Jun 03, 2025
Nak berhenti kerja? Ni Contoh Surat Letak Jawatan Dalam Bahasa Inggeris Paling Simple Korang Boleh Tulis!
Kadang-kadang ada satu fasa dalam kerjaya, kita rasa dah tiba masanya untuk kita berhijrah ke tempat lain — sama ada korang dapat tawaran kerja lebih baik, nak sambung belajar, atau korang saja berubah angin nak belajar benda baru!
![]() |
| SUMBER FOTO : Shopify.com |
Apa pun sebab korang berhenti, satu perkara penting yang korang kena buat adalah - tulis surat letak jawatan. Baru nampak lebih beradab & profesional. So, dalam artikel kali ni, Syu nak share contoh surat letak jawatan bahasa Inggeris paling simple korang boleh tulis. Lebih ringkas, padat & nampak lebih profesional.
[Your mailing address]
------------------------------------------------------------[Company's address] [Date]
Dear [Manager’s Name],
Subject : Resignation Letter
I am writing to formally resign from my position as [Your Position] at [Company Name], effective [Last working day, typically two weeks from the date of this letter - Refer your contract of employement].
This was not an easy decision to make, as I have truly valued the opportunities for growth, the support of the team, and the positive work environment I have experienced here. However, after careful consideration, I believe it is time for me to pursue a new direction in my career.
I am committed to ensuring a smooth transition and will do my best to hand over my responsibilities effectively before my departure. Please let me know how I can assist during this period.
Thank you once again for the trust and opportunities you have given me during my time with the company. I genuinely appreciate the experience and will carry it with me as I move forward in my career. Thank you for your consideration, and I look forward to your response.
Sincerely,
----------------------------------- [Your Signature]
[Your Full Name]
💡 Tips Tambahan:
-
Notice period biasanya 1 bulan (atau ikut kontrak kerja) - Cek balik kontrak kerja korang & make sure korang follow notice period untuk elak dari kena tuntutan gaji ganti notis (in lieu of notice) oleh majikan di Pejabat Buruh.
-
Jangan lupa selitkan ucapkan terima kasih dalam surat perletakkan jawatan korang tu - Walaupun pengalaman kerja korang dekat company tu tak 100% indah, profesional tetap profesional.
-
Kalau hubungan korang dengan bos baik, boleh juga tambah ayat “I hope to keep in touch”. At least sejuk sikit hati bos korang walaupun korang selalu berseteru!
Julai 17, 2023
Genap Setahun!
Alhamdulillah. Siapa sangka. Pejam celik. Hari ini, dah genap setahun Syu berada di syarikat Wan Ly Protective Packaging Sdn. Bhd. ni😅. Bukan mudah ya! Hanya insan-insan terpilih yang berjiwa kental saja boleh survived dekat sini - Luar nampak keras. Hakikatnya hatiku selembut tisu 😂.
Walaupun, rakan seperjuangan Syu ramai yang dah berubah haluan. Tapi, perjuangan Syu di sini akan tetap Syu teruskan. Almaklumlah, demi periuk nasi 🍚. Selagi tak ada orang interfere kerja kita. Kita layankan saja - Kalau ada yang interfere, kaki-kakikan saja 🤣.
Hidup ini keras!
![]() |
| Hidup ni keras. Nak tak nak tetap kena hadap 😌. |
Pentoksik-pentoksik dalam life bekerja ni perkara biasa. Dah macam duri dalam daging. Dekat mana-mana pun ada sebenarnya . Jadi, kena belajar beradaptasi. Kalau jumpa orang yang macam ini, kita persetankan saja. Apa boleh buat. HIDUP INI KERAS! Selagi boleh sabar. Kita sabar 😌.
Janji masuk office, kita buat kerja kita. Cukup bulan dapat gaji kita pergi enjoy. Jangan mengabdikan diri dengan kerja saja. Pergilah healing & berdamai dengan keadaan dekat mana-mana tempat korang suka 😎. Asalkan kita bahagia & masuk kerja dengan otak yang fresh.
Sesulit mana sekalipun. Hadapi dengan tenang. Demi kelangsungan hidup, nak tak nak rezeki tetap kena dicari. Yang penting, kena pandai reset otak supaya mood kerja tak ke laut. Apa-apa pun, tahniah untuk diri sendiri sebab mampu bertahan sehingga hari ni. Harap Syu boleh kekal positif, optimis & tak toksik macam "mereka-mereka" itu 🤪.
