Posts with the label Chicken Dumpling
Memaparkan catatan dengan label Chicken Dumpling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chicken Dumpling. Papar semua catatan

Januari 19, 2022

Dumpling Debab By Encik Suami

Ini alkisah malam semalam. Tak pasal-pasal ada yang teringin nak makan dumpling. Ini semua bahana tengok cerita makan-makan di YTube 😏. Memandangkan semalam cuti umum bersempena hari Thaipusam. Maka ada lah kelapangan kami laki bini nak buat. Bahan-bahan mentah untuk buat inti semua ada dalam peti ais. Cuma kulit dumpling jer tak ada. Pagi tu bercarilah di Tesco berbeli kulit dumpling semata-mata. Tak mahal mana pun kulit dumpling-nya. Sepeket ± RM2 jer. Tak ingat ada berapa keping kulitnya sebab ralik menggentel dumpling sampai tak ingat nak kira berapa keping.



Inti dumpling yang suami Syu buat ni sukatannya agak-agak yer. Syu nak selit resepi macam tak berani pula. Nanti tak menjadi takut ada yang mencari. Ghisau πŸ˜‚!! Yang pasti, dalam inti ni ada diletakkan isi ayam, cendawan Shitake, daun bawang, bawang merah & bawang putih. Selebihnya ada lah ramuan-ramuan rahsia pakai campak-campak.



Masa dekat dapur, Syu perhati jer encik suami buat inti. Bahan-bahan dipotongnya kecil-kecil lepas tu semua di kisarnya dalam pengisar. Dengan daun-daun bawang dikisarnya juga. Senang betul kerja orang lelaki yer. Dua langkah jer. Potong & kisar πŸ˜‚. Maka inilah hasilnya selepas bersilat di dapur dengan suami malam semalam. Dumpling debab!! Sepadat-pada inti letak dekat dalam. Berbeza dengan dumpling yang Syu pernah buat hari tu - Orang Dah Membuta, Kita Sibuk Menggentel Dumpling


Chicken dumpling
Debab gila!! πŸ˜…


APA RASA? | Alhamdulillah. Dumpling-nya sedap. Tambah-tambah bila cicah dengan sos Thai ceroi 😁. Cuma Syu masih tertanya-tanya & tercari-cari bayang cendawannya πŸ˜‚. Mungkin, ini hasil dari teknik "potong & kisar" tu agaknya. Bagus betul teknik ni yer. Cendawannya auto halimunan terus 😌. Oh lah encik suami. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi masakkan dumpling. Dah lah debab. πŸ˜‹ Puas makan. Nanti malam nak cuba buat goreng pula. Tak pun buat sup ke. Macam menarik - Nampak tak? Kalau dalam bab makan memang tak akan ketandusan idea walau sedikit pun πŸ˜†.


Isi padat. Puas makan πŸ˜‹.

Dumpling Debab By Encik Suami

Januari 19, 2022

Jun 10, 2021

Breakfast Dumpling Jer Pagi Ni πŸ˜‹

Yang kita gigihlah kelepet lawa-lawa malam tadi. Lepas dah masak hilang semua kelepet πŸ˜‚. Kedut seribu sudahnya.


Syu dengar result SPM keluar hari ni. Tahniah for those yang dapat keputusan yang cemerlang. Pada yang result tak berapa nak okey tu jangan sedih-sedih tau. Jangan risau, tak terer SPM bukan tak boleh berjaya dalam kehidupan. Ada jer kawan-kawan Syu kat luar sana yang berjaya even result SPM cukup-cukup makan & teruk. Siap ada yang jadi cikgu & businessman pun ada. Nak berjaya dalam hidup bukan kena terer dalam akademik jer. Self-independent & semangat tak putus asa tu pun kena ada jugak. 



Pada mak ayah, jangan sesekali perkotak-katikkan pencapaian anak-anak okey. Result SPM tak okey tak mengapa. Anggap jer keputusan tu hanya sekeping kertas biasa. Kita belum tahu, kot-kot anak yang kita sangka tak berjaya tu yang membela kita esok lusa masa kita sakit. Kalau semua anak-anak belajar hebat & dapat kerja jauh-jauh , siapa yang nak tolong tengok-tengokkan kita kalau bukan anak yang tak berjaya ni kan.



Kita pun tahu dalam situasi pandemik ni, diorang agak struggle & dah berusaha yang terbaik untuk adapt sistem & teknik pembelajaran yang baru. Bukan mudah sebenarnya tau. So, misal kata keputusan SPM anak-anak tak berapa nak okay. Teruskan bagi semangat pada diorang πŸ˜‰. Sebagai mak ayah doakan baik-baik untuk anak-anak. Insyaallah, ada kebaikkan & kejayaan untuk diorang suatu hari nanti.

Breakfast Dumpling Jer Pagi Ni πŸ˜‹

Jun 10, 2021

Orang Dah Membuta, Kita Sibuk Menggentel Dumpling πŸ˜‚

Dapatlah dalam beberapa ketul. Jadilah untuk buat breakfast esok πŸ˜‹.



Sejak WFH ni, dia punya tahap kerajinan buka tutup peti ais tu memang luar biasa sungguh. Plan diet sebelum lockdown pun dah lama ke laut. Start first day lagi dah terciduk. Tu pun jenuh cover dengan puasa ganti puasa enam bagai sebab dah jauh sangat hanyutnya. Celik mata makan, sebelum nak tutup mata pun makan lagi. Malam tadi hanyut lagi. Kali ni tekak husband pulak nak makan dumpling. NayaπŸ˜‚. Nak tak nak layankan jelah.



Actually, dah lama jugak tak buat dumpling ni. Memandangkan dalam freezer ada lagi balance daging kisar. So, bermula lah projek mengkelepet dumpling. Kelepet punya kelepet, dapatlah dalam satu talam penuh. Jadilah kan. Boleh lah nak buat makan Breakfast Esok. Lagipun yang nak makannya pun bukan ramai. Kitorang dua orang laki bini jer 😁. Mengantuk dah ni. Jomlah masuk tido. Good night semua!! Emmm...dah nak dekat 1.30 pagi, kira good night lagi ke? Bantai jelah πŸ˜‚. Di bawah ni Syu sertakan bahan-bahan untuk buat dumpling ni. Sukatan tak ada yer sebab Syu buat pakai agak-agak jer.



BAHAN-BAHAN


Ayam kisar - Nak guna daging pun boleh

Daung Bawang

Daun Sup

Lada Hitam

Bawang Putih

Cendawan Butang

Bawang Merah - Nak pakai bawang holland pun boleh

Bahan perasa - Syu pakai Cukup Rasa

Kulit Dumpling - Untuk balut inti

Orang Dah Membuta, Kita Sibuk Menggentel Dumpling πŸ˜‚