat tepi jalan.Next round datang sini nak try dia punya nasi ayam taugeh, nasi kerabu & roti titab pula. Orang kata sedap.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!