Posts with the label Bollywood
Memaparkan catatan dengan label Bollywood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bollywood. Papar semua catatan

November 26, 2021

Dangal (2016)

 

Genre : 

Action, sport & drama


Pelakon : 

Amir Khan [Mahavir Singh Phogat], Sakshi Tanwar [Mahavir's wife], Fatima Sana Shaikh & Zaira Wasim [Geetha],  Sanya Maholtra & Suhani Bhatnagar [Babita Kumari], Aparshakti Khurana & Ritwik Sahore [Omkar], Girish Kulkarni [Pramod Kadam/ Geeta's coach]


Pengarah : 

Nitesh Tiwari


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Agak lama juga Syu tak buat movie/filem review yer. Actually, ada banyak cerita yang Syu shortlisted untuk di review di blog. Cuma  idea nak mengarang tu macam ke laut sikit. Okey!! Without further ado, kali ni Syu nak review satu filem Bollywood yang best untuk dijadikan tontonan seisi keluarga. Jalan cerita, penjiwaan & sumbangan pelakon dalam filem ni memang terbaik. Korang bayangkan, si Amir Khan selaku hero dalam filem ni sanggup berlakon & berusaha menguruskan badan dia semata-mata nak bagi nampak real dalam lakonan dia. Selama 6 bulan dia ambil masa untuk lakonkan kembali watak Mahavir Singh Pogat dalam versi muda. Dari badan segemuk-gemuk alam dia sanggup kuruskan badan dek kerana passionnya dalam bidang lakonan. Ini baru betul-betul menjiwai watak 👏.



Kalau korang nak tahu, filem Dangal ni diadaptasi dari kisah sebenar dua orang atlet gusti wanita di India. Mereka berdua adalah Geetha Pogat & Babita Kumari. Mahavir Singh ni boleh dikatakan mempunyai latar belakang yang hebat juga dalam bidang gusti. Suatu ketika dulu, dia juga merupakan atlet gusti di peringkat kebangsaan. Namun, dia terpaksa melupakan minat & passionnya dalam bidang gusti setelah dia berkeluarga. Dalam filem ni diceritakan bagaimana Mahavir menjerumuskan dua anak perempuanya Geetha & Babita ke dalam bidang gusti. Pada awalnya, Mahavir Singh nak kan sangat anak lelakinya mewarisi kebolehan bergustinya tu. Tapi malangnya, semua anak-anak yang dilahirkan adalah perempuan. 😅 Kesian...



Sampailah satu ketika tu, si Geetha & Babita ni tertangkap bergaduh dengan budak-budak lelaki di kampung dia. Dari situ Mahavir sedar yang anak-anak perempuannya juga boleh dibawa ke gelanggang untuk bergusti. Gara-gara pergaduhan tu, bermulalah hari-hari malang dua beradik ni. Setiap hari diorang terpaksa bangun awal, dipaksa berlari, makan makanan yang berprotein tinggi & berseluar pendek macam budak-budak lelaki yang lain. Malah, kepala diorang yang berambut panjang tu juga habis ditogelkan [😂 Togel betul-betul yer. Bukan togel tipu-tipu tau].



Pada awalnya, dua beradik ni memberontak juga. Tapi, selepas dinasihatkan oleh kawan diorang. Baru diorang sedar yang ayah diorang cuba menjadikan diorang wanita yang jauh  luar biasa berbanding wanita-wanita lain di India yang hanya menghabiskan sisa hidup remaja dengan berkahwin, beranak-pinak & duduk di ceruk dapur. Apa jadi lepas tu? Yang ini korang kena tengok sendiri. Tak bestlah kalau jadi spoiler. Syu cerita sikit jer sebahai teaser. Yang pasti filem Bollywood ni antara filem lakonan Amir Khan yang terbest Syu pernah tengok selepas 3 Idiots. Berapa bintang?? Tu kat atas tu 👆☝.