Ogos 20, 2022
Apa Khabar Tempat Kerja Baru?
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum korang. Pejam celik dah masuk pertengahan Ogos dah kita ya. Kerja di tempat baru pun dah hampir sebulan lebih. Entah confirm entah tidak. Harap-harap tak kena extend-lah hendaknya. Sebab memang dah buat sehabis baik dah ni 😂.
By the way, lama betul Syu tak bersiaran. Last entri pun cerita pasal kek kebun abah. Even balas komen & singgah blog rakan-rakan Blogger pun dah lama tak buat. Harap tak ada yang berkecil hati - Sumpah. Syu memang sibuk sangat! 😔
Korang pun tahukan Syu baru tukar kerja. Agak risau juga sebenarnya kalau-kalau tempoh percubaan dilanjutkan tempohnya sampai ke enam bulan - Benda-benda macam inilah paling dirisaukan bila dalam tempoh probabation period 😔. Kalau boleh biarlah statusnya confirmed staff. Baru seronok sikit nak buat kerja. Almaklumlah, bila umur dah nak masuk level senja ni memang tak kuasa nak bercari & berpindah kerja bagai 😂.
Lagipun, Syu dah mula selesa & dapat adapted dengan persekitaran kerja & staff-staf yang ada dekat sini. Walaupun pada awalnya agak awkward. Tapi, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Korang doa-doakanlah rezeki untuk Syu ya. Bukan apa, tengok orang lain dah confirmed, jealous pula rasa 😂!
Okey ke tempat kerja baru?
Sehingga ke hari ni, alhamdulillah. Masih belum terkucil lagi. Cuma masa mula-mula saja agak lost sikit. Almaklumlah, baru masuk tempat baru 😂. Banyak perkara yang nak kena di-digest. Dulu kerjanya ada kena mengena dengan construction. Kali ni lebih kepada manufacturing pula. Malah, sistem pengurusannya pun agak berbeza sedikit. Pada Syu ianya lebih teratur & tak ada kerja-kerja yang dibuat secara "underground" macam company yang sebelum ni 😅.
Dari segi skop kerja, apa yang Syu buat sekarang tak jauh beza pun dengan kerja-kerja yang Syu pernah buat sebelum-sebelum ni. Mostly, masih ada kena mengena dengan HR & admin. Jadi, bila HOD (Head of department) bagi kerja. Tak ada lah Syu terkejut sangat sebab Syu dah familiar 😁. Yang sayangnya, Syu dah tak sentuh dah kerja-kerja yang melibatkan pekerja asing. Yang itu ada HR Executive yang seorang lagi yang handled. Sedih! 😂
![]() |
| Inilah dia tangga kejayaan Syu setiap hari 😅. Kalau kekal membulat lagi tak tahulah. |
Sejujurnya, kerja di company ni kena banyak berjalan ke sana ke mari ya. Waima nak masuk kerja pun terpaksa mengucap panjang nak naik tangga - Paling perit lepas kenyang makan tengahari 😆. Jadi, untuk orang yang dah sedia-sedia berlemak macam Syu ni agak meranalah. Tapi, merananya sejenis merana yang sihat & baik. Pada Syu, tak menjadi masalah. Bukan apa, sambil kerja dapat juga Syu nyahkan segala lemak-lemak yang dah tepu & terlebih manja ni.
![]() |
| Dulu meja menghadap pintu. Kali ni muka hadap amoi manis 😁❤️. |
Jun 25, 2022
Alasan Berhenti Kerja Terbaik & Munasabah Untuk Diberikan Kepada Majikan
ALASAN BERHENTI KERJA TERBAIK & MUNASABAH UNTUK DIBERIKAN KEPADA MAJIKAN || Contoh surat berhenti kerja sudah ada. Tapi otak pula runsing & buntu mencari alasan berhenti kerja yang sesuai. Bukan apa, mesti korang akan rasa risau. Jika alasan yang diberikan agak kurang munasabah & tak masuk akal untuk diterima majikan.
Ada sesetengah majikan. Mereka akan jadi agak fussy sedikit dalam soal berhenti kerja seseorang pekerja. Tambah-tambah bila ia melibatkan pekerja yang ada potensi & mampu memberikan manfaat kepada syarikat.
