Oktober 13, 2026
Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?

Diam tak diam. hari ni dah masuk hari yang ke-7 Cabaran Kurus 30 (CK30) Hari. Banyak hari juga Syu tak update menu CK30 ni kat blog. Entah masih dalam landasan ke dah tersasar jauh eak?! Meh Syu nak cerita 😂.
Hari kedua & ketiga cabaran, Syu repeat makan menu hari yang first jer, sebab saladnya Syu dah terbuat banyak. Dah lah Syu yang makan seorang. So, nak tak nak terpaksalah repeat makan salad tu sampai habis! Ha3 😂.
![]() |
| Susu Meiji perisa honeydew - Yang ni Syu minum time breakfast 😁. |
Weekend Sabtu Ahad & Isnin semalam pula, Syu pergi makan kenduri kat Perlis. Memang tak sempatlah nak update apa-apa kat blog pasal CK30 ni. Yang pasti, Syu makan lauk kenduri - Nasi putih, ulam raja, sambal belacan, somtam betik, gulai batang pisang, ayam masak kicap, ikan duri sambal, ikan masin, tapai, bubur kacang hijau. Macam terlebih sudah kan?? Ha3. Tapi Syu ambil sikit-sikit jer. Buat ghaso-ghaso gittew.
Apa Menu Hari Ni?
![]() |
| Tak expect menu hari ni penuh dengan kehijauan belaka 😂. |
Untuk hari ni, ini jer menu yang Syu sempat prepare kat dalam mangkuk tingkat Syu. Menunya macam kurang bermaruah sikit Syu tengok 😂. Harap boleh terus konsisten jaga permakanan.
1) Nasi putih sepenumbuk
2) Salad & daging masak kicap
3) Tapai pulut & anggur muskat - Anggur mampu makan 3 biji jer sebab dah perut kenyang sangat

