Disember 07, 2023
Klaim RM100 e-Madani : MAE, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay Atau Setel. Mana Lagi Bagus? 🤔

Kemarin officemates Syu pakat ramai-ramai klaim kredit RM100 e-Madani ke dalam e-wallet diaorang 😁. Rata-rata officemates Syu, klaim guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Senang nak guna katanya. Cuma Syu saja yang gatal klaim guna aplikasi MAE. Dengar cerita, MAE tergendala teruk masa dilancarkan kemarin - Syu punya alhamdulillah. Tak ada pula masalah masa klaim semalam 😅.
![]() |
| Ada 4 pilihan e-wallet service providers yang korang boleh pilih. Terpulang korang nak klaim dekat aplikasi e-dompet yang mana 😁. |
Kalau korang nak tahu. Selain dari MAE & Touch ‘n Go eWallet, korang juga boleh klaim kredit RM100 e-Madani ke dalam e-wallet korang melalui aplikasi ShopeePay & juga Setel. By the way, korang dah klaim ke belum kredit RM100 e-Madani ni ke dalam e-wallet korang 😁?
Pada yang layak, jangan ditangguh-tangguh. Nanti melepas. Rugi tau! Sebab tempoh klaim e-MADANI RM100 ni dibuka sehingga 20 Februari 2024 ni saja. Pada yang belum tahu pasal kredit e-Madani RM100 ni. Jom Syu share sikit infonya serba sedikit.
Siapa yang layak menerima kredit RM100 e-MADANI?
![]() |
| SUMBER FOTO : Bernama |
Syarat-syarat yang melayakkan seseorang tu untuk menerima kredit RM100 e-Madani ni mestilah mereka-mereka yang :
- Berwarganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
- ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Cara tebus RM100 eMADANI melalui MAE
Untuk tebus RM100 e-Madani menggunakan aplikasi MAE, korang boleh ikut langkah dibawah ni. Mudah saja caranya.
![]() |
| Dalam tempoh 24 jam, kredit RM100 akan dimasukkan ke dalam e-wallet MAE korang. |
![]() |
| Masa nak guna. Korang kena tekan butang "Use e-Madani". |
Proses pengkreditan RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-wallet korang memakan masa 24 jam sehingga 5 hari daripada tarikh permohonan ya kawan-kawan. Kalau lambat, mohon bertabahlah ya. Sebab yang klaimnya ramai. Bukan seorang dua 😂.
Penggunaan RM100 eMADANI terhad untuk dibelanjakan
Tapi, korang kena ingat ya. Penggunaan kredit RM100 e-Madani terhad kepada pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR dari bank-bank & e-wallet yang terlibat sahaja.
Lepas tu, RM100 e-Madani ni tak boleh digunakan untuk transaksi-transaksi berikut:
- Peer-to-peer transfers - i.e: Transfer pada orang lain (Kawan-kawan, adik beradik mahupun saudara mara)
- Pengeluaran/penebusan tunai
- Pembayaran bil utiliti - i.e: Bil eletrik, air, Indah Water dll.
- Bayaran yuran berkaitan kerajaan - i.e: Cukai tanah, cukai taksiran, dll.
- Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi
- Pembelian permainan atas talian
- Pembayaran parking & tol
- Aktiviti berkaitan dengan pelaburan, transaksi e-commerce atau apa jua transaksi dalam talian
- Transaksi QR merentas sempadan
Mana lagi bagus? MAE, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay atau Setel?
Bergantung pada aplikasi e-wallet yang korang selalu guna sebenarnya. Macam Syu, Syu prefer guna MAE & Setel. MAE Syy guna untuk berbelanja & Setel pula Syu kerap guna untuk isi minyak di Petronas 🤭. ShopeePay & Touch ‘n Go eWallet Syu jarang guna dah. Apps-nya pun Syu dah uninstalled. Sebab tu tak klaim RM100 e-Madani tu dekat sana. By the way, jangan lupa klaim tau! Make sure belanja habis sebelum 29 Februari 2024 🤪.
Oktober 28, 2021
MAE by Maybank2U : Rugi Tak Masukkan Referral Code!! 😥

Hari ni Syu nak cerita sikit pasal pengalaman pertama Syu daftar aplikasi MAE(Maybank E-Wallet) ni. Harap korang tak repeat apa yang Syu dah buat. Pada Syu, ianya adalah satu kerugian besar bila korang daftar tak masukkan Referral Code semasa mendaftar aplikasi ni. Macam Syu dah rugi RM10 sebab accidentally tertekan apa entah sampai tiba-tiba terlepas masukkan Referral Code blogger Kak Kamsiah. Tambah pulak line wifi office macam sengal pulak time tu 😂. Mungkin, tak berkat agaknya sebab curi-curi waktu kerja semata-mata nak daftar aplikasi MAE ni.
