Ogos 10, 2025
Cukup Trauma Bawa Kereta Orang!
Tak ingat tahun bila. Tapi, Syu pernah bawa kereta orang sampai accident 😂. Kejadian tu jadi kat lampu isyarat Kampung Koh, Sitiawan. Nak dijadikan cerita, masa tu mak ada reunion kat Sungai Buaya, Selangor. Entah macam mana kawan mak offer suruh pakai kereta dia. Kalau ikutkan Syu tak nak guna kereta kawan mak tu. Pasal Syu fikir kereta tu kereta orang
Lagi satu Syu cukup risau kalau ada apa-apa jadi nanti. At that time Syu rasa lagi better guna kereta sendiri. Dah kawan mak desak jugak. So, pakai jelah walaupun masa tu ada rasa tak sedap hati 😑. Itu yang berdentum dengan kereta Myvi tu sudahnya - Kereta Myvi tu radiator pecah. Kereta yang kitaorang bawa tu bumper-nya tercabut seketul terus & lepas tu kat bahagian rim calar sikit.
Memang scary gila bila diingat balik. Korang bayangkan, lepas berlanggar dengan kereta Myvi tu, kereta kitaorang berpusing-pusing naik atas divider jalan. Lepas tu, keretanya terbabas masuk ke laluan bertentangan. Nasib baiklah jalan tu lenggang tak banyak kereta. Kalau tak entahlah. Silap-silap dah tak ada dah kat muka bumi ni 😅 - Alhamdulillah, Allah bagi panjang umur kitaorang bertiga. Memang sekejap betul kejadiannya berlaku. Dalam beberapa second jer.
![]() |
| Hari tu adik ipar suruh bawa kereta dia. Tetap cuba juga bawa. Tapi bawa macam kura-kura lah pasal kita takot 😂. |
Sejak dari tu Syu jadi trauma & ada sikit vehophobia. Drive guna kereta sendiri tak apa. Janji kereta tu bukan kereta orang. Kalau bawa kereta orang Syu jadi gabra & libang libu. Kereta sewa pun sama! Otak ni automatik jadi tak boleh fokus. Syu rasa Syu lebih yakin pakai kereta Syu sendiri. Buruk pun buruklah. Kalau melingkup sekalipun dah sah-sah harta kita. At least tak ada lah rasa serba salah sangat kalau apa-apa jadi.
(P/S: Lepas accident, baru kitaorang dapat tahu yang kereta tu sebenarnya bukan kawan mak punya 🤯. Rupa-rupanya dia pinjam dari anak saudara dia. Even anak saudara dia pun tak tahu yang kitaorang pakai kereta dia. Memang jadi panjanglah ceritanya masa kat balai hari tu.)
April 16, 2025
Tak Sempat!
16/4/2025 & 18/4/2025, arwah abah sepatutnya jumpa doktor pakar & buat endoskopi di Hospital Ipoh. Tapi, tak sempat. Seminggu sebelum sampai tarikh buat rawatan, abah dah dijemput pulang buat selama-lamanya. Al-Fatihah buat abah. Doa akak adik beradik akan sentiasa mengiringi abah di sana. Semoga arwah abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman & khusnul khotimah.
![]() |
| Masa ni tengah tunggu giliran untuk jumpa pakar & dapatkan tarikh temujanji untuk buat endoskopi. |
Akak bangga dengan abah sebab abah mampu berjuang sehingga nafas abah yang terakhir. Tak mudah putus asa untuk kembali sihat & keep continue ulang alik hospital jumpa pakar even though abah tak larat & bertongkat. Akak sayang abah dunia akhirat!
Januari 29, 2023
Selamat Hari Lahir Mak! 🤗

Boleh kata tergempar juga celebrate hari lahir mak Syu ni sebenarnya 😅. Almaklumlah, tarikh hari lahirnya jatuh pada hari minggu. Jadi macam agak terkejar-kejar sikit dibuatnya. Lepas itu, plan A pula terpaksa tukar ke plan B.
