Posts with the label Blog Lambat Loading
Memaparkan catatan dengan label Blog Lambat Loading. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Lambat Loading. Papar semua catatan

Oktober 12, 2021

Kenapa Blog Lambat Loading?

Assalamualaikum sayang-sayang sekalian. Pejam celik dah hari Selasa dah hari ni yer. Mood Monday blues semalam pun belum habis lagi. Tak tahulah kenapa mood bermalas-malasan weekend tu sampai terbawa-bawa ke hari ni pun tak tahu lah. Buat kerja kat office tetap jalan jugak macam biasa. Cuma otak tu kadang-kadang entah ke mana melayangnyer 😅. Nampak gayanya, weekend ni nak kena keluar beriadah kejap lah. Asyik duduk rumah memanjang pun bosan jugak.



Mungkin pergi ber-camping lagi dekat tepi pantai ke. Tak pun paling senang, buat jer "me time" dekat shopping kompleks. Tak kisahlah tabur duit sikit dekat tudung ke barang make-up ke. Janji keluar rumah. Bukan selalu. Lagipun, nak pergi bercuti ni kadang-kadang bila dah plan elok-elok tak berapa nak jadi. Kalau nak buat tu biar tergempor sikit. Esok nak pergi hari plan. Tak pun hari ni nak pergi, hari ni plan. Baru berhubung sikit sel-sel otak nak memikir 😆.



Harap-harap weekend ni dapatlah buat family outings sikit. Buat luar daerah sikit pun jadilah takat nak lepaskan gian ber-outing. Yang pasti, idaklah sampai nak kena rentas negeri bagai. Yang itu, kita bagi peluang yang duduk  jauh di perantauan balik puas-puas dulu. Ramai yang dah up status nak balik tu!! Rindulah katakan...Nasiblah family Syu duduk dalam satu negeri. Tapi nak balik tetap jugak takut-takut. Okay, tutup ceritanya kat situ. Jauh melalut dah ni 😂.



Sejujurnya, Syu pun tak berapa ingat sejak bila Blogger ni mula bermasalah 😂. Tapi yang pasti, ramai blogger-blogger lain dah banyak kali alami benda-benda macam ni. Termasuk Syu. Hari tu hangat pasal isu nak komen tak boleh. Macam-macam segala mak nenek keluar. ReCAPTCHA lah apa lah. Paling best bila tengah sedap-sedap menaip komen tiba-tiba hilang. Yang ni memang menyirap, sebab Syu sendiri pernah kena. Rasanya sampai ke hari ni masih belum selesai lagi isu pasal komen ni kalau tak silap Syu.



Sebelum ni Reading List Blogger pun pernah mengalami masalah. Kali ni page jadi lambat loading pulak. Dia jadi macam mana nak tahu? Bila Syu nak buat blog walking, sikit punya bercinta dia punya loading nak masuk page tuan tanah. Kadang tu sampai terpaksa cancel sebab terlampau lama sangat ambil masa. Tapi, ada sesetengah blogger yang Syu buat blog walking, tak ada apa-apa masalah pun. Actually, Syu ada jugak baca beberapa artikel pasal blog lambat loading ni. So, Syu share kan sikit point yang Syu dapat dengan korang. Harap bermanfaatlah.


    1. Blog template terlampau berat - Besar kemungkinan template yang korang guna terlalu banyak script, HTML kod, CSS & Javascript.
    2. Gunakan gambar bersaiz besar - Standard size yang patut digunakan sepatutnya berukuran 600 x 400 pixels (Maksimum 200Kb) 
    3. Blog sarat dengan widget - Mungkin sesetengah widget yang korang guna agak berat. Nak tak nak terpaksa jugak buang.
    4. Banyak iklan dipaparkan - Kalau korang set iklan Google Adsense ke auto, mesti tahu. Kadang-kadang diorang letak iklan kat website merata-rata sesedap rasa. Iklannya pulak ada yang lambat loading pulak tu. Yang ni korang ke manage iklan korang dekat Google Adsense.
    5. Hosting atau server Blogger sendiri yang memang bermasalah - Kalau Blogger yang buat hal memang tak boleh nak cakap apa lah. Kena sabar lah banyak-banyak walaupun sabar dah lama hilang .
    6. Terdapat banyak site ERROR - Ni korang boleh cek dengan tekan button F12. Kalau nampak merah-merah tu dia lah tu. Nak buat macam mana? Yang itu Syu sendiri pun tak tahu 😂. 
    7. Terlampau banyak URLs - Hyperlink, backlink segala.

Sekiranya korang ada masalah blog lambat loading, Syu rasa ada baiknya korang cek dahulu satu-satu point yang Syu dah listkan ni. Jangan terus jump to conclusions dengan tukar template blog pulak. Kaji dulu satu-satu tau. Tapi kena bertabah sikitlah yer. Jadi Blogger ni memang kena banyak bersabar 😂. Tambah-tambah bila melibatkan masalah teknikal blog macam ni. Kalau terer tak mengapa. Macam Syu ni jangan cakaplah. Masih merangkak lagi nak belajar pasal dunia Blogger ni. Bila sampai satu tahap korang dah tukar template pun masih tak jalan jugak. Jawapan terakhirnya satu jer - SILA SALAHKAN BLOGGER!! Mesti diorang punya server yang bermasalah 😂. By the way, Syu nak tanya. Blog Syu lambat loading tak? (Sila jujur 😂)

Kenapa Blog Lambat Loading?

Oktober 12, 2021