Dangal (2016)

November 26, 2021

September 30, 2021

Jaan-E-Maan (2006)

 Jaan-E-Maan

Genre : 

 Musikal, komedi & romance


Pelakon : 

Salman Khan [Suhaan], Preity Zinta [Piya/Preity Zinkova], Akshay Kumar [Champu]


Pengarah : 

Shirish Kunder


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Hari ni Syu nak review sikit pasal filem Bollywood yang Syu dah tengok hari Sabtu minggu lepas dekat Awesome TV. Walaupun agak lambat nak bercerita, tapi Syu tak peduli. Syu nak cerita jugak 😜!! Bukan apa, sebab filem ni best sangat. Terpaksa war-warkan untuk korang tengok. Actually, ni first time Syu tengok filem Bollywood bertajuk Jaan-E-Maan ni. Padahal dah lama dah filem ni ditayangkan kat panggung. Overall, memang best lah filem Bollywood ni. Syu jatuh cinta sangat-sangat dengan jalan ceritanya.


Kalau nak tahu, filem ni mengisahkan tentang kisah cinta sepasang suami isteri yang berputik kembali selepas diorang bercerai akibat wujudnya salah faham. Ketika Suhaan & Piya ni masih suami isteri, Suhaan ni memegang kerjaya sebagai seorang pelakon. Disebabkan statusnya yang dah berkahwin, dia terpaksa membuat keputusan untuk tinggal berasingan dengan Piya buat sementara waktu supaya statusnya tak diketahui umum. Agak lama jugaklah Suhaan tinggalkan Piya. Sampai lah satu tahu tahap tu Piya dah tak tahan & dia terpaksa buat keputusan untuk tinggalkan Suhaan dengan balik ke rumah keluarganya di New York.



Tapi malangnya, perjalanan karier Suhaan sebagai bintang filem tak berjalan dengan berapa baik. Filem dibawah lakonannya mendapat sambutan yang sangat-sangat teruk dari kalangan penonton. Bila dah jatuh teruk, Suhaan pun balik semula rumah untuk kembali bersama dengan Piya. Sesampai jer di rumah, Suhaan tengok rumah tak ada siapa-siapa. Piya dah tinggalkan dia sorang-sorang. Pada masa yang sama, ada posman datang hantar surat & surat tu rupa-rupanya surat pemfailan perceraian dari Piya. So, tinggal lah Suhaan dalam keadaan terkontang-kanting tanpa hala tuju. 


Cerita ni tak habis sampai takat tu jer tau. Lepas jer Suhaan & Piya bercerai, Suhaan ada terima satu lagi surat tuntutan dari mahkamah berkenaan dengan wang alimoni. Wang alimoni tu agak besar jugak jumlahnya & Suhaan kena bayar selagi mana Piya belum berkahwin dengan mana-mana lelaki, Jadi, untuk mengelakkan dari membayar wang alimoni ni, Suhaan berpakat dengan pak cik dia untuk carikan lelaki yang boleh menjadi suami baru kepada Piya. Nak dijadikan cerita, ngam-ngam diorang tengah sibuk buat perancangan, datang lah seorang jejaka bernama Champu ni. 




Pada awalnya dia datang situ sebab nak jumpa dengan Piya. Piya ni sebenarnya crush Champu masa dia belajar sama-sama dekat kolej, Lepas Piya kahwin, Champu jadi frust sangat & dia pun membawa diri dia untuk jadi seorang astranaut. Tapi, disebabkan Piya ada contact dia, so dia datang cari Piya balik. Bila Suhaan & pakcik dia tahu yang Champu ni suka dekat Piya, so diorang pun buat satu perancangan untuk jodohkan Champu ni dengan Piya. Mula-mula semua perancangan berjalan dengan elok, sampai lah satu tahap tu Suhaan ternampak anak dia dengan Piya. Rupa-rupanya baru Suhaan tahu masa Suhaan tinggalkan Piya, Piya disahkan mengandung. Masa hari kejadian tu, Piya cuba nak bagitahu berita gembira tu dekat Suhaan. Tapi demi menjaga karier Suhaan, Piya terpaksa membatalkan niat dia tu.  Bila Suhaan dapat tahu, barulah dia sedar yang dia dah abaikan Piya semata-mata mengejar cita-cita dia.