![]() |
| SUMBER FOTO : Perkbox.com |
Namun, ada juga segelintir majikan yang tak berapa ambil kisah langsung pasal hal ini. Jenis majikan yang macam ini senang nak deal. Silap-silap diaorang sanggup lepaskan korang lebih awal tanpa menghiraukan tempoh notis perletakkan jawatan yang dah dimeterai di dalam kontrak pekerjaan. Tapi semua ini bergantung kepada budi bicara majikan korang juga sebenarnya.
Jadi, alasan konkrit yang macam mana patut diberikan kepada majikan supaya diaorang boleh lepaskan korang dengan mudah? Kepada yang ada perancangan untuk berhenti kerja. Korang WAJIB baca entri ni sampai habis.
1) Ikut pasangan berpindah
Memang tak dinafikan. Tinggal & kerja berjauhan dengan keluarga antara perkara agak sukar buat pasangan yang sudah berkahwin. Jadi, alasan ikut pasangan berpindah mengikut pasangan merupakan alasan yang paling relevan untuk diguna pakai.
Demi memenuhi komitmen saya kepada keluarga, saya perlu mengikuti suami/isteri saya berpindah ke tempat lain.
Malah, alasan seperti ini agak sukar untuk majikan tolak. Nak-nak bila ia melibatkan pekerja wanita yang sudah berkahwin & hidup berjauhan dengan keluarga tersayang. Selalunya, kalau isteri ikut suami berpindah memang senang majikan nak lepaskan.
Tapi, bagi kes melibatkan suami ikut isteri berpindah pula. Mungkin agak keberatan sedikit majikan nak bagi. Tapi, bergantung kepada budi bicara majikan juga sebenarnya. Kalau slow talk elok-elok dengan majikan. Insyaallah majikan bagi lepas.
2) Sambung belajar
Selain ikut pasangan berpindah. Alasan sambung belajar juga antara alasan yang relevan untuk berhenti kerja. Alasan macam ini selalunya digunakan oleh mereka-mereka yang bekerja secara sambilan. Samada menunggu keputusan SPM, STPM atau keputusan peperiksaan dari universiti semasa cuti semester.
![]() |
| SUMBER FOTO : University of Oxford |
Untuk alasan seperti ini. Seelok-eloknya, korang selitkan juga salinan surat tawaran belajar sebagai dokumen sokongan untuk majikan korang. Sekurang-kurangnya, majikan korang percaya yang korang betul-betul nak sambung belajar.
...saya telah mendapat tawaran untuk menyambung
pelajaran saya diperingkat diploma/ijazah/sarjana.
Lagi satu. Kalau boleh, jangan sekali-kali tipu majikan korang. Berhenti kerjalah dengan cara profesional & beretika. Alang-alang korang dah datang minta kerja cara baik. Diterima dengan cara yang baik. Sebaiknya, pergi pun mesti kena dengan cara yang baik juga.
Bukan apa. Misal kata lepas habis belajar korang menganggur & tak ada kerja. Korang boleh datang bekerja dengan majikan korang semula. Tak ada lah korang tanam anggur memanjang di rumah sementara nak tunggu kerja lain panggil 😉. Jadi, kekalkan hubungan baik dengan bekas majikan korang.
3) Tanggungjawab kepada keluarga
Apabila ahli keluarga berada dalam keadaan yang tidak sihat, uzur & tidak terurus. Waktu kerja yang fleksibel serta lokasi kerja yang dekat dengan tempat tinggal antara perkara yang sangat penting. Memang tak dinafikan komitmen terhadap kerja masih perlu dilaksanakan. Namun, komitmen kepada keluarga tetap menjadi tanggungjawab & kewajiban utama.
Bagi isteri/ibu yang bekerjaya pula, sudah semestinya tak menang tangan dalam menguruskan hal rumahtangga & kerjaya pada satu-satu masa. Tak kiralah multi-tasking supermom sekalipun. Tapi, bila sudah terlampau banyak bebanan kerja. Komitmen terhadap kerjaya & keluarga semestinya akan jadi imbalanced & tak teratur.
Ibu/ayah/isteri/anak/adik/abang berada dalam keadaan yang uzur.
Saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya kepada keluarga saya.
Oleh yang demikian, saya terpaksa meletakkan jawatan
& mencari pekerjaan lain yang mempunyai waktu kerja yang lebih fleksibel.
