Jun 11, 2023
Rumah Perakku : Alhamdulillah Dah Boleh Cabut Undi

Korang ingat tak dua tahun lepas Syu pernah attendeded interview Rumah Perakku Di Chemor nun. Alhamdulillah, tak sampai setahun keputusan pun keluar & dipamerkan senarai pemohon yang berjaya di Pejabat Tanah & Galian Manjoi.
Semalam, terima pula surat untuk cabut undi. Secara Facebook live katanya. Tak tahulah dapat rumah nombor berapa Syu cabut undi nanti😅. Harap ada luck dapat lokasi yang strategik & berjiran dengan jiran kiriman syurga 😂. Mesra alam, bertolak ansur & tak buat banyak onar. Amin 🤲🏻.
![]() |
Jatuh pada hari & waktu bekerja pula tu. Bila masa nak bila Facebook live 😂. |
Februari 10, 2022
Nak Beli Kena Ukur Juga Baju Di Badan Sendiri

Sejak beberapa hari ni hati jadi tak senang duduk memikirkan hal yang satu ni. Hati kata nak - Ya, memang nak. Nak sangat! Tapi dalam kepala ligat dok berfikir - "Boleh ke aku? Agak-agak lepas ke?". Ini baru seketul dua soalan jer tau. Ada banyak lagi yang dok keluar berlegar dekat kepala otak ni. Bukan apa, dia jadi macam lost sekejap dalam dunia sendiri. Jadi macam hilang punca. Almaklumlah, pengalaman beli rumah langsung tak ada. Nak bertanya, tak tahu nak cari siapa. Rujuk pengalaman orang sana sini pun masih juga hilang arah.
Rumah yang Syu berkenan ni nak kata cantik sangat tu tidaklah. Tapi lepas diteliti dari segi lokasi, harga & kondisinya memang sangat menepati apa yang Syu & suami Syu nak. Lokasi rumahnya pun tak berapa jauh dari rumah yang Syu duduk menyewa sekarang ni. Kalau dapat, senang sikit nak berpindah randah. Bukan apa, nak pindah rumah pun bukan guna air liur saja tau. Sewa lori pindah barang pun makan ratusan ringgit juga. Tambah-tambah kalau tempatnya jauh.
Sebenarnya, memang bagus beli rumah secara terus dari pemilik berbanding melalui agen. Cuma Syu tak tahu macam mana cara nak milikinya. Syu ada rujuk juga cara beli rumah tanpa menggunakan agen di blog Atirah Hasan - Proses Beli Rumah Subsale Tanpa Agen. Entrinya memang sangat-sangat membantu. Cuma Syu tak berapa yakin dengan tangga gaji yang Syu ada sekarang untuk mohon pinjaman perumahan menggunakan Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni. Almaklumlah, gaji kita kan gaji kuli-kuli jer. Entah dapat entah tidak kalau mohon pun 😅.
Nak beli rumah ni bukan kena fikir nak bayar ansuran bulanan saja. Ada lagi perkara-perkara lain juga yang kena dititikan berat sebelum & selepas kita membeli rumah. Memang tak dinafikan rumah tu aset. Tapi kalau tak mampu, nak buat apa bebankan diri sendiri dengan hutang. Nanti tak mampu bayar, tak pasal-pasal rekod pinjaman tak cantik & ada sangkut dengan Bank Negara sampai kena pegang status bankrap. Jadi, sebelum nak buat apa-apa pinjaman perumahan kena ukur dulu baju dibadan sendiri. Korang kena NILAI TAHAP KEMAMPUAN BERHUTANG korang terlebih dahulu supaya tak kecundang di kemudian hari.
![]() |
Pinjam sekejap gambar rumah orang pakej berangan sekali macam rumah sendiri 😁. |
Macam kes Syu ni kalau ikutkan hati memang nak sangat miliki rumah sendiri. Tambah-tambah rumah yang Syu angan-angan nak beli ni berstatus "freehold". Harganya pun dalam lingkungan RM155K sahaja. Boleh dikatakan murah juga untuk mereka-mereka yang duduk di kawasan Ipoh ni. Bila nampak ada rumah murah bawah RM200K nak dijual siapa yang tak nak kan? Sampai bila nak duduk menyewa. Rumah sewa yang Syu duduk ni pun harganya makin lama makin naik. Kalau buat bayar ansuran bulanan rumah sendiri tak ada lah rasa ralat sangat. Ini rumah orang.