Bukan apa, niat asal nak buat makan-makan dikampung sambut dengan abah. Tapi, masa pula tak berapa nak mengizinkan sebab terpaksa ke pekan ziarah orang meninggal. Lagipun, bukan orang lain. Saudara sendiri juga.
![]() |
| Buat birthday celebration ringkas saja. Jadilakan daripada tak ada 😅. |
Selesai ziarah. Terus shoot ke Manjung pula. Pergi rumah adik ipar Syu. Maka, dekat sanalah kami-kami ni berkampung celebrate birthday mak. Serba ringkas saja kami sambut. Almaklumlah, baru balik dari ziarah orang meninggal. Takkan nak seronok-seronok tak ketahuan. Waima, yang pergi tetap pergi.
![]() |
| Happy birthday mak! 🤗💐 |
Apa-apa pun, selamat hari lahir buat mak. Semoga dipanjangkan lagi usia untuk luangkan lagi lebih masa bersama keluarga, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Sayang mak! 🤗💕
Januari 06, 2023
Farewell Plus Food As Well 😂
![]() |
| DARI KANAN : Big boss, isteri & insan yang diraikan. Muka happy jer nak tinggalkan company 😄. |
Hari ni, hari terakhir teman sepejuangan Syu kerja. Katanya, dia dapat tawaran kerja disalah sebuah badan kerajaan di Kuala Lumpur. Tapi, tak ramai yang tahu dia nak berhenti. Hanya kitaorang yang duduk sama department saja yang tahu pasal ni 😅.
Entah macam mana entah, disaat-saat akhir big boss war-warkan pada staff yang lain & buat keputusan nak buat farewell simple, sekali dengan new year celebration sikit. Maka, ke laut dalam lagilah misi jaga makan kita hari ni. Dah makan, kena makan lagi. Padahal baru lepas lunch sejam yang lepas 🤭.
![]() |
| Semua sedap-sedap makanannya. Tapi, mampu makan sikit saja, sebab dah kenyang 😋. |
Selamat maju jaya & semoga terus sukses!
![]() |
| Hilang seorang geng bertepuk bertampar. Entah siapalah yang gantikan lepas ni. Sudahlah kerusi dia ni kerusi panas 😌. |
Yang pasti, sebelum nak balik, sempat jugalah kitaorang luangkan masa bergambar & bermaaf-maafan. Almaklumlah, last day kan. Entah bila gamaknya dapat jumpa dengan budak ni lagi lepas ni. Walaupun kenal tak lama mana, tapi rasa satu kehilangan jugalah sebab geng gelak ketawa & bertepuk bertampar dah tak ada 😩.
![]() |
| Ini geng lunch berjemaah plus geng membawang 😂. |
By the way, buat adikku Nurin Munirah. Selamat maju jaya & semoga terus sukses ditempat baru & di mana jua kamu berada ya. Lebih kurang minta halal ya. Misal kata hati rasa tak syok dekat sana, jangan lupa cari jalan balik tau 🤭. Kerusi kamu ni kerusi panas. Gerenti sentiasa kosong. Melainkan akak yang take over 🤣.
Kalau ada balik Taiping, jangan lupa pula singgah Ipoh. Roger saja akak-akak mu ini! Kami setia menanti di sini. Lagi satu, kahwin nanti jangan lupa jemput. Nak tahu update terkini pasal kitaorang dekat office ni, rajin-rajinlah singgah blog Syuderis.com yang tak seberapa ni - Itupun kalau akak ada update 😁💕.
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
MY JOURNAL
-
▼
2026
(45)
-
▼
Oktober
(10)
- Innalillah & Al-Fatihah Suamiku
- Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?
- Happy Birthday Syuben!
- Niase Restaurant Bazar Ipoh Silveritage
- Day 1 CK30 : Lunch Apa Hari Ni?
- Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...
- Ole-ole Kuala Lumpur
- New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Se...
- Cabaran Kurus 30 Hari Bersama Kevin Zahri
- Reading List Problem Ke?
-
▼
Oktober
(10)







