Posts with the label Grab
Memaparkan catatan dengan label Grab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Grab. Papar semua catatan

Oktober 27, 2021

GRAB Food : Cara Claim Missing Order

Missing Order GrabFood
Syu order soto ayam, nasi goreng paprik, nasi goreng ayam & bihun sup daging. Tapi malangnya, bihun sup daging hilang dari radar πŸ˜‚. 


Ada masa & ketika, sesetengah penjual makanan online kadang-kadang servisnya nun jauh ke laut dalam. Makanan tak sedap lah. Ada tertinggal order lah. Order tak sampai langsung pun ada.


Tak pun yang paling kejis, terus cancelled order. Pernah kena tau. Dah lah masa tu Syu tengah kerja. Kita dah lah tengah lapar ni. Lunch hour pulak cuma sejam jer. Tiba di cancel-nya order. Mahu tak menyirap dibuatnya.



Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas Syu tak larat nak masak sebab penat baru balik dari Cameron Highland. Dengan jalan jammed-nya. Dah confirm-confirm sampai rumah lapar. Nak menyinggah malas sebab hujan. Jadi, untuk memudahkan kerja, Syu order jelah makanan guna GRAB Food.


Yang jadi tak syoknya order yang Syu submit ada pulak yang missing πŸ˜‘. Tapi ada bagus jugak sebenarnya. Sebab makanan yang Syu order ni pun dah cukup mengenyangkan πŸ˜‚. Terima kasih Mak Endah. Berlobo-lobo nasi & lauknya. Murah rezeki dunia akhirat.



Jadi, sebagai pelanggan kita ada hak tau untuk  menuntut. Sebab kita makan pun bukannya FREE!! Yedak? Macam kes order Syu ni, makanannya semua sedap-sedap. Cuma ada tertinggal satu item yang Syu dah order. Tapi Syu husnuzon sahajalah. Mungkin banyak order agaknya masa tu sampai tauke kedai tak menang tangan nak prepare order.


Biasalah, kalau dah banyak pesanan masuk. Mesti akan ada satu dua pesanan yang keciciran macam kes bihun sup daging Syu tu πŸ˜…. Jadi, Syu kongsikan dengan korang macam mana nak submit apa jua isu berkaitan servis makanan di GRAB Food kepada Help Centre menggunakan handphone jer. 



CARA CLAIM MISSING ORDER


Untuk claim missing order di Grab hanya perlu hantar maklumbalas ke Help Center GrabFood. Dengan cara ini korang akan dapat claim korang punya missing item. Harus diingat. Pihak GrabFood takkan buat penghantaran missing item korang. Sebaliknya, diorang pulangkan kembali lebihan duit korang mengikut jumlah & nilai missing item ke dalam wallet GrabFood.


GrabFood missing order


Lepas korang submit request refund kepada Help Center, diorang akan review & cek samada report yang korang submit tu betul ataupun tidak. Sekiranya berjaya, diorang akan hantar maklumbalas melalui email. Jangan risau, insyaallah korang akan dapat semula duit korang dengan syarat korang tak menipu 😁.


Untuk pengetahuan korang, cara & tempoh duit tu dikembalikan mungkin agak berbeza yer. Bergantung kepada payment method yang korang gunakan masa buat pembayaran. Kalau korang bayar menggunakan :


  1. Kad (Credit/debit) & PayPal - 3 hari bekerja atau lebih. Bergantung kepada bank.
  2. Kredit GRABPay - dikreditkan terus ke dalam akaun.
  3. PayLater - amount akan muncul pada statement PayLater yang akan datang
  4. Cash - Digantikan dengan GRAB Rewards yang mana korang boleh guna rewards tu untuk order yang akan datang


Jadi, itulah antara cara yang korang boleh guna untuk submit sebarang isu berkaitan servis penghantaran makanan di GRAB Food. Syu harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk tebus balik duit korang dari terbang begitu sahaja πŸ’ΈπŸ€‘.

GRAB Food : Cara Claim Missing Order

Oktober 27, 2021