Posts with the label Nasi Ganja Ipoh
Memaparkan catatan dengan label Nasi Ganja Ipoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi Ganja Ipoh. Papar semua catatan

Jun 25, 2021

Sedap Sangat Ke Nasi Ganja Ipoh?

Tengah-tengahari ni memang syok kalau cerita pasal makan kan 😁. Korang masak apa jer hari ni? Kari ke? Sebut jer kari memang Syu auto teringat dekat nasi ganja Yong Suan yang viral dekat Ipoh ni!! So, tengahari ni nak cerita sikit pasal nasi ni. Orang yang duduk Ipoh kalau tak kenal nasi ganja ni memang menipu kalau cakap tak pernah dengar.


Walhal, orang belah-belah KL  & Selangor nun pun tahu & sampai sanggup turun Ipoh lagi tau semata-mata nak makan nasi ganja ni 😜. By the way, sebut pasal nasi ganja Yong Syuan ni. Apa yang best sangat eak pasal nasi ni? Sampai ramai yang sanggup datang jauh-jauh & beratur panjang sampai ke luar kedai 😂. Ada taruk ganja ke dalam tu sampai viral & orang ketagih sangat nak makan.



Actually, nasi ganja ni nasi kandar biasa jer pun. Bukanlah nasi tu ada letak ganja dalam dia. Yang jadi punca dipanggil ganja tu sebab ramai yang ketagih datang makan. Berdasarkan sumber maklumat yang Syu dapat dari kawan Syu, kawan Syu cakap dalam nasi ganja ni diorang ada letak REMPAH KAS-KAS. Nak kata sahih atau tak yang itu Syu tak pasti. Sebab yang bagitahu ni pun kawan Syu.


Kalau korang nak tahu rempah kas-kas ni datangnya dari biji pokok popi [Papaver somniferum].  Lagipun, ianya tak jadi satu kesalahan pun nak letak rempah kas-kas ni dalam masakan sebab rempah kas-kas ni cuma digunakan sekadar untuk menambah rasa & memekatkan kuah 😂. Dulu hangat jugak isu pasal rempah kas-kas ni. Tapi tak ada apa dah sebab kerajaan pun benarkan pengunaan rempah kas-kas ni. Cuma ketum jer kerajaan tak benarkan lagi!! Ki3😁 


Poppy seeds
Biji popi yang digunakan untuk buat rempah kas-kas [Sumber Foto : Vitdaily.com]


Yang ni review jujur Syu lah eak pasal nasi ganja Yong Suan ni. Pada penggemar nasi ni korang kena terimalah hakikatnya yer. Sebab ini pengakuan jujur berdasarkan apa yang Syu rasa pada tekak Syu 😁. Mungkin ada yang cakap nasi ganja ni sedap yakhamat. Tapi pada Syu ianya tak. Sorry to say. Bagi Syu, nasi ganja Yong Suan ni biasa-biasa jer. Nak kata sedap sangat tu tak lah. Syu cuba pernah makan sekali. Lepas tu Syu tak repeat dah sebab rasa dia tak kena dengan tekak Syu 😆.



Setakat ni nasi kandar yang Syu akui sedap dekat Ipoh ni ada tiga jer. Nombor satu Restoran Ahamedia dekat Pasir Putih sederet Maybank Pasir Putih. Yang nombor dua Gerai Makanan & Minuman Rahamath dekat Jalan Dato' Sagor Ipoh & last Restoran M.Salim dekat Jalan Yang Kalsom Ipoh. Selain dari yang tiga ni memang Syu tak boleh nak nerima termasuklah nasi ganja Yong Suan ni 😂.


Nasi kandar Yong Syuan
Nasi ganja a.k.a Nasi kandar dari Kedai Yong Syuan


Tapi, pada yang nak cuba tu tak menjadi masalah pun sebenanya. Sedap tak sedap, itu ikut tekak korang. Lain orang lain diorang punya rasa & pandangan. Artikel pasal nasi ganja Yong Suan ni korang boleh baca lebih lagi dekat SINI. Last but not least, selamat tengahari & selamat menjamu selera!!Lapar pulak tengok nasi kandar ni 😜.


Sedap Sangat Ke Nasi Ganja Ipoh?

Jun 25, 2021