Serta lokasinya tidak jauh dari kediaman kami.
Ada sesetengah majikan mungkin faham & boleh bertolak ansur. Tapi, tak semua majikan pemurah hati nak bagi waktu kerja yang fleksibel mahupun waktu pelepasan (time off) setiap masa. Sekali sekala mungkin boleh bagi muka. Andai berkali-kali. Majikan pun boleh naik fade-up. Jadi, solusi terakhirnya adalah dengan berhenti kerja & cari kerja lain.
4) Faktor kesihatan
Ada masa & ketika. Kerja yang diberikan majikan mungkin terlalu berat sehingga menyebabkan timbulnya masalah kesihatan. Mungkin disebabkan faktor persekitaran kerja yang tidak sihat, pernah mengalami kemalangan ditempat kerja, waktu kerja yang terlampau panjang serta pekerjaan yang melibatkan penggunaan kederat yang banyak/berat.
Alasan berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan antara alasan yang agak sukar untuk majikan kata TIDAK. Tambah-tambah bila ianya berpunca dari syarikat itu sendiri. Lagipun faktor kesihatan pekerja ni penting. Sebab ia sedikit sebanyak boleh memberikan kesan yang buruk kepada majikan & juga syarikat.
![]() |
| SUMBER FOTO : Prolawyer |
Jadi, sudah semestinya majikan tidak berani untuk menanggung risiko dengan menggaji pekerja yang mempunyai masalah kesihatan. Terutamanya kepada pekerja yang pernah ada sejarah penyakit kronik & pernah mengalami kemalangan ditempat kerja.
Sebelum menghantar surat berhenti kerja. Jangan lupa selitkan sekali laporan kesihatan sebagai dokumen sokongan bagi membuktikan yang korang sebenarnya memang betul-betul sakit & tidak mampu untuk bekerja lagi.
5) Mengandung
Bila sudah berkahwin sudah semestinya akan ada perancangan untuk ada zuriat bukan? Buat ibu-ibu yang bekerjaya. Tak kira baru pertama kali hendak menimang cahaya mata mahupun bakal menimang cahaya mata yang seterusnya sekalipun. Sudah semestinya akan mengutamakan soal zuriat terlebih dahulu.
Kadang-kadang faktor persekitaran kerja, lokasi & jenis pekerjaan sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kondisi kandungan si ibu. Malah, ada juga yang mengalami alahan teruk sepanjang proses kehamilan sehingga mengganggu perjalanan kerja.
Untuk makluman tuan/puan, saya kini
telah berbadan dua. Malah, saya juga berhadapan dengan
alahan yang sangat teruk. Atas faktor ini, saya terpaksa
membuat keputusan untuk melepaskan jawatan saya yang sedia ada demi kebaikkan saya & juga kandungan saya.
Ada sesetengah ibu mengandung jenis yang tahan lasak. Ada sesetengah tidak. Bergantung pada individu. Jadi, alahan mengandung yang teruk serta faktor kesihatan kandungan boleh dijadikan sebagai alasan yang terbaik & munasabah untuk berhenti kerja.
5) Kembangkan karier
![]() |
| SUMBER FOTO : New York Post |
Mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik juga merupakan rezeki yang agak sukar untuk ditolak. Tambah-tambah bila gaji & manfaat yang ditawarkan jauh lebih baik dari syarikat yang korang bekerja sekarang ini.
Dalam kes ini, keputusan untuk berhenti kerja memang sangat wajar untuk dibuat. Dengan adanya pekerjaan yang lebih stabil, semestinya ia dapat menjamin kehidupan korang untuk jangka masa panjang.
...saya ditawarkan bekerja dengan jawatan yang lebih baik.
Jadi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan demi
perkembangan karier & memenuhi keperluan saya.
Adakala, majikan sanggup tawarkan kenaikkan gaji yang lebih lumayan supaya korang boleh pertimbangkan semula keputusan untuk berhenti kerja. Dalam kes ini, terpulang kepada korang sendiri untuk membuat keputusan.
Sebaiknya-baik korang teliti semula matlamat utama korang hantar surat
berhenti kerja. Andai kata korang terpaksa menolak. Silalah tolak dengan
cara yang baik. Syu harap, semua alasan-alasan ni dapat membantu korang untuk berhenti kerja 😉💕.