Tadi, Syu ada cuba telefon pemilik rumah ni. Abang Lan nama dia. Abang Lan ni kawan kepada kawan suami Syu. Dia nak jual rumah yang dia ada sekarang ni sebab dia dah tak duduk lagi dekat situ. Dari dibiar rumah tu mereput tanpa berpenghuni, dia rasa ada baiknya juga sekiranya dia jual rumah tu kepada pemilik yang baru. Masa Syu telefon tadi, abang Lan kata dah ada orang booking dah rumah tu - Sedih 😔.
Sekarang orang tu dalam proses nak mohon pinjaman. Tapi abang Lan suruh juga hantar slip gaji dekat dia, sebab orang yang berhajat nak beli tu senyap jer tanpa khabar berita. In case pinjaman orang tu tak berjaya, abang Lan akan cuba dapatkan rumah tu untuk Syu. Segala pinjaman & khidmat guaman dia boleh uruskan. Tapi kan. Ada beberapa soalan yang bermain di fikiran Syu. Boleh dipercayai ke abang Lan ni? Semua dia nak uruskan. Bukan apa, risau juga kot-kot ada cas-cas tersembunyi 😂 - YANG ADA PENGALAMAN BELI RUMAH, I NEED YOUR ADVICE PLEASE!!
Disember 01, 2021
Rumah Perakku : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Pendaftaran & permohonan
Sebelum diterima untuk ditemuduga, korang diwajibkan membuat pendaftaran/permohonan terlebih dahulu di laman web PENDAFTARAN PERUMAHAN NEGERI PERAK. Memang tak dinafikan yang website LPHP ni mobile friendly.
Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang permasalahan ketika pendaftaran, sebaik-baiknya korang mendaftar dengan menggunakan komputer. Selain tu, korang kena pastikan juga yang korang layak & memenuhi syarat-syarat pendaftaran ni :
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
- Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000)
Sekiranya korang tidak memenuhi syarat-syarat di atas, permohonan korang akan ditolak & tidak akan disenaraikan dalam senarai temuduga. Lepas dah isi segala maklumat peribadi, email & kata laluan di bahagian pendaftaran, korang boleh hantar pendaftaran/permohonan korang tu untuk semakan LPHP.
Untuk pengetahuan korang, proses pendaftaran/permohonan ni akan memakan masa lebih kurang 7 hari bekerja. Kadang tu tak tentu. Macam Syu hari tu tak sampai 7 hari pun. Kira cepat jugaklah diorang semak & proses. Sekiranya pendaftaran berjaya, pihak LPHP akan maklumkan kepada korang melalui email & selepas tu barulah korang boleh log in untuk buat pengemaskinian.
Kemaskini Maklumat
Untuk pengemaskinian, korang hanya perlu masukkan kata laluan berdaftar yang korang dah submit semasa pendaftaran/permohonan tadi. Sekiranya ada sebarang perubahan maklumat, korang boleh buat pengemaskinian dari masa ke semasa. Sebaik-baiknya korang buat dua tahun sekali. Kalau korang tak buat kemaskini, kebarangkalian untuk dipanggil temuduga mungkin tipis.
Sesi Temuduga
Sekiranya permohonan korang berjaya, pihak LPHP akan menghantar surat panggilan temuduga ke alamat surat menyurat korang. Di dalam surat tu nanti, akan disenaraikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa, tarikh, tempat & masa temuduga. Berikut Syu senaraikan dokumen-dokumen yang pihak LPHP minta untuk dibawa bersama ketika temuduga tu:
- Kad pengenalan suami/isteri & salinan
- Sijil nikah/pendaftaran perkahwinan/surat perceraian & salinan
- Kad pengenalan/sijil kelahiran anak-anak/tanggungan & salinan
- Penyata gaji terkini suami & isteri bagi yang bekerja di sektor awam/swasta & salinan
- Surat pengesahan & perakuan pendapatan bulanan pemohon & isteri/suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)/penghulu/pesuruhjaya sumpah sekiranya bekerja sendiri
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) terkini pemohon & isteri/suami
- Laporan kredit dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit(AKPK)/laporan CTOS/Bank Negara
Pasal temuduga jangan risau. Temuduganya tak macam korang temuduga SPA 😁. Lebih kepada sembang-sembang & sesi soal jawab santai-santai jer. Masa temuduga nanti pegawai LPHP akan semak dokumen korang, tanya sikit pasal komitmen, latar belakang kerja & status penginapan terkini korang (sewa/duduk dengan keluarga).
