Ogos 26, 2026
Zus Matcha Series Matcha Chocolate Latte
Geng-geng FOMO Zus Coffee mesti dah try Lain Tapi NGAM series yang terbaru tu kan. Especially, air bom warna biru tu 😂. Maaf syakap. Kita tak berani lah nak try. Takut perut tak se-FOMO itu untuk menerima satu. Yang kedua, takut menyesal sebab tak sedap! Kita ni sejenis tak suka berhadapan dengan kekesalan. Nak-nak kekesalan tu kita sendiri yang pilih 😆.
![]() |
| Sedap! Ada rasa kelat-kelat. Rasa rumput sikit plus rasa lemak-lemak. |
Selalu kalau teringin nak minum Zus Coffee mesti akan order kopi. Asyik kopi...kopi...kopi! Macam tak ada pilihan lain jer kan?- Begitulah tekak pencinta kopi. Pahit-pahit pun tetap tak jemu. Kali ni kita try matcha series diorang pulak - Zus Mactha Chocolate Latte. Back then pernah try Matcha Taro & Matcha Strawberi. Tapi, bukan kat Zus Coffee lah. Kali ni kita cuba Matcha kahwinkan dengan Chocolate pula.
First impression, confirm kuat rasa rumputnya ni. Bila dah cuba, not bad ya dia punya rasa! Boleh tahan serasi jugalah dia punya gandingan tu 😋. Terasa lemak-lemak coklat & kelat-kelat matcha tu. Will repeat again next time. Tapi, bukan untuk minum kat office lah. Minum time kerja okay jer. But kita prefer coffee. Baru cerah sikit biji mata 😁. Next, kita nak try matcha ape pulak ya? 🤔
Oktober 03, 2025
Momoyo Sedap Lagi Rupanya!!

Selama hari ni memang tak pernah singgah Momoyo ni - Sukalah tengok dia punya beruang. Syomel angat!! 😚💕. Baru ini pertama kali Syu singgah. Selalu kalau nak beli soft ice cream & air memang selalu bertepek kat Mixue jer. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu nak pergi Mixue. Orang pulak ramai. Since Momoyo tak ada orang, Syu dengan si Sarah pun singgahlah berbeli.
![]() |
| Suka tengok maskot Momoyo ni. Chomey!! |
Dengar cerita Momoyo ada menu baru, egg waffle ice cream. Cadang nak try masa pergi hari tu. Tapi, dah sold out lah pulak - Laku keras juga ya. Kena cuba juga ni nanti. So, kitaorang beli air & aiskrim jer. Si Sarah beli Passion Mango Boom (RM6). Syu pulak Jumbo Milk Tea (RM9.90). Memang puaslah minum! Sebekas besar tu boleh minum 2 orang. Tapi, Syu minum seorang jer sebab sedap!
![]() |
| Milk tea sedap kurang manis. Fruit tea tu mungkin boleh minta kurang manis sikit. Aiskrim pulak terasa matcha dia. |
![]() |
| Deko kat dalam selesa. Macam best jer lepak lama-lama kat dalam ni 🤭. |
Untuk aiskrim kitaorang beli flavour matcha. Sumpah sedap! Tak tipu. Rasa susunya tak over sangat compare to soft ice cream yang Syu pernah makan sebelum-sebelum ni. Aiskrimnya lebih padat, steady & lambat cair. Overall, memang semua sedap. Walaupun harganya mahal sikit dalam seringgit dua, yang pasti rasa dia lagi sedap dari Mixue - Sorry Mixue!!



