Posts with the label Booster
Memaparkan catatan dengan label Booster. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Booster. Papar semua catatan

Februari 07, 2022

Cucuk Dos Penggalak Berjemaah

Hari ni tak ada Monday Blues yer kawan-kawan. Vaccination Blues ada!! 🤣 Nak dijadikan cerita, kemarin Syu & encik suami dapat notifikasi dari MySejahtera untuk sesi temujanji pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19.



TAKUT NAK AMBIL BOOSTER | Mula-mula tu rasa berdebar-debar & libang-libu juga nak ambil sebenarnya. Tambah-tambah bila ada terdengar khabar-khabar buruk berkenaan kesan sampingan selepas penerimaan dos penggalak ni. Ada yang lumpuh, koma segala. Jadi macam takut-takut nak ambil dibuatnya. 


Tapi lepas tengok kakak ipar Syu macam okey jer lepas kena cucuk vaksin, jadi Syu pun redha sahajalah. Lagipun, encik suami pun dapat temujanji vaksinasi yang tarikh & masanya sama dengan Syu. Jadi nak larikan diri pun tak boleh 😂. Maka, kita sua sajalah lengan untuk dicucuk hari ni 😌. Malam semalam cepat-cepat bagitahu bos nak cuti sebab ada temujanji vaksinasi. 



BUKAN DI PPV SERI ISKANDAR | Kalau ikutkan sebelum ni tempat pengambilan vaksinnya di PPV (Pusat Pengambilan Vakdin) Seri Iskandar - Selesai Dos Pertama Di PPV Seri Iskandar. Kali ni disetkan pula tempat pengambilan vaksin Syu & suami di Klinik Kesihatan Parit. Tak apalah. Alang-alang dah ke Parit, boleh balik kampung suami terus 😁. Sesampai di klinik, boleh dikatakan ramai jugalah orang. Tapi, kebanyakkannya datang atas sebab urusan lain & bukannya atas urusan untuk divaksinasi.


Almaklumlah, Klinik Kesihatan Parit ni kecil & perkhidmatan yang diberikan bukan tertumpu kepada pemberian vaksin sahaja. Klinik ibu mengandung dekat situ. Klinik gigi & rawatan sakit biasa pun dekat situ juga. Jadi, tak hairanlah kalau tempatnya sesak sikit. Walaubagaimanapun, keadaannya di klinik tu masih lagi terkawal dengan SOP.


Yang kat dalam tu okey ke tidak yer? Kih3 😁. Sepupunya semua duduk kat pintu depan nun. Kalau keluar menangis memang memalukan. Ha3 🤣


Tak sangka. Masa duduk di ruangan menunggu, sepupu sepapat belah suami ada sekali. Kira cucuk dos penggalak berjemaahlah kiranya ni. Memang jadi ceria klinik dibuatnya bila jumpa diorang. Jururawat pun boleh tahan ramah juga. Hilang terus rasa seram sejuk nak kena cucuk vaksin 😅. Padahal dari malam kemarin dok terbayang-bayang jarum vaksin cucuk lengan 😄. 


Ruang dalam klinik ni memang terhad. Jadi tak boleh nak bertunggu bertangga ramai-ramai dalam ni.


KESAN SAMPINGAN SELEPAS VAKSIN | Buat masa sekarang, alhamdulillah Syu tak rasa apa-apa pun kesan sampingan dari dos penggalak ni. Malah, rasa kebas di lengan pun tak ada. Cuma suami Syu sahaja ada rasa pening-pening sikit. Kesan tu pun dia rasa selepas 15 minit pengambilan vaksin. Pada Syu, kesan sampingan pengambilan dos penggalak ni berbeza mengikut individu juga. Bergantung kepada antibodi seseorang untuk menerima.


Yang tak buat yang nombor #7 tu sebab kad vaksin tertinggal dekat rumah 😅. 


Syu harap dalam masa beberapa jam lagi Syu tak terima apa-apa kesan sampingan yang teruk dari dos penggalak ni. Kalau boleh demam-demam pun tak nak 😂. Esok tak pasal-pasal kena ambil cuti sakit pula. Kita tak naklah cenggitu. Rugi cuti tahun kita tau. Dah lah raya nanti kita nak cuti lama 😅. 

Cucuk Dos Penggalak Berjemaah

Februari 07, 2022