Cukup Trauma Bawa Kereta Orang!

Ogos 10, 2025

Tak ingat tahun bila. Tapi, Syu pernah bawa kereta orang sampai accident 😂. Kejadian tu jadi kat lampu isyarat Kampung Koh, Sitiawan. Nak dijadikan cerita, masa tu mak ada reunion kat Sungai Buaya, Selangor. Entah macam mana kawan mak offer suruh pakai kereta dia. Kalau ikutkan Syu tak nak guna kereta kawan mak tu. Pasal Syu fikir kereta tu kereta orang


Lagi satu Syu cukup risau kalau ada apa-apa jadi nanti. At that time Syu rasa lagi better guna kereta sendiri. Dah kawan mak desak jugak. So, pakai jelah walaupun masa tu ada rasa tak sedap hati 😑. Itu yang berdentum dengan kereta Myvi tu sudahnya - Kereta Myvi tu radiator pecah. Kereta yang kitaorang bawa tu bumper-nya tercabut seketul terus & lepas tu kat bahagian rim calar sikit.

 

Memang scary gila bila diingat balik. Korang bayangkan, lepas berlanggar dengan kereta Myvi tu, kereta kitaorang berpusing-pusing naik atas divider jalan. Lepas tu, keretanya terbabas masuk ke laluan bertentangan. Nasib baiklah jalan tu lenggang tak banyak kereta. Kalau tak entahlah. Silap-silap dah tak ada dah kat muka bumi ni 😅 -  Alhamdulillah, Allah bagi panjang umur kitaorang bertiga. Memang sekejap betul kejadiannya berlaku. Dalam beberapa second jer.


Hari tu adik ipar suruh bawa kereta dia. Tetap cuba juga bawa. Tapi bawa macam kura-kura lah pasal kita takot ðŸ˜‚.


Sejak dari tu Syu jadi trauma & ada sikit vehophobia. Drive guna kereta sendiri tak apa. Janji kereta tu bukan kereta orang. Kalau bawa kereta orang Syu jadi gabra & libang libu. Kereta sewa pun sama! Otak ni automatik jadi tak boleh fokus. Syu rasa Syu lebih yakin pakai kereta Syu sendiri. Buruk pun buruklah. Kalau melingkup sekalipun dah sah-sah harta kita. At least tak ada lah rasa serba salah sangat kalau apa-apa jadi.

 


(P/S: Lepas accident, baru kitaorang dapat tahu yang kereta tu sebenarnya bukan kawan mak punya 🤯. Rupa-rupanya dia pinjam dari anak saudara dia. Even anak saudara dia pun tak tahu yang kitaorang pakai kereta dia. Memang jadi panjanglah ceritanya masa kat balai hari tu.)


Comments

  1. Alahai tu yang paling dirisaukan. Bawak kereta orang accident lepas tu kes jadi panjang bila buat report.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!