Walapun RM10, agak kesal jugaklah sebenarnya sebab tak dapat berkongsi rezeki dengan tuan empunya kod 😞. Nak buat macam mana. Anggap saja tak ada rezeki. Syu harap korang JANGAN repeat apa yang Syu buat masa nak daftar aplikasi ni. Rugi tau!! Melepas duit dalam MAE korang. Kalau ada RM8 ke atas dalam MAE, korang dah boleh apply kad ni 😁. Tapi kalau Syu ada duit lebih dalam MAE ni sekalipun, Syu rasa Syu tak apply kot kad ni. Bukan apa, kad bank yang sedia ada ada dalam purse pun tak terbela. Lagi nak tambah kad? Macam payah jer ada banyak-banyak kad ni 😂.
Untuk pengetahuan korang, kalau ikutkan Syu memang tak pernah dengar langsung pasal aplikasi MAE by Maybank2U ni. Padahal aplikasi ni dah dilancarkan pada Oktober 2020 tahun lepas. Kiranya kalau masuk Oktober tahun ni kira ngamlah setahun. Nampak sangat Syu ni ketingalan pasal aplikasi perbankkan MAYBANK ni😂. Apa-apa pun, terima kasih pada blogger Kak Kamsiah sebab sudi berkongsi info Duit Free Dari MAE Maybank di Blogger pagi tadi. Memang bermanfaat sangat untuk Syu bila diberi pendedahan pasal aplikasi ni. Pada yang belum tahu pasal aplikasi MAE ni, MAE ni sebenarnya e-wallet MAYBANK yang memudahkan korang untuk buat apa-apa transaksi pembayaran tanpa wang di tangan (Cashless). Untuk pelanggan MAYBANK, aplikasi ni kira aplikasi nombor dua selepas MAYBANK2U. Cuma MAE ni lebih menarik sikit dia punya fungsi & ciri-ciri dia.
Bila Syu explore satu-satu, bagus jugak sebenarnya aplikasi MAE ni. Macam-macam korang boleh buat especially bila korang ada perancangan untuk buat tabungan & merancang perbelanjaan korang supaya korang tak over spend. Bukan tu jer, kalau korang buntu nak makan dekat mana korang, korang boleh guna aplikasi ni untuk tunjukkan tempat makan yang berhampiran dengan korang. Memang terbaiklah kan.
Actually ada banyak lagi benefits aplikasi MAE ni. Cuma Syu tak habis explore lagi. Nak cerita lebih-lebih pun tak syok jugak sebab Syu pun baru jer daftar hari ni. Tapi bila Syu dah buat comparison dengan aplikasi Maybank2U, Syu rasa aplikasi MAE ni lagi better. Roughly, apa yang Syu perasaan pasal aplikasi MAE ni:
- Dia punya features tu lebih elok sikit berbanding aplikasi Maybank2U.
- Boleh buat transaksi perbankkan sama seperti di aplikasi Maybank2U.
- Pembelian tiket (movie, bus, ERL, penerbangan, dll.) - Tapi mahal sikitlah. Better direct beli dekat website tiket tu terus 😄.
- Boleh cari tempat makan bila korang ketandusan idea nak makan dekat mana - Tapi korang kena filter dulu untuk cari kedai yang berstatus HALAL. Sebab dalam aplikasi ni semua merchants dia campur sekali.
- Boleh split tabungan korang mengikut kategori simpanan yang korang nak ( Melancong, membeli-belah, kecemasan, dll.) - Tak payah main kutu dah lepas ni nak kumpul duit 😂.
- Penjejak perbelanjaan automatik (Automated expenses tracker) - Korang boleh keep track perbelanjaan bulanan korang mengikut kategori. So, senang korang nak tahu korang banyak habiskan duit dekat mana.
- Ada diselitkan jugak tips-tips berkaitan dengan perbankan.
![]() |
| Guna kod rujukan NB109223 untuk dapatkan reward RM10 dalam e-wallet korang. Sah sehingga 5 Januari 2022. |
By the way, untuk info lebih lanjut berkenaan dengan aplikasi MAE ni korang boleh baca di website Maybank2u. Kalau tak keberatan korang boleh guna Referral Code Syu untuk dapatkan RM10 yang Syu terlepas nak dapat masa daftar tadi 😅. Serius rugi tau kalau sign up tak guna Referral Code. Siapa nak bagi RM10 free senang-senang macam tu jer. Cara set up/sign up akaun di aplikasi MAE korang boleh klik link dekat bawah :
👉 Pelanggan MAYBANK - Yang dah ada akaun MAYBANK2U
![]() |
| Dah ada M2U klik pada EXISTING. Yang belum ada klik pada APPLY 😉. |
Bagi pelanggan MAYBANK, lepas set up aplikasi ni korang akan dapat dua akaun. Satu akaun e-wallet MAE & satu lagi official bank akaun korang di MAYBANK. Jadi jangan terkejut pulak bila korang tengok dekat dashboard MAYBANK2U & MAE korang ada dua akaun. For those yang pernah ada pengalaman guna aplikasi ni share-sharelah sikit pengalaman & pengetahuan korang. Mana tahu ianya bermanfaat untuk orang lain terutamanya macam Syu yang baru tahu pasal aplikasi ni 😊💕.
(Tips : Masa nak sign up, JANGAN tekan back atau pangkah. Nanti korang akan terlepas peluang untuk masukkan referral code macam Syu 😂. Rugi tau!!)