So macam mana pengakhiran kisah cinta Suhaan & Piya ni? Syu rasa, ada baiknya korang luangkan sikit masa tengok cerita ni. Kalau korang berminat nak tengok, korang boleh tengok dekat saluran YTube Channel atau korang boleh klik pada banner sebab Syu dah sertakan link-nya siap-siap.  Memang best. Tak rugi tengok. Lagipun filem ni memang family friendly & tak ada adengan yang menyakitkan mata macam drama Korea yang tengah viral sekarang ni. So, secara keseluruhannya Syu memang suka filem Bollywood ni. Jalan cerita best. Pelakon pun best. Lagu pun boleh tahan sedap!! Syu paling suka lagu Hum Ko Maaloom Hain ni. Jadi kesimpulannya, 5 bintang untuk filem Jaan-E-Maan ni!!😁


Jaan-E-Maan (2006)

September 30, 2021

Jun 15, 2021

Paheli [2005]

Bukan nak cakap apalah kan. Bila tengok adengan ni, Syu pulak yang rasa malu-malu alah. Shahrukh Khan ni kan tak pernah lah tak hensem,tambah-tambah kalau dia buat renungan macam tu 😍.

Genre : 

Love & Fantasy

Pelakon : 

Shahrukh Khan [Kishan], Rani Mukerji [Lachchi], Juhi Chawla [Gajrobai], Sunil Shetty [Sunderlal],  Amitabh Bachan [Gadariya] & Alice Braga [Cecile]


Pengarah : 

Amol Palekar


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽



Filem Bollywood ni kalau tak repeat tengok memang tak boleh. Suka sangat tengok gandingan Shahrukh Khan dengan Rani dalam cerita Paheli ni. Jalan cerita & lagu pun boleh tahan best jugak. Kalau nak tahu cerita Paheli ni sebenarnya adalah remake dari filem bollywood tahun 1973 yang bertajuk Duvidha. Cuma dalam versi yang baru ni dia bagi nafas segar dengan menampilkan artis-artis Bollywod termuka yang sememangnya berpotensi untuk menjadikan filem ni berada pada carta box office India.



Jalan cerita filem ni memang unik & best. Filem ni mengisahkan seorang gadis kampung [Lachchi] yang dijodohkan dengan anak saudagar Bhavani Singh bernama Kishan. Diorang berdua ni dijodohkan melalui orang tua. So, rasa sayang antara diorang berdua ni masa mula-mula tu memang tak ada langsung. Tambah pulak si Kishan ni jenis lelaki yang tak romantik & terlampau sibuk mengejar keuntungan dengan berniaga. Lepas Lachchi dikahwinkan dengan Kishan, macam biasalah orang perempuan yang dah berkahwinkan akan ikut suami. So,dalam keadaan sedih & terpaksa, Lachchi pun ikutlah Kishan pulang ke kampung halaman dia. 



Perjalanan nak ke kampung Kishan tu agak jauh & memakan masa jugaklah sebenarnya. Sampai satu masa tu, semua rombongan dah penat & diorang buat keputusan untuk berhenti berehat sekejap dekat satu tempat ni. Tempat tu memang kosong & tak ada penghuni. Yang ada cuma satu kawasan tadahan air & sebuah pokok misteri yang selalu digunakan untuk memohon hajat. Masa dekat tempat tu lah ada satu jin ke ape entah tiba-tiba terjatuh hati dekat si Lachchi ni. Mana Lachi pergi dia ikut. Tapi Lachchi tak perasan sebab jin tu menyamar jadi burung.


Bila rombongan dah nak gerak, jin tu pun ikut rombongan tu balik sekali ke kampung halaman Kishan. Jin tu memang tak boleh nak lepaskan Lachchi macam tu jer, sebab dia memang dah jatuh hati sangat dekat Lachchi. Walaupun dia memang terang-terang dah tahu yang Lachchi tu memang dah sah berkahwin dengan Kishan.Dia tak peduli.Cinta punya pasal dia sanggup.

