November 04, 2022
KFC Spicy Smokey Crunch : Rasa Aroma Salai Padu!
KFC SPICY SMOKEY CRUNCH | Korang dah cuba KFC Spicy Smoky Crunch yang baru ni? Serius sedap 😋. Kalau korang nak tahu, menu KFC kali ni diinspirasi dari salah satu menu tradisi Portugis. Espetada (Potugis skewers) namanya. Kalau tak silap Syu. Dekat Nandos pun pernah ada menu ni. Rupa macam kebab & sate. Tapi, versi Portugis punya 😋🍢.
Apa yang uniknya pasal KFC Spicy Smoky Crunch ni adalah disebabkan keserasian gabungan herba & rempah ratusnya. Bila makan, cukup rasa pedas,
masam, masin & manis. Kemudian ditambah pula dengan smoky flavour ala-ala Espetada Portugis tu. Memang kena sangat dengan citarasa & tekak kita orang Malaysia ni.
![]() |
| Makan kosong macam ni pun dah cukup 😋. Tak payah nak letak sos bagai. |
Korang pun tahu kan, kebanyakkan menu-menu KFC yang special macam ni selalunya terhad & bermusim. Sekali dia keluar. Lepas tu, tak ada keluar-keluar dah 😅. Jadi, sementara masih ada promosi & stok. Cepat-cepatlah pergi grab. Kalau tak nanti, melepas.
Lagipun, tak rugi mencuba. Sebab Spicy Smoky Crunch ni memang sedap - Memang tak dinafikan kesedapannya. Kalau tak, tak ada lah Syu repeat order sampai 3x 🤣. Budak-budak pun boleh makan sebab tak berapa pedas.
Kentang goncang Grilled Squid 👍
Sejujurnya, dari dulu lagi Syu tak berapa berkenan dengan kentang KFC. Tak tahu kenapa 😅. Mungkin kentang gorengnya cepat lunyai & tak sedap bila dah sejuk. Selalu kalau order, Syu akan add-on Cheezy Wedges as a side dish. Kentang gorangnya memang tolak tepi. Tapi kali ni, kentang goncangnya memang luar biasa & menjadi pujaan hati Syu.
![]() |
| Sedaplah kentang goncang letak grilled squid seasoning ni. Dah repeat banyak kali pun tetap tak puas 😂. |
Tambah-tambah bila letak perencah sotong grilled ni. Cuma hidung kena bertahan sikitlah masa nak goncang. Sebab baunya kepedasan & aroma sotong tu memang menusuk hidung. Auto bersin dibuatnya. Jadi, sebelum nak gocang. Sila awasi hidung anda! 😆
Januari 20, 2022
KFC Golden Egg Crunch : Sedap & Tak Masin
KFC GOLDEN EGG CRUNCH : SEDAP & TAK MASIN | Sejak wujudnya Texas Chicken di Ipoh ni, agak lama juga Syu tak perkena KFC. Sampai dah lupa rasanya macam mana 😁. Memandangkan masa berbeli barang dapur semalam Syu terkandas di Lotus's Station 18 dek kerana hujan lebat.
Maka, terpaksa tunggu sekejap sampai hujannya reda. Memang lama betul hujannya turun. Agak lewat jugalah balik rumah semalam. Dekat pukul 8.30 malam baru sampai rumah. Yang encik suami pula dah bising. Ghisau 😅! Nak buat macam mana kan? Dah hujan. Nak redah malas.
Sementara nak tunggu hujan berhenti, ada baiknya juga Syu isi perut dulu. Perut pun dah lapar minta diiisi. Jadinya, Syu singgahlah sekejap di medan selera untuk isi perut. Sampai-sampai tengok macam penuh tempat duduknya. Tak jadi. Terus batalkan niat. Kemudian terpandang pula atuk KFC. Hallah3. Udah melambai-lambai kome!
Kedainya ngam-ngam duduk sebelah Harold's Bread dekat medan selera. Aduh-aduh. Gila tak terliur.😅. Masa tu memang tak fikir panjang dah. Tekadkan hati. Cekalkan diri untuk masuk juga perkena KFC dalam seketul dua. Sesampai di kaunter macam biasalah. Adik cashier KFC tu minta tunjukkan sijil vaksin. Almaklumlah, nak dine-in kan. Tunjuk sajalah.
Lepas tu Syu pun pesanlah set kombo KFC Golden Crunch ni. Tapi Syu ambil set yang ada dua ketul ayam jer. Tak nak banyak-banyak. Takut tak habis. Lagipun, Syu saja nak cuba sedap atau tidak.
Tengok dekat skrin menunya memang menggoda sungguh. Tambah pula masa tengok TV hari tu, iklan KFC Golden Crunch ni asyiklah dok lalu lalang. Jadi, tekak jadi tak teringin dah nak order set kombo yang biasa 😁.
| Yang Syu makan ni set kombo untuk dua ketul ayam bersama dengan air Lemon Tea 😋. |
LAGI SEDAP DARI 4FINGERS | Ingat tak entri Syu yang lepas pasal Cheesy Cheesy Chicken dari 4Fingers? Rupa ayamnya lebih kurang macam KFC Golden Crunch ni. Cuma seasoning atas ayam KFC tu tak semasin 4Fingers. Bila dimakan dengan coslaw, kemasinan yang ada pada ayam tu jadi balanced.
Kira ngamlah bila digandingkan bersama. Lepas tu cicah pula dengan Sos Cili Thai dari Life. Memang lagi bertambah-tambah padu dibuatnya. Kalau korang nak tahu. Syu bila makan KFC, Syu suka guna Sos Cili Thai sebagai sos pencicah berbading dengan sos cili biasa. Sebab sosnya memang sedap 😋!
Dekat atas ayam gorengya Syu tak pasti diorang tabur apa 😅. Rasa macam serbuk telur masin & daun kari. Secara keseluruhannya, set combo KFC Golden Egg Crunch ni memang sedap. Kewujudan daun yang Syu kata daun kari tu sikit pun tak menjejaskan rasa ayam goreng KFC ni.
Cuma air tu kalau dapat tukar pergi air Coke & Mirinda strawberi mesti lagi best - Tapi pesan guna GrabFood boleh buat pilihan air lain. KFC Golden Crunch ni dah ada rasa lemak-lemak & soft drink macam ni antara yang elok digandingkan bersama.
| Kulitnya sedap sangatlah korang. Auto lupa terus Syu pasal kolestrol 😅. |