Kemudian pegawai tu akan bagitahu lokasi, harga & details rumah yang korang bakal beli. Lepas dah habis dengar dia berceloteh, dia akan beri peluang kepada korang untuk bertanya soalan. Masa ni nanti korang tanyalah puas-puas apa benda yang korang nak tanya.
Secara roughly, apa yang Syu boleh simpulkan. Proses permohonan rumah ni terbahagi kepada beberapa peringkat. Permohonan, temuduga, cabutan undi (nombor rumah) & proses jual beli. Sekiranya bernasib baik & permohonan diterima, korang kena ingat yang rumah tu mestilah didiami, tak boleh dijual/dipajak & tak boleh dibuat disewa mahupun dibuat homestay. Syu harap perkongsian Syu yang panjang lebar ni dapat membantu korang. Sebarang pertanyaan korang boleh drop di ruangan komen/contact form 😊🍎.
November 28, 2021
Temuduga Rumah Perakku

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah. Hari ni semua perkara berjalan dengan tenang & lancar. Walaupun, Syu agak gabra memikirkan pasal temuduga ni malam tadi. Tapi, bila sampai di tempat temuduga. Alhamdulillah, hilang terus semua gabra tu. Mana taknya, ada supporters ikut sekali jadi peneman 😁.
Suami Syu tak dapat nak temankan sebab kena kerja. Jadi, kakak ipar & biras Syu tolong hantarkan ke pusat temuduga 😊. Sanggup diorang menunggu berjam-jam di tempat parking kereta semata-mata nak tunggu Syu. Terima kasih sangat-sangat.
Terus terang Syu cakap, sesi temuduganya memang santai gila. Tak sama macam interview kerja. Majoriti yang datang pakai baju pun sempoi jer. Duduk sebelah-sebelah pun boleh sembang santai-santai. Padahal baru jer kenal dalam beberapa saat (Dalam hati : ke aku yang terlebih ramah? 😅). Even sembang dengan tukang temuduga pun santai-santai macam jumpa member. Tanya ini tanya itu. Gelak-gelak. Kalau lah temuduga SPA macam ni kan sewonok!! Hilang semua gabra. Hi3 😁.
![]() |
Pegawai yang bertugas pun ramai. Jadi, masa menunggu tu tak ada lah sampai makan sehari suntuk. Lebih kurang macam kita pergi ke PPV cucuk vaksin 😁. |
Masa sembang-sembang dengan pegawai LPHP(Lembaga Perumahan & Hartanah Perak) tadi, dia ada pesan siap-siap yang dia tak janjikan bulan & bintang untuk Syu dapat Rumah Perakku tu. Sebabnya rumah yang Syu nak tu hanya ada 53 buah jer. Permohonannya banyak. Potensi nak dapat hanya 50-50. Bergantung pada rezeki.
Sekiranya permohonan berjaya. Rumah tu mestilah didiami, tidak dijual, tidak dibuat sewa mahupun dijadikan sebagai homestay. Permohonan tersebut akan automatik terbatal sekiranya, pihak LPHP mendapat maklumat yang kita dah beli rumah lain.
Sejujurnya, Syu tak ada lah letakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dapat Rumah Perakku ni. Sebab Syu sendiri pun tak tahu rezeki Syu sampai takat mana. Selebihnya, Syu hanya mampu tawakal. Kalau dapat alhamdulillah 😊💕.
BACA JUGA
👉 Perumahan Negeri Perak : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga
November 11, 2021
Rumah Perakku : Setelah Sekian Lama Menanti

![]() |
Harap ada rezeki untuk Syu & suami 🥰 |
🤲🏻Alhamdulillah, sekian lama menanti. Akhirnya sampai jugak jemputan temuduga dari Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP) ni. Lama dah mohon Rumah Perakku ni sebenarnya. Dari masa Syu kerja NGO dulu Syu mohon. Harap ada lah rezeki hendaknya.
Bukan apa, golongan B40 macam Syu ni memang memerlukan sangat-sangat rumah untuk didiami. Tak demand rumah besar pun. Cukup rumah yang elok & selesa untuk menghabiskan masa tua. Nak beli rumah besar-besar tak mampu sebabnya rumah-rumah sekarang banyak RUMAH MAMPU TENGOK berbanding RUMAH MAMPU MILIK 😂.