Sampai jer dekat kampung, belum sempat Kishan nak meraikan perkahwinan dia dengan Lachchi, ayah dia [Bhanwarilal] dah suruh Kishan pergi ke Jamnagar untuk uruskan perniagaannya dekat sana selama 5 tahun. Yang si Lachchi ni jadi sedihlah. Dahlah baru jer kahwin. Lepas tu tak sempat pulak nak berkenalan dengan suami dia dengan lebih rapat, dah kena tinggal terkontang-kanting dekat rumah mertua. 5 tahun pulak tu, bukan sekejap. 

Malam tu memang Lachchi sedih sangat. Tapi, kesedihan Lachchi tu terubat selepas datangnya jin yang ikut rombongan diorang balik. Jin tu menyamar dalam bentuk rupa paras yang sama dengan Kishan.Pada awalnya Lachchi memang tak perasan. Tapi lepas jin tu mengaku yang dia bukan Kishan.Barulah Lachchi percaya.Masa mula-mula dapat tahu tu memang Lachchi sedih. Tapi kesudahannya, Lachchi terima jugak jin jelmaan Kishan tu sebagai suami dia. Sebab jin tu mengaku yang dia memang betul-betul ikhlas cintakan Lachchi sejak pertama kali dia berjumpa dengan Lachchi. 



Start dari situ, bermula bibit-bibit cinta antara Lachchi dengan jin jelmaan Kishan. Sepanjang beradanya jelmaan Kishen dekat rumah tu, memang Lachchi bahagia sangat. Tambah-tambah jelmaan Kishan ni jenis pandai ambik hati, penyayang & romantik. Bukan macam Kishan yang original tu 😂. Dahlah kayu, pastu asyik sibuk dengan kira-kira jer memanjang. So sepanjang ketiadaan suami dia, hidup Lachchi dengan suami jelmaan dia tu bahagia sangat. Setelah beberapa tahun hidup bersama,akhirnya diorang berdua bakal menjadi mak & ayah sama seperti pasangan suami isteri yang lain.  



Setelah sudah sekian lama berjauhan, akhirnya Kishan yang asli baru rasa yang diri dia lonely. Banyak kali jugak dia cuba hantar surat melalui pengantara dia. Tapi satu balasan surat balas pun dia tak pernah terima dari keluarga dia. So, Kishan ni jadi macam pelik lah. Dia rasa macam ada something yang tak kena. Entah macam mana, dia buat keputusan untuk balik ke kampung. Sampai jer dia kat sana dia ternampak "korim" dia 😂. Memang terkejutlah kawan tu. Orang kampung pun peliklah jugak bila tengok. Macam mana Kishan boleh ada dua orang. Penyudahnya, orang kampung suruh pergi refer dekat sorang tukang pengembala kambing ni [Gadariya]. Dengar cerita dia boleh kenal pasti & bezakan mana satu impostor & mana satu yang asli.



Berita kepulangan Kishan sampai ke pengetahuan Lachchi. Lachchi masa tu tengah sarat nak bersalin. So memang dia tak boleh nak buat apa-apa melainkan berserah dengan apa yang bakal terjadi. Sampai jer hal ni ke pengetahuan Gadariya, maka dia cuba buat satu challenge untuk membuktikan siapa impostos & siapa Kishan yang sebenar. 



Akhirnya, Gadariya berjaya memperdayakan jin jelmaan Kishan tu. Hal ni sampai ke pengetahuan Lachchi. Masa tu Lachchi baru jer berjaya melahirkan bayi dia dengan selamat. Bila dia dapat tahu yang jin jelmaan Kishan tu dah berjaya dihapuskan, si Lachchi pun teramatlah sedih.Yelah, dia bukan sayang pun dengan si Kishan yang ori tu. Dalam dia tengah sedih-sedih tu Kishan pun datang. Rupa-rupanya Kishan jelmaan tu sempat letak separuh jiwa dia dalam Kishan yang sebenar sebelum dihapuskan oleh Gadariya. Lachchi berasa lega sangat sebab Kishan yang dia sayang selamat 😚.  

Paheli [2005]

Jun 15